Kalau anda pening untuk fikirkan sayur kobis sesuai nak masak apa. Kami cadangkan anda baca sampai habis artikel ini, kerana kami ingin kongsikan resepi kobis di masak dengan pelbagai cara untuk anda cuba

Jom kita try!

1. Resepi Jeruk Kobis

Bahan-bahan

Sukatan

  • 1 cawan air
  • ½ cawan cuka makan
  • 3-4 sudu besar gula
  • 3-4 sudu besar garam
    didihkan semua hingga garam dan gula larut

Sementara tunggu sejuk

  • Hiris/potong kobis, sebatang cili (belah tengah dan buang biji)
  • Ketuk dua ulas bawang putih. Masukkan semua dalam balang

Cara buat Jeruk Kobis

  1. Bila bahan didih tadi dah sejuk, tuang dalam balang berisi kobis, cili dan bawang putih tadi.
  2. Dalam tempoh 2-4 jam, dah boleh makan.
  3. Rangup, manis, masam, masin pedas.
  4. Tak perlu simpan dalam fridge.

Sumber: AJ Idris dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sayur Kobis Masak Lemak Putih

Bahan – bahan

  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 3 biji bawang putih diketuk
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 1 biji tomato dipotong lapan
  • 1 batang lobak merah dipotong panjang
  • 1 genggam ikan bilis ditumbuk
  • 1/2 biji kobis bulat dihiris kasar
  • 1/2 biji bunga kobis dihiris kasar
  • 1 kotak santan
  • 1 peket fucuk dan suhun direndam dalam air
  • Air masak secukupnya
  • Garam secukupnya

Cara buat Sayur Kobis Masak Lemak Putih

  1. Cairkan santan bersama air, panaskan di dalam periuk dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis.
  2. Masukkan kobis, bunga kobis dan lobak merah. Tutup sekejap dan biarkan lembut.
  3. Bila dah mendidih, masukkan pulak tomato, fucuk dan suhun. Tabur garam secukupnya, dah siap!

Sumber: Husna Zul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kobis Bunga Rangup

Bahan-bahan

  • 300g Cauliflower
  • 1/2 cawan tepung goreng ayam (Bestari)
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1 cawan minyak atau secukup
  • 2 tangkai daun kari

Cara buat Kobis Bunga Rangup

  1. Potong kobis bunga saiz sederhana kecil, rendam dengan 1/2 sk garam dan air secukup selama 3 minit.
  2. Cucikan kobis bunga dan tapis. Kemudian keringkan dengan tuala dapur.
  3. Masukkan tepung bestari dan air kedalam bekas. Bancuhkan serderhana pekat.
  4. Masukkan kobis bunga dan Gaulkan sebati hingga saluti.
  5. Dalam bekas lain, Masukkan tepung jagung dan serbuk lada hitam. Gaulkan sebati (kering)
  6. Salutkan kobis bunga bersama tepung jagung dan gorengkan hingga rangup.
  7. Akhirnya gorengkan daun kari dan hidangkan.

Sumber: Thana Ravindran dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sayur Kobis Mamak Spicy

Bahan-bahan

  • Kubis
  • Bunga kubis
  • Carrot
  • Cili kering 3 (dikerat dua)
  • Bawang putih 5 ulas (dihiris halus)
  • Bawang merah 3 ulas (dihiris halus)
  • Sedikit garam,serbuk kunyit
  • Secukup rasa dan gula (1 sudu)

Cara buat Sayur Kobis Mamak Spicy

  1. Masukkan kubis, bunga kubis, carrot, bawang putih dan bawang merah.
  2. Tumis sampai naik bau, masukkan cili kering.
  3. Masukkan garam dan perasa dan juga kunyit sedikit.

Sumber: Wani Zakariaa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi kobis ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Jom lihat juga resepi kangkungsayur pak choy dan sayur sawi yang mudah ini.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply