Ketam Masak Lemak adalah hidangan tradisional yang menggunakan ketam dimasak dalam kuah santan yang pekat dan lemak. Hidangan ini menggunakan bahan-bahan seperti ketam, santan pekat, kunyit, serai, daun limau purut, daun kunyit, cili padi, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan belacan.
Cara memasak dimulakan dengan menumis bahan-bahan kisar sehingga wangi, kemudian masukkan ketam dan kacau sebentar. Masukkan santan dan biarkan mendidih, kemudian masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Masak sehingga kuah pekat dan ketam masak, perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa.
1. Resepi Ketam Masak Lemak dengan Nenas Terangkat
Bahan-bahan
- 8 ekor ketam
- 1 batang serai
- 2 inci halia
- 3-4 ketul kunyit
- 4-5 biji bawang merah
- 1 helai daun kunyit
- 1 biji nenas kecil
- 1 kotak santan
- Cili padi ikut tahap kepedasan
Cara nak buat ketam masak lemak nenas
- Kisar bawang merah, halia, cili padi dan kunyit.
- Panaskan minyak. Tumis serai yang dah diketuk. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai pecah minyak.
- Masukkan ketam dan nenas. Kemudian masukkan air. Agak-agak sampai ketam tenggelam. Masukkan sikit santan dulu.
- Biarkan mendidih. Agak-agak 10-15 minit camtu. Rasakan garam, gula dan perasa.
- Then matikan api. Masukkan baki santan. Siap.
Sumber: Asrinna Bakri dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan
- Ketam
- Bawang merah (di kisar)
- Bawang Putih(di kisar)
- Cili Api (di kisar)
- Kunyit (di kisar)
- Serai di ketuk
- Santan 1 kotak(Akak guna KARA)
- Asam gelugor
- Daun kunyit
- Air secukupnya
- Bahan perasa, (garam, sedikit gula)
- (#kuantiti bahan ikut citarasa. Sendiri)
Cara buat ketam masak lemak cili padi
- Masukkan ketam yang telah dibersihkan kedalam kuali bersama bahan kisar.
- Pastikan api sederhana,
- Masukkan air secukupnya sehingga naik bau, dan masukkan bahan-bahan perasa garam, sedikit gula dan asam gelugor.
- Masukan santan pekat, dan kacau pelahan-lahan supaya tak pecah minyak.
- Sebelum kuah mendidih, masukkan daun kunyit, sehingga gulai ketam betul-betul masak.
Sumber: Ida Akmal Idameor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api dengan Nanas
Bahan-bahan
- 3 ekor ketam bunga
- Seulas bwg putih
- Seulas bwg merah
- 5 biji cili padi (boleh lebihkan kalau suka pedas)
- sebiji tomato
- 1 inc kunyit hidup
- 2 keping asam keping
- 1 btg serai
- Sepotong nanas
- Secawan santan
Cara buat ketam masak lemak
- Tumbuk cili api+bwg putih +bwg merah+kunyit hidup.
- Masukkan bahan yang ditumbuk dgn sedikit air bersama asam keping & serai, masak sekejap hingga kering air.
- Masukkan ketam,tambah sedikit ai, biarkan sampai mendidih, kecikkan api dan masukkan santan & nanas.
- Biarkan sampai mendidih, masukkan garam secukup rasa, tutup api, letak tomato & taburkan sedikit daun kunyit.
Sumber: Ibu Husna Najla dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Makanan Laut Yang Sesuai Dibuat Masak Lemak?
Selain ketam, makanan laut lain juga enak jika dibuat masak lemak. 5 diantaranya adalah:
1. Udang Masak Lemak Cili Api
Hidangan ini menggunakan udang segar yang dimasak dengan santan pekat dan cili api yang memberi rasa pedas yang menyelerakan. Rempah-rempah yang digunakan hampir sama dengan ketam masak lemak tetapi dengan tambahan cili api yang lebih banyak untuk memberi kepedasan yang lebih menonjol.
2. Sotong Masak Lemak
Sotong dimasak dalam kuah santan yang pekat dengan campuran rempah ratus tradisional. Hidangan ini popular di pantai timur Semenanjung Malaysia dan sering dihidangkan di restoran-restoran tempatan.
3. Ikan Tenggiri Masak Lemak
Ikan tenggiri yang segar dimasak dalam kuah lemak yang pekat dengan gabungan rempah ratus yang sempurna. Hidangan ini merupakan salah satu masakan tradisional yang kerap dihidangkan di majlis-majlis keramaian.
4. Kepah Masak Lemak
Kepah segar dimasak dalam kuah santan yang pekat dengan campuran rempah yang sama seperti ketam masak lemak. Hidangan ini popular di kawasan pesisir pantai Malaysia.
5. Kerang Masak Lemak
Kerang dimasak dalam kuah santan yang pekat dengan campuran rempah ratus tradisional. Hidangan ini sangat popular di kawasan pantai dan sering menjadi pilihan di restoran makanan laut.