Kalau tanya generasi sekarang memang ramai yang tak kenal dengan kuih dangai. Kuih dangai ini salah satu kuih tradisi lama yang masih mempunyai peminat sehingga sekarang. Kuih ini juga sangat harum bau kelapanya apabila dah dibakar. kami nak kongsikan resepi kuih dangai bakar ini.

Jom kita try!

1. Resepi Kuih Dangai Bakar

Loyang: Segi empat, 10×10

Bahan-bahan

  • 600g kelapa parut (boleh tambah hingga 680g)
  • 170g gula kastor
  • 250g tepung pulut
  • 1tsp garam halus

Cara buat Kuih Dangai Bakar

  1. Masukkan gula kastor, tepung pulut dan garam dlm mangkuk. Gaul sebati. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar atau besen yg berisi kelapa parut, pastikan kelapa parut bebas bendasing dan tidak berketul.
  3. Masukkan campuran gula kastor, tepung pulut dan garam. Gaul sebati.
  4. Masukkan dalam loyang yang telah disapu shortening dan ratakan. Tak perlu tekan. Cukup sekadar ratakan.
  5. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, bakar hingga permukaannya berubah warna golden brown.
  6. Kalau nak lebih garing, tambahkan lagi masa membakar.
  7. Dah masak, keluarkan dan potong sewaktu masih panas dengan pisau plastik.
  8. Selamat mencuba.
  9. Masa membakar: 40minit (bergantung pada oven masing-masing) Api atas bawah suhu: 150°C (bergantung pada oven)

Tips: Simpan kelapa parut dalam bekas bertutup di dalam chiller atau peti sejuk sekurang-kurangnya 3jam sebelum digunakan. Nak simpan semalaman pun boleh. Tujuannya supaya kelapa parut lebih mudah diurus.

Sumber: Johan Masiran dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Dangai Bakar 3 Bahan

Bahan-bahan

  • Sebijik kelapa
  • 250g tepung pulut
  • Garam sesudu kecil

Cara buat Dangai Bakar 3 Bahan

  1. Gaul lembut semua bahan atas sampai semua bersalut.
  2. Ambil dua  genggam masuk dalam bekas lain tambah dua sudu gula  dan gaul rata.
  3. Ambil sedikit kelapa tak bergula tabur atas acuan dulu supaya tak melekat bila di bakar.
  4. Kemudian boleh taburkan adunan kelapa yang dah bergula tadi sampai penuh.
  5. Hanya taburkan sahaja sampai penuh dah siap boleh bakar sampai garing.

Sumber: Zuraida Abdullah dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Kuih Dangai (Bakar Atas Dapur Gas)

Bahan-bahan

  • 3 cwn kelapa yg agak muda
  • 1 cwn tepung pulut
  • Sedikit garam
  • Gula

Cara buat Kuih Dangai

  1. Gaul bahan diatas bagi rata.
  2. Letak dalam acuan buat lubang tengah bubuh gula dan tutup balik dengan bahan tadi.
  3. Bakar dan tutup bahagian atas dengan tudung periuk.
  4. Bakar api perlahan ye sampai nampak sedikit garing boleh angkat.
  5. Selamat mencuba.

Sumber: Yati Yati dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Dangai Bakar

Bahan-bahan

  • 1 biji kelapa putih
  • 1 cwn tepung pulut
  • ⅔ cwn gula
  • ecubit garam

Cara buat Dangai Bakar

  1. Gaul sebati semua bahan. Memang kering tau. Tak ada campur air setitik pun.
  2. Tuang dalam loyang 8×8.
  3. Ratakan. Jangan tekan.
  4. Tabur gula sikit atas tu. Dah siap bakar nanti, cantik dangai.
  5. Bakar 30 min, suhu 180°.

Sumber: Umira Nor Azazudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Kuih dangai bakar ini memang sesuai dibuat minum petang, lawan pula dengan secawan kopi memang ngam!

Jom lihat juga resepi kuih cara manis ini bila makan tak cukup satu.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply