Kuah kacang adalah sejenis sos atau kuah yang diperbuat daripada kacang tanah yang ditumbuk atau dikisar, biasanya digunakan sebagai pencecah atau hiasan dalam masakan tradisional Malaysia. Ia mempunyai rasa yang pekat, manis, dan sedikit pedas, serta menjadi pelengap popular kepada pelbagai hidangan.
Bahan utama kuah kacang termasuk kacang tanah, gula, cili, bawang, dan rempah-ratus seperti jintan. Untuk membuatnya, kacang tanah disangai dan ditumbuk halus, kemudian dicampur dengan bahan-bahan lain dan dimasak sehingga menjadi kuah yang pekat dan sedap.
1. Resepi Kuah Kacang
Bahan-bahan
- 500g kacang tanah
- 10 ulas bawang merah kecil*
- 4 ulas bawang putih*
- 1 inci kunyit hidup*
- 1 inci halia (diketuk)
- 4 batang serai (diketuk)
- 2 keping asam keping
- 3 cawan santan
- 3 senduk cili kisar
- Minyak masak
- 2 inci gula melaka
- 2 sudu gula pasir
- 1 cawan air
- Sedikit garam
Cara buat Kuah Kacang
- Goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga garing. Bila dah garing, angkat dan buang kulit.
- Kisar atau tumbuk sehingga mendapat tekstur yang diingini.
- Kisar bahan bertanda *.
- Panaskan kuali dan tumis bahan kisar, cili kisar, halia dan serai. Masak sehingga garing dan masukkan air dan asam keping.
- Tunggu kuah mendidih, masukkan santan dan diikuti kacang yang sudah dikisar.
- Masukkan gula melaka, gula putih dan garam.
- Biarkan mendidih dan kacau sekali sekala. Boleh ubah kepekatan mengikut rasa.
- Masak sehingga pecah minyak dan sedia untuk dihidang.
Sumber: Marlina Murat dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Kuah Kacang Empat Bahan
Bahan-bahan
- 3-5 biji bawang besar
- 15-30 tangkai cili kering (rebus & blend halus)
- Kacang tanah
- 1 ketul besar gula melaka (potong kecil)
Cara buat Kuah Kacang Empat Bahan
- Mayang bawang besar.
- Sangai kacang tanah sehingga masak. /kisar kasar kacang 1 cawan bersama air. Selebihnya kisar seperti biasa.
- Panaskan minyak masak (nak sedap lagi guna minyak Mazola)
- Masukkan bawang besar dan masak sehingga layu.
- Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan kacang yang sudah dikisar.
- Isikan air ke dalam blender tadi sehingga penuh dan masukkan pula ke dalam periuk.
- Biarkan kuah mendidih, dan masukkan gula melaka yang sudah dipotong kecil.
- Boleh letak asam keping jika ingin kuah masam sedikit. Perasakan dengan garam.
- Adjust kuah mengikut citarasa dan biarkan masak.
Sumber: Nuriza Yusiza dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Kuah Kacang Ayam Berlemak
Bahan-bahan
- 1kg kacang tanah
- 4 senduk cili boh
- 20 biji bawang merah
- 7 biji bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1/4 inci lengkuas
- Asam keping
- 3 batang serai
- 4 keping gula melaka
- Garam
Bahan perapan ayam (ditumbuk)
- 1sk ketumbar
- 1sk jintan putih
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
Cara buat Kuah Kacang Ayam Berlemak
- Tumbuk bahan perapan ayam dan gaul bersama ayam. Masukkan garam sedikit. Perap selama setengah jam.
- Goreng ayam separuh masak dengan minyak sedikit sahaja. Angkat dan ketepikan.
- Untuk kuah kacang, sangai kacang dan tumbuk mengikut citarasa.
- Kisar bawang, jintan, halia dan lengkuas. Tumis semua bahan kisar bersama cili boh.
- Masukkan serai dan tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan kacang, asam keping, nise dan garam.
- Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan.
- Adjust mengikut citarasa anda dan masak sehingga siap.
Sumber: Che’ Syazwani dari Masak Apa Hari Ni
4. Cara Buat Kuah Kacang Gula Anau
Bahan-bahan
- 1kg kacang tanah (disangai/dibakar dalam oven)
- 2 senduk cili kering
- 4 biji bawang besar*
- 10 ulas bawang putih*
- 1 genggam udang kering*
- 5 batang serai (dititik)
- 5 batang serai*
- 2 inci halia*
- 2 inci lengkuas*
- 2 ketul gula anau
- 10 sudu gula pasir
- 15 biji belimbing buluh (ditumbuk manja)
- Air asam
- Garam kasar
Cara buat Kuah Kacang Gula Anau
- Kisar bahan bertanda *.
- Panaskan minyak dan tumis serai yang sudah dititik.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga garing.
- Masukkan air dalam 2 jag.
- Masukkan kacang, diikuti dengan gula, gula anau dan belimbing buluh.
- Masak sehingga kuah pekat. Perasakan mengikut citarasa anda. Pastikan kuah selalu dikacau.
- Masak sehinggap pecah minyak.
Sumber: Siti Syuhaida Ramli dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Menu Sampingan Yang Ada?
Jika anda tidak berapa gemarkan menu berkacang, ini antara cadangan hidangan menu sampingan yang lain selain kuah kacang:
1. Satay
Satay adalah hidangan daging yang dipanggang dan diserikan dengan kuah kacang. Ia terdiri daripada potongan daging ayam, lembu, atau kambing yang diperam dengan rempah, kemudian dipanggang di atas arang hingga masak dan berbau.
2. Gado-Gado
Gado-Gado merupakan hidangan sayur rebus atau mentah yang dihidangkan bersama kuah kacang. Ia mengandungi pelbagai jenis sayuran seperti kacang panjang, taugeh, kubis, dan terung, yang dicampur dengan telur dan tahu.
3. Pecel
Pecel adalah hidangan sayur yang serupa dengan gado-gado, tetapi mempunyai variasi resipi tempatan yang sedikit berbeza. Ia menggunakan kuah kacang sebagai sos utama untuk mencampur pelbagai jenis sayuran yang direbus atau mentah.
4. Siomay
Siomay adalah sejenis dimsum yang diperbuat daripada ikan atau udang yang dicampur dengan tepung, kemudian dikukus. Ia biasanya dihidangkan dengan kuah kacang sebagai pencecah yang menambahkan perisa.
5. Tahu Goreng
Tahu goreng adalah hidangan tahu yang digoreng sehingga garing dari luar dan lembut dari dalam, kemudian dihidangkan bersama kuah kacang. Ia kerap dijadikan hidangan ringan atau appetizer dalam masakan Malaysia.