Keropok Lekor Cheese ialah sajian inovasi yang menggabungkan keropok lekor tradisional dengan keju. Bahan-bahan yang diperlukan termasuk ikan tenggiri cincang, tepung sagu, tepung gandum, garam, air, dan minyak untuk menggoreng.

Cara penyediaannya dimulakan dengan mengadun ikan tenggiri dengan tepung sagu dan gandum sehingga sebati. Kemudian, masukkan garam, uli sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk. Bentukkan doh menjadi silinder panjang, rebus dalam air mendidih sehingga timbul, sejukkan dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Akhir sekali, goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Hidang keropok lekor bersama cheese untuk dicicah atau paipkan ke atas keropok lekor yang digoreng tadi.

1. Resepi Lekor Cheese Mudah

Bahan-bahan

  • Keropok lekor
  • Cheese
  • Minyak masak

Cara buat Lekor Cheese Mudah

  1. Potong keropok ikut suka nak panjang ke pendek.
  2. Panaskan api. Dah cukup panas masukkan keropok.
  3. Goreng sampai masak atau kalau rasa nak gigit bunyi krukk krakk krukk krakk guna la api yang besar tahap maksimum.
  4. Then angkat dan toskan minyak. Langkah seterusnya bolehlah letakkan cheese di atas keropok yang baru diangkat tadi yang masih panas.

Sumber: Tengku Nur Hidayah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Keropok Lekor Cheese

Bahan-bahan

  • Keropok lekor dipotong 1″ kemudian goreng dan toskan minyak.
  • Sos cili/tomato.
  • Mayonis (azad mayo king)
  • Sos cheese (swiss bear nacho cheese)
  • Sos blackpepper (azad)

Cara buat Keropok Lekor Cheese

  1. Cara dia senang, dah siap goreng keropok lekor tu, boleh la curahkan 4 jenis sos ke atas keropok lekor.
  2. Tips dia kalau tiada botol sos yang muncung halus tu, korang potong hujung plastik sos tu kecik.

Sumber: Anniey Hussin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Keropok Lekor Cheese Homemade

Bahan-bahan

  • Ikan kembung/selayang/sardin
  • Tapung ubi
  • 1 sd teh garam,
  • 1 sd teh gula

Cara buat Keropok Lekor Cheese Homemade

  1. Ikan dibersihkan dan di ambik isi sahaja.
  2. Blender kering isi ikan (isi ikan ni mentah)
  3. Kalau dapat semangkuk isi ikan, tepung ubi pun semangkuk (sama banyak) garam,gula, dan gaul sebati, menjadi doh tidak lekat pada tangan.
  4. Kaalu nak letak chesee, leperkan dan potong chesee letak di tengah,dan bulat2kan…
  5. Buat sampai habis…
  6. Last skali jerang air dlm periuk, dah mendidih baru masukkan keropok yang buat tadi,tunggu sampai keropok timbul baru angkat.
  7. Dah masak boleh potong dan goreng mcm biasa.

Sumber: Mawar Berduri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Lekor Cheese

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo ikan (sy guna sardin)
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • Cheese keping
  • Secubit garam/perasa

Cara buat Lekor Cheese

  1. Ikan dibersihkan, buang kepala & ekor & basuh bersih.
  2. Asingkan isi & tulang (amik isi sahaja)
  3. Blend/ tumbuk isi ikan.
  4. Sebatikan isi ikan, tepung ubi & garam.
  5. Bentukkan sesuka hati & letak cheese keping sebagai inti.
  6. Rebus keropok lekor hingga timbul (anggaran 15 minit) sedia untuk dimakan seperti itu atau goreng.

Sumber: Anna Suhana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Olahan Menu Keropok Lekor Yang Ada?

Jika anda tidak gemarkan cheese, atau alergik dengan bahan tenusu, anda boleh sahaja singkirkan cheese dan senarai bahan yang ada. Ini ada 5 lagi menu keropok lekor yang telah diolah menjadi sama menarik seperti keropok lekor cheese:

1. Keropok Lekor Pedas

Keropok Lekor Pedas merupakan variasi keropok lekor yang ditambah dengan cili padi dan lada hitam untuk memberi rasa pedas yang menggamit selera. Ia disediakan menggunakan ikan tenggiri, tepung sagu, cili padi, lada hitam dan garam.

2. Keropok Lekor Berperisa BBQ

Keropok Lekor Berperisa BBQ adalah inovasi terkini yang menggabungkan rasa asap BBQ dengan keropok lekor tradisional. Ia menggunakan rempah BBQ khas yang dicampur dalam adunan keropok lekor.

3. Keropok Lekor Seaweed

Keropok Lekor Seaweed menggabungkan rasa rumpai laut dengan keropok lekor. Ia menggunakan rumpai laut kering yang dikisar halus dan dicampur dalam adunan asas keropok lekor.

4. Keropok Lekor Salted Egg

Keropok Lekor Salted Egg adalah gabungan keropok lekor dengan sos telur masin yang menjadi trend terkini. Ia disediakan dengan mencelup keropok lekor yang telah digoreng ke dalam sos telur masin.

5. Keropok Lekor Original

Keropok Lekor Original adalah resipi tradisional yang menggunakan ikan tenggiri, tepung sagu, dan garam sebagai bahan utama. Ia merupakan asas kepada semua variasi keropok lekor moden.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply