Ketupat sotong adalah hidangan yang menggabungkan sotong segar yang diisi dengan nasi pulut yang telah dimasak separuh matang dan perasa. Bahan-bahan yang diperlukan ialah sotong segar, beras pulut, daun pandan, halia, bawang merah, bawang putih, serbuk kari, garam dan minyak masak.

Cara penyediaan dimulakan dengan membersihkan sotong dan mengeluarkan isi dalamannya. Nasi pulut dimasak separuh matang dan digaul dengan rempah yang telah ditumis. Kemudian, isikan campuran nasi ke dalam sotong dan kukus selama 20-25 minit sehingga masak.

1. Resepi Ketupat Sotong By CW

Bahan-bahan

  • Beras pulut
  • Sotong
  • Santan
  • Garam
  • Daun pandan
  • Gula melaka

Cara buat Ketupat Sotong By CW

  1. Rendam beras pulut dengan santan dan gram sikit 1jam.
  2. Isi separuh sotong (kalau penuh nanti pecah)
  3. Pakai pencukil gigi buat bentuk ❌ untuk mengelak pulut keluar.
  4. Susun daun pandan dan gula melaka. Susun sotong atas daun pandan.
  5. Letak santan (jangan letak air) sebab sotong ada air dia sendri.
  6. Masak api sederhana, gelegak tutup kuali biarkan dengan api kecil tunggu sampai kuah pekat (ambil masa sikit)

Sumber: Wulan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ketupat Sotong Kelantan

Bahan-bahan

  • Sotong
  • Beras pulut
  • Santan
  • Gula melaka
  • Gula pasir
  • Daun pandan
  • Garam

Cara buat Ketupat Sotong Kelantan

  1. Bersihkan sotong. Badan sotong diasingkan dari kepala. Buang mata & mulut sotong.
  2. Rendam beras pulut selama 1 jam kemudian toskan.
  3. Masukkan beras pulut kedalam sotong (3/4 dari badan sotong) .
  4. Kemudian masukkan kepala sotong sehingga tidak nampak matanya dan seterusnya cucukkan dengan lidi pecungkil gigi di pangkal sesungutnya dan pastikan kepala sotong itu dicucuk dengan kemas. Sila berhati-hati ketika mencucuk lidi.
  5. Aturkan sotong yang telah siap disumbat dengan beras pulut kedalam periuk. Masukkan santan, daun pandan, gula melaka, sedikit garam dan gula pasir.
  6.  Tutup periuk dan masak dgn api sederhana. Tunggu sehingga kuah menjadi pekat. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba.

Sumber: Azrimah Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ketupat Sotong Terengganu

Bahan-bahan

  • 1 kg sotong (sederhana besar) – dibuang kulitnya
  • 200 gram beras pulut – direndam dengan 2 cawan santan selama 1 jam
  • 3 cawan santan pekat – untuk kuah
  • Sedikit halba
  • 2 cm halia – dimayang
  • 3 ulas bawang merah – dimayang
  • 2 batang serai
  • Gula, garam dan perasa.
  • Lidi yang mencukupi

Cara buat Ketupat Sotong Terengganu

  1. Masukkan beras pulut 3/4 ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi dihujung kepala sotong. Ketepikan.
  2. Masukkan sotong ke dalam periuk bersama 4 cawan air.
  3. Kemudian masukkan bawang, halba, halia, garam dan gula serta santan pekat dalam periuk.
  4. Kacau atas api yang sederhana sehingga sotong masak. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Arina Rifin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ketupat Sotong Mudah

Bahan-bahan

  • Sotong (seeloknya saiz sederhana dan bukan sotong jarum)
  • Santan
  • Pulut
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit Halba
  • Halia (mayang)
  • Bawang merah (mayang)
  • lidi @ btg pencungkil gigi

Cara buat Ketupat Sotong Mudah

  1. Basuh sotong bersih dan buang kulit kalau tak nak kuah jadi merah.
  2. Basuh toskan beras pulut.
  3. Masukkan beras pulut kedalam perut sotong tapi jangan banyak jangan lebih separuh sebb nanti pulut nak mengembang dalam, sepitkan mulut sotong dengan lidi supaya pulut tak keluar nanti.
  4. Panaskan santan yang dicampur dengan halia, halba dan bawang. Api perlahan.
  5. Agak dah nak masak, masukkan garam secukup rasa.
  6. Siap.

Sumber: Aniza Mustafa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Menu Alternatif Bagi Ketupat Dan Pulut

Selain Ketupat Sotong, terdapat banyak lagi menu lain bagi ketupat dan pulut. Antaranya adalah:

1. Ketupat Palas

Hidangan tradisional yang diperbuat daripada beras pulut yang dimasak dengan santan dan garam, kemudian dibungkus dalam daun palas berbentuk segitiga. Ia popular di negeri-negeri pantai timur Malaysia.

2. Pulut Panggang

Makanan yang diperbuat daripada beras pulut yang diisi dengan kelapa parut yang telah dimasak dengan ikan bilis, cili kering dan rempah ratus, kemudian dibungkus dengan daun pisang dan dipanggang.

3. Ketupat Daun Palas Ikan

Sejenis ketupat yang diisi dengan campuran beras pulut dan ikan yang telah dicincang halus bersama rempah ratus, dibungkus dalam daun palas dan dikukus.

4. Nasi Impit

Nasi yang dipadatkan dan dibungkus dalam plastik atau daun pisang, kemudian dikukus sehingga padat. Ia sering dihidangkan dengan kuah kacang atau sambal tumis.

5. Pulut Udang

Hidangan yang terdiri daripada beras pulut yang dimasak dengan santan dan dibentuk menjadi kepal kecil, kemudian diisi dengan udang yang telah dimasak dengan rempah ratus.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply