Kuih Ketayap ialah sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada daun pandan, tepung gandum, telur, garam, dan santan. Bahagian isinya pula mengandungi kelapa parut yang dimasak dengan gula melaka sehingga pekat dan garam secukup rasa.

Cara membuatnya dimulakan dengan mencampurkan bahan-bahan kulit (tepung gandum, telur, garam, jus pandan dan santan) sehingga menjadi adunan yang cair. Kemudian, panaskan kuali leper dan tuang adunan nipis-nipis membentuk kulit yang nipis. Untuk isi, masak kelapa parut bersama gula melaka sehingga pekat. Setelah kulit sejuk, letakkan isi dan gulung dengan kemas.

1. Resepi Kuih Ketayap

Bahan-bahan

  • 2 cwn tpg gandum
  • 1 biji telur (optional)
  • 2 sdb minyak masak
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau
  • 2 1/2 cwn santan cair + air pandan

Bahan inti kelapa

  • 1 biji kelapa parut
  • 1/2 cwn gula merah
  • 2 sudu B gula pasir
  • 1/2 cwn air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu B tpg gandum (biar inti tak berderai)
  • Secubit garam

Cara buat Kuih Ketayap

  1. Bancuh semua bahan diatas kemudian blender hingga halus.
  2. Panaskan kuali non stick yang disapu dengan sedikit minyak.
  3. Tuang sedikit adunan kemudian lenggangkan.
  4. Bila dah masak angkat kulit ketayap dan isikan inti kelapa, kmudian gulung kemas.

Bahan inti kelapa

  1. Masak gula bersama air dan daun pandan hingga gula larut dan tapis air gula.
  2. Masukkan kelapa dan kacau hingga air kering dan kelapa masak.
  3. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati.

Sumber: Rahmah Rosmin dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Ketayap Tanpa Telur

Bahan-bahan

  • 3 cwan air pandan
  • 3 cwan tepung gandum
  • 1 sudu tepung ubi
  • 2 sudu minyak
  • Garam
  • Pewarna hijau

Cara buat Ketayap Tanpa Telur

  1.  Masukkan semua bahan ke dalam blender.
  2. Alhamdulillah dah 3jam pun lembut lagi.

Sumber: Noraini Hamid dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Kuih Ketayap Inti Padat

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air daun pandan
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
    *blend sehingga sebati.

Bahan inti kelapa

  • Kelapa parut
  • Gula merah
  • Gula putih
  • Air
  • Daun pandan

Cara buat Kuih Ketayap Inti Padat

  1. Masak gula merah, gula putih dan air sehingga larut tapis dulu air gula tadi.
  2. Kemudian masukkan kelapa parut dan daun pandan.
  3. Masak sehingga kering air.
  4. Sediakan pan dan sapu minyak sedikit.
  5. Tuang adunan dan lenggang sedikit untuk leperkan kulit dan tunggu sehingga masak.
  6. Letak inti kemudian gulung kemas.

Sumber: Siti Hadirah dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

4. Resepi Kuih Ketayap Inti Pandan

Bahan-bahan

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air daun pandan (blend 6 helai daun pandan + air)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh garam halus
  • Pewarna hijau

Inti Kelapa Pandan

  • 1 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula pasir
  • Secubit garam halus
  • 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan  (di simpul)
  • Pewarna hijau

Cara buat Kuih Ketayap Inti Pandan

Inti Kelapa Pandan

  1. Didalam kuali, satukan gula, garam, air, pewarna hijau & daun pandan.
  2. Kacau hingga gula larut & mendidih.
  3. Masukkan kelapa, kacau hingga air agak kering. Inti kelapa lebih sedap jika sedikit lembab. Sejukkan dulu.

Kulit ketayap

  1. Satukan tepung, garam, telur, minyak, air daun pandan, santan & pewarna hijau.
  2. Campur sedikit pewarna hijau. Kacau sebati & tapiskan. Nak blend pun boleh.
  3. Panaskan non stick pan hingga betul-betul panas.
  4. Tuang satu senduk adunan & lenggang nipis.
  5. Masak di atas api kecil hingga kering di atas permukaannya kulit akan jadi berlubang sebab terkena pan yang betul-betul panas.
  6. Angkat dan letak inti. Gulung kemas. Sedia dihidangkan.

Sumber: T-hah T-hah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Menu Kuih Gulung Yang Boleh Dicuba?

Selain Kuih Ketayap, terdapat beberapa jenis kuih gulung lain yang boleh dicuba. 5 diantaranya adalah:

1. Kuih Dadar

Kuih Dadar adalah variasi kuih ketayap yang popular di seluruh Malaysia. Perbezaan utamanya ialah penggunaan pewarna hijau makanan berbanding jus pandan asli, namun cara penyediaan dan bahannya hampir serupa.

2. Kuih Gulung

Kuih ini mempunyai konsep yang sama seperti ketayap tetapi kulitnya lebih tebal dan kadangkala ditambah dengan sedikit vanila untuk memberi aroma yang berbeza.

3. Kuih Dompok

Sejenis kuih gulung yang diisi dengan kelapa parut yang dimasak dengan gula merah. Kulitnya lebih lembut dan nipis berbanding ketayap biasa.

4. Kuih Sri Muka Gulung

Versi moden kuih sri muka yang digulung seperti ketayap. Menggunakan pulut yang telah dimasak dengan santan sebagai lapisan bawah dan custard pandan sebagai lapisan atas.

5. Kuih Lenggang

Kuih tradisional yang menyerupai ketayap tetapi mempunyai tekstur yang lebih lembut. Diisi dengan campuran kelapa dan gula melaka yang lebih cair berbanding isi ketayap biasa.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply