Kuih sepit, juga dikenali sebagai kuih kapit atau Love Letter, merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutamanya semasa perayaan. Kuih ini diperbuat daripada tepung gandum, telur, gula, santan dan sedikit garam. Ia dibuat menggunakan acuan besi khas yang dipanaskan di atas api.

Cara membuatnya adalah dengan mencampurkan semua bahan hingga sebati, kemudian menuangkan sedikit adunan ke dalam acuan yang telah dipanaskan. Acuan ditutup dan dipanggang selama beberapa saat sehingga kuih masak dan berwarna keemasan. Kuih yang masih panas kemudian digulung atau dilipat untuk mendapatkan bentuk yang diinginkan.

1. Resepi Kuih Sepit (Guna Alat Acuan)

Bahan-bahan

  •  1 cawan tepung beras
  •  1¹/² Tepung gandum
  •  2 biji telur ayam
  •  1 Cawan gula
  •  Sedikit essen vanilla
  •  1 sudu teh garam
  •  3 cawan santan

 

Cara buat kuih sepit

  1. Satukan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati (elakkan daripada kisaran tepung dan adunan daripada berbuih).
  2. Tapis adunan untuk mendapatkan adunan yang lebih halus.

Sumber: Noorfazlynna Fairus dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kuih Sepit/Kuih Kapit

Bahan-bahan

  • Tepung beras 1peket(500g)
  • Gula secawan (manis buah)
  • Telur 3bji
  • Santan

 

Cara buat kuih sepit

  1.  Campurkan bahan-bahan tadi, letak garam secubit santan.
  2.  Kacau sampai tepung takde biji.
  3.  Biji-biji dah tiada, sedia digoreng.
  4.  Panas kan minyak. Minyak dah betul-betul panas baru boleh masuk kan kapit.
  5. Kapit dah panas. Baru boleh goreng tepung.
  6. Dah siap masak.

Sumber: Rosma Hakiki dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kuih Sepit Berinti

Bahan-bahan

  •  1 kg tepung gandum
  • 450 gram gula pasir
  •  120 gram margerin Pelangi
  • 400ml santan pekat (kotak)
  • 4 biji telur A
  •  1500 Ml Air
  •  1 Sudu Besar Esen Vanila
  •  1 Sudu besar tepung jagung

 

Cara buat kuih sepit berinti

  1. Campurkan semua bahan. Kacau hingga sebati dengan menggunakan mixer.
  2.  Tapis.
  3.  Air bergantung pada kepekatan santan. Kalau santan terlalu pekat, letak air 1500 ml. Kalau santan cair letak air 1400 ml.
  4. Filling kuih kapit: Coklat filling, nutella, spread kacang atau peanut butter.

Sumber: Ayunie Kamaruddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Kuih Tradisional Lain Yang Popular?

Jika bercakap mengenaik kuih tradisional memang tidak terhitung banyaknya. Selain Kuih Sepit, ada lagi kuih tradisional yang prosesnya hampir sama Kuih Sepit iaitu digoreng. 5 diantara kuih tersebut adalah:

1. Kuih Ros

Kuih ros adalah sejenis kuih yang dibuat menggunakan acuan berbentuk bunga ros. Ia diperbuat daripada campuran tepung gandum, telur, gula halus dan santan. Kuih ini dimasak menggunakan acuan khas yang dicelup ke dalam minyak panas.

2. Kuih Loyang

Kuih loyang atau dahlia merupakan kuih yang diperbuat daripada tepung beras, telur, santan, dan gula. Ia dimasak menggunakan acuan berbentuk bunga yang dicelup ke dalam minyak panas sehingga keemasan.

3. Kuih Siput

Kuih siput adalah sejenis kuih yang dibuat menggunakan acuan berbentuk siput. Bahan-bahan asasnya termasuk tepung gandum, telur, gula, dan santan. Ia dimasak dengan mencelup acuan ke dalam minyak panas.

4. Kuih Akar Kelapa

Kuih akar kelapa dibuat menggunakan tepung gandum, telur, gula, dan santan. Ia dimasak menggunakan acuan khas berbentuk silinder panjang yang dicelup ke dalam minyak panas.

5. Kuih Telinga Tikus

Kuih telinga tikus merupakan kuih yang diperbuat daripada tepung gandum, telur, gula, dan santan. Ia dibentuk menggunakan acuan khas yang menyerupai telinga tikus dan digoreng dalam minyak panas sehingga keemasan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply