Kuey teow kantonis merupakan sejenis hidangan mee yang popular dalam masakan Kantonis. Ia dibuat daripada kuey teow yang lebar dan rata, biasanya dimasak dengan campuran daging, udang, sayur-sayuran, dan sos kicap pekat yang memberikan rasa yang kaya.

Bahan utama untuk kuey teow kantonis termasuk kuey teow, daging ayam atau udang, sayur segar seperti lobak, kobis, dan daun bawang. Sos kicap, minyak sayuran, bawang putih, dan cecair seperti air atau stok ayam turut diperlukan untuk memasak hidangan ini.

1. Resepi Kuey Teow Kantonis Simple

Resepi ini sedap dimakan bersama cili potong ditambah cuka dan kicap.

Bahan-bahan

  • 1 bungkus kuey teow
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • Isi ayam
  • Kicap pekat
  • Kicap biasa
  • Serbuk pati ayam
  • Garam
  • Gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu tepung jagung (dicampur air)
  • Sawi
  • Cili
  • Cuka

Cara buat kuey teow kantonis

  1. Lumur kuey teow dengan kicap pekat dan kicap biasa.
  2. Panaskan minyak, masukkan 2 ulas bawang putih yang sudah ditumbuk dan masukkan kuey teow.
  3. Gaul rata dan asingkan.
  4. Untuk kuah, tumis bawang putih sehingga naik bau.
  5. Masukkan ayam dan masak sehingga keluar air ayam. Tambahkan air.
  6. Taburkan serbuk pati ayam, garam dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa.
  7. Biarkan kuah mendidih dan masukkan telur yang telah dipukul.
  8. Tuangkan air tepung jagung dan masukkan sayur. Gaul dan tutup api.

Sumber: Nur Hidayah Mohd Ghazali dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Kuey Teow Kantonis

Bahan-bahan

  • 1 bungkus kuey teow
  • 1 keping dada ayam
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji telur
  • 10 ekor udang
  • 2 keping fishcake (dihiris nipis)
  • Lobak merah
  • Bunga kobis
  • Daun bawang
  • Sos tiram
  • Lada sulah
  • Minyak bijan
  • Garam

Cara buat kuey teow kantonis

  1. Panaskan minyak sedikit dan masukkan kuey teow. Tuangkan kicap masin dan kicap manis sedikit.
  2. Gaul sekejap di atas kuali dan asingkan.
  3. Panaskan minyak lain dan masak udang sebentar. Angkat dan asingkan.
  4. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  5. Masukkan ayam, sos tiram dan air sebanyak 1 liter.
  6. Apabila air sudah mendidih, masukkan sayuran, fishcake, lada sulah dan minyak bijan.
  7. Boleh masukkan garam kalau tawar.
  8. Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh air untuk pekatkan kuah.
  9. Akhir sekali, masukkan telur yang sudah dipukul dan kacau perlahan.

Sumber: Yatt Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Kuey Teow Kantonis Pekat

Bahan-bahan

  • 2 paket kuey teow
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • Sedikit isi ayam (dihiris)
  • Sedikit udang
  • Sedikit sotong
  • 4 tangkai sawi atau pak choy
  • 4 keping fishcake
  • Minyak masak
  • Serbuk perasa @ garam
  • Sedikit sos tiram
  • Kicap cair
  • 2-3 titik kicap pekat
  • Air secukupnya
  • Tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)

Cara buat kuey teow kantonis

  1. Cuci kuey teow dengan air suam dan toskan.
  2. Gaul dengan 2 sudu besar kicap pekat dan 2 sudu besar kicap masin.
  3. Panaskan sedikit minyak dan goreng kuey teow sebentar. Angkat dan ketepikan.
  4. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  5. Masukkan hirisan ayam dan masak seketika.
  6. Tambahkan fishcake, udang dan sawi. Gaul rata.
  7. Tambahkan air, tuang sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk perasa.
  8. Masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul lagi.
  9. Tutup api dan masukkan telur, kacau sedikit. Sedia untuk dihidang bersama cili potong dan kicap.

Sumber: Danita Daniels dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Kuey Teow Kantonis Watanhor

Bahan-bahan

  • Kuey teow
  • Isi ayam (dipotong dadu)
  • Carrot (potong nipis memanjang)
  • Sawi
  • Tepung jagung
  • Air
  • Garam
  • Kiub pati ayam
  • Fishcake
  • Telur
  • Kicap
  • Cili padi

Cara buat kuey teow kantonis

  1. Goreng kuey teow dengan kicap. Angkat dan ketepikan.
  2. Tuang air di dalam kuali.
  3. Masukkan isi ayam, carrot, sawi dan kiub pati ayam.
  4. Apabila sudah mendidih, boleh letakkan garam.
  5. Bancuh tepung jagung dan tuang ke dalam kuali. Tutupkan api.
  6. Pukul telur dan tuang dalam kuali dan kacau. Tak perlu buka api.
  7. Kemudian, tuangkan kuah ke dalam kuey teow dan taburkan hirisan cili padi.

Sumber: Zati Salim dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Sajian Mee Yang Popular?

Sajian kuey teow kantonis sering kali dimakan pada waktu malam atau dijadikan hidangan makan malam. Namun, terdapat juga sajian mee lain yang sesuai dimakan waktu pagi dan ada juga yang sering menjadi pilihan dikala tengahari. Ini 5 lagi cadangan sajian mee yang popular:

1. Char Kway Teow

Hidangan mee yang popular di Malaysia dan Singapura, menggunakan kuey teow yang sama tetapi dimasak dengan rempah yang berbeza, biasanya mengandungi cili, udang, telur, dan kucai.

2. Mee Goreng Basah

Mee kuning yang dimasak dengan sos kicap dan dicampur dengan pelbagai bahan seperti sayur, daging, dan udang, memberikan rasa yang kaya dan sedap.

3. Mee Mamak

Hidangan mee yang popular dalam masakan India-Muslim, biasanya dimasak dengan sos pedas dan dicampurkan dengan sayur, daging, atau protein lain.

4. Kuey Teow Goreng

Variasi lain daripada hidangan kuey teow yang digoreng dengan campuran protein dan sayur-sayuran, mempunyai rasa yang serupa dengan kuey teow kantonis.

5. Mee Goreng Cina

Hidangan mee tradisional Cina yang dimasak dengan pelbagai bahan dan rempah, memberikan citarasa yang unik dan lazat.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply