Kuih Cara Manis merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada tepung gandum dan santan. Ia adalah kuih yang popular di Malaysia terutamanya semasa majlis keramaian dan juadah petang. Kuih ini mempunyai bahagian putih yang diperbuat daripada campuran tepung gandum, telur dan santan, manakala bahagian atasnya pula adalah campuran gula melaka cair.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah tepung gandum, telur, gula pasir, garam, santan, gula melaka dan daun pandan. Cara penyediaannya dimulakan dengan mencampurkan tepung gandum, telur, gula pasir dan garam. Kemudian masukkan santan dan kacau sehingga sebati. Untuk bahagian atas, cairkan gula melaka dengan sedikit air. Panaskan acuan kuih cara, tuang adunan putih dan kemudian letakkan sedikit gula melaka cair di atasnya. Masak sehingga masak.

1. Resepi Kuih Cara Manis

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan santan
  • 2cawan air pandan
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Pewarna hijau jika suka

Cara buat Kuih Cara Manis

  1.  Masuk semua bahan diatas dalam blender.
  2.  Tuang dalam  jag sederhana, panaskan acuan cara atas dapur gas api perlahan dan sapu sedikit minyak.
  3.  Tuang adunan penuh dalam acuan biarkan seketika baru letak sedikit gula dalam adunan dan tutup dengan penutup periuk.
  4. Agak-agak  nampak naik adunan atau sedikit kekuningan pada tepi kuih boleh angkat & keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai.
  5. Untuk tuang adunan seterusnya mesti kacau dulu adunan dalam jag dan baru tuang.
  6. Ulang sampai habis.

Sumber: Minah Ramli dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Kuih Cara Manis Tanpa Santan & Telur (Sukatan Cawan)

Bahan-bahan

Bahan A 

  • Dua cawan tepung gandum
  • Dua cawan air pandan
  • Secubit garam
  • Satu sudu kecil minyak masak

Bahan B : Inti

  • Gula pasir secukupnya (kami guna gula kastor)

Cara buat Kuih Cara Manis Tanpa Santan & Telur (Sukatan Cawan)

  1. Pewarna hijau sikit.
  2. Dah siap, satukan semua bahan.
  3. Blend atau kisar sampai sebati.
  4. Tapis.
  5. Panaskan acuan kuih cara manis yang telah di sapu dengan minyak atas dapur.
  6. Kecilkan api.
  7. Tuang adunan kuih cara manis bubuh inti gula.
  8. Step akhir, tutup guna penutup periuk dan biarkan sampai masak. Siap.

Sumber: Aida Bani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kuih Cara Manis Versi Garing

Bahan-bahan

  • 2cwan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 cwan santan
  • 1cwan air daun pandan
  • Sikit garam

Cara buat Kuih Cara Manis Versi Garing

  1. Blender semua bahan di atas.
  2. Panaskan acuan. Oleskan dengan minyak.
  3. Letak adunan.
  4. Letakkan sikit gula ditengah adunan.
  5. Masak dalam 5 minit.

Sumber: Norazizah Hasbolah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kuih Cara Manis Versi Jagung

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur gred A (pukul dulu)
  • 1/2 cawan jagung dah hiris
  • 3 1/4 cawan santan
  • Sedikit garam
  • Sedikit esen vanilla (optional)
  • Perisa jagung
  • Sedikit pewarna kuning telur

Cara buat Kuih Cara Manis Versi Jagung

  1.  Blender dulu jagung dengan 1 cawan santan (jangan blender halus sangat) ketepikan dalam bekas lain. Masuk semua bahan yang lain dalam bekas. Gaul rata dan tuang dalam blender halus.
  2. Tuang dalam jag sederhana campur dengan 1 cawan jagung yang blender tadi kacau sebati. Panaskan acuan cara atas dapur gas. Api perlahan dan sapu minyak.
  3. Tuang adunan penuh dalam acuan. Biarkan sekejap baru letak sedikit gula dalam adunan.
  4. Tutup dengan penutup periuk. Agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan pada tepi kuih, boleh angkat dan keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai.
  5. Untuk tuang adunan seterusnya mesti kacau dulu adunan dalam jag dan baru tuang.
  6. Ulang sehingga habis adunan. Siap sedia untuk makan.

Sumber: Zura Zul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Kuih Lain Yang Popular Selain Kuih Cara Manis

Selain Kuih Cara Manis, terdapat banyak lagi kuih tradisional yang popular di Malaysia. 5 kuih tradisional yang dimaksudkan adalah:

1. Kuih Apam

Sejenis kuih kukus yang diperbuat daripada tepung beras, santan dan yis. Ia biasanya dimakan dengan kelapa parut dan gula melaka. Kuih ini mempunyai tekstur yang lembut dan gebu.

2. Kuih Ketayap

Kuih tradisional yang dibuat daripada tepung gandum, telur dan pandan. Ia diisi dengan campuran kelapa parut dan gula melaka, kemudian digulung menjadi bentuk silinder.

3. Kuih Lapis

Kuih berlapis yang dibuat daripada tepung beras, tepung sagu, santan dan pewarna makanan. Setiap lapisan dimasak secara berasingan untuk menghasilkan lapisan yang cantik.

4. Kuih Seri Muka

Kuih dua lapis yang terdiri daripada lapisan bawah pulut dan lapisan atas yang diperbuat daripada tepung gandum, telur, santan dan jus pandan.

5. Kuih Dadar

Sejenis kuih yang mempunyai kulit nipis berwarna hijau yang diperbuat daripada tepung gandum dan jus pandan. Ia diisi dengan campuran kelapa parut dan gula melaka.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply