Ramai keliru kuih buah melaka dengan kuih lopes. Kuih lopes ini dicicah dengan kuah air gula melaka yang cukup manis. Kuih ini juga mempunyai pelbagai bentuk yang ada seperti betuk bula dan segitiga. Jom kami kongsikan resepi kuih lopes.
1. Resepi Kuih Lopes Legends
Bahan-bahan
- 3 cawan beras pulut
- 2 cawan air pandan
- Sedikit pewarna hijau
- Tambah air biasa seperti masak nasi biasa
- Daun pisang dilayur atas api
- Kelapa parut.
Air Gula Melaka
- 1 ketul gula Melaka
- 4 sudu besar gula perang
- Sesenduk gula merah
- 3 cawan air
- 2 helai daun pandan- disimpul
Cara buat Kuih Lopes Legends
- Setelah nasi masak bungkus dalam daun pisang yang sudah dilayur dan di ikat dgn tali hujung dan tengah.
- Setelah siap dibalut panaskan periuk kukusan kukus selama 10 minit, sejukkan dan potong gaulkan dengan kelapa yg ditabur sedikit garam, boleh hidangkan dengan air gula.
Air Gula Melaka
- Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat.
Sumber: Shidah Asmuni dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Kuih Lopes (Guna Rice Cooker)
Bahan-bahan
- 1 1/2 cwn air pandan (7/8 helai daun pandan yg diblender)
- 1 1/2 cwn santan cair
- Sedikit perwarna hijau jika suka(optional)
- 2 cwn beras pulut susu (cuci bersih dan tak perlu rendam)
Air gula
- 1/2 cwn gula putih
- 1 cwn gula merah
- 2 ketul gula melaka
- 4 cwn air
- 1 helai daun pandan
Cara buat Kuih Lopes ( Guna Rice Cooker)
- Semua bahan ni masukkan dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
Air gula
- Masak semua bahan sehingga larut dan kepekatan ikut selera masing.
- Sedikit kelapa parut yang di kukus dan digaul dengan sedikit garam.
Sumber: Norhaizah Abdul Rahman dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
3. Resepi Kuih Lopes
Bahan-bahan
- 3cwn pulut direndam 2-4 jam mix sikit jer air kapor makan
- 2 1/2 cwn santan cair
- Garam
- Pewarna hijau
- 1cwn air daun pandan
#pulut disatukan dengan santan, air pandan, garam kukus 20 minit kemudian ratakan dan kukus 10 minit - #1cwn gula merah
- 1/2 cwn gula putih
- Daun pandan
- 1/2 sudu air tpg jagung
Cara buat Kuih Lopes
- Ambil bekas plastik seperti dalam dua bekas, satu bekas disapukan minyak, masukkan pulut, ambil satu bekas tekan.
Sumber: Saniyah Mat dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
4. Resepi Kuih Lopes Simple
Bahan-bahan
- 2 cawan pulut
- 1 cawan air daun pandan campur air
- Sedikit garam
- 4 sudu santan pekat
- Kelapa parut + garam (kukus 10 minit)
Cara buat Kuih Lopes Simple
- Rendam pulut dengan air daun pandan dalam 1 jam.
- Air pandan@ air biasa dibancuh dengan santan dan garam.
- Masukkan pulut yang telah direndam ke dalam loyang.
- Masukkan bancuhan air tadi ke dalam pulut, pastikan air dan pulut sama paras, kalau bancuhan tadi tidak mencukupi memadai masukkan air biasa smpai sama paras.
- Kukus pulut tersebut dalam 45 minit atau sehingga masak.
- Bila pulut dah masak, keluarkan pulut dari loyang dan seeloknya letak dalam dulang.
- Masa tengah panas tu pakai sarung tangan atau sudip dan padatkan sehingga capai tebal yang nak, selepas itu ambil acuan lompang tekapkan pada pulut, hasilnya dapat bulat yang sekata.
- Gaulkan pulut dengan kelapa (nyok) + garam.
- Boleh dinikmati dengan air gula yang telah dibuat.
Sumber: Ainon Sidi dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Akhir kata
Terliur kan? Jangan lupa cuba resepi ini dirumah.
Jom baca resepi onde-onde pula.
Selamat mencuba!