Kerepek pisang ialah satu snek tradisional yang diperbuat daripada pisang yang dihiris nipis dan digoreng hingga rangup. Bahan-bahan yang diperlukan ialah pisang tanduk atau pisang nangka, minyak masak, dan garam. Boleh juga ditambah perisa tambahan seperti gula, atau serbuk cili mengikut citarasa.

Cara membuatnya adalah dengan mengupas dan menghiris pisang dengan nipis dan seragam. Kemudian, goreng hirisan pisang dalam minyak yang panas dengan api sederhana sehingga kekuningan dan rangup. Setelah diangkat, taburkan garam atau perisa pilihan dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

1. Resepi Kerepek Pisang Tanduk

Bahan-bahan

  • Pisang tanduk (nak guna pisang lain pun boleh)
  • Bawang putih
  • Majerin
  • Air garam (buat dalam semangkuk sekali goreng guna dalam sesudu sahaja)

 

Cara buat kerepek pisang tanduk

  1. Pisang tanduk yang sudah siap dibuang kulitnya.
  2. Lepas dah siang pisang sediakan minyak nak bersihkan getah dari tangan.
  3. Panaskan minyak dan, masukkan majerin lebih kurang dalam 1 cawan tunggu sehingga majerin betul-betul cair bersama minyak.
  4. Boleh mula sagat pisang ke dalam minyak panas tadi, pandai-pandai la adjust sagat tu, nipis-nipis baru rase rangup betul.
  5.  Lepas dah habis sagat dalam sebatang atau 2 batang bagi penuh sekuali tu.
  6. Gaul-gaul sikit kerepek lepas tu curah air garam dalam 1 sudu.
  7. Selepas dah masuk air garam tadi masukkan bawang putih yang dah siap dihiris nipis tdi dalam 2,3 ulas tak perlu banyak nanti hilang kemanisan pisang tapi bawang putih ni la yang jadi sedap rasa dia.
  8. Balik balikkan keerepek sampai ianya dah kekuningan dan nampak rangup atau garing.
  9. Angkat dan toskan minyaknya.
  10.  Okay dah siap.

Sumber: Rozita Mohd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kerepek Pisang Manis

Bahan-bahan

  • Pisang nipah
  • Air gula
  • Minyak

 

Cara buat kerepek pisang manis

  1. Gula dimasak hingga larut.
  2. Sejukkan dulu.
  3. Pisang dikupas dan disagat.
  4. Masukkan pisang yang disagat kedalam air gula.
  5. Selepas itu goreng. Dan siap.

Sumber: Huda Mokhtar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kerepek Pisang Abu Nipah

Bahan-bahan

  • Pisang muda
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Marjerin

 

Cara buat kerepek pisang abu nipah

  1. Satu sikat pisang muda.
  2. Kupas kulit, bersihkn dan tos.
  3. Gaul serbuk kunyit, garam, majerin (majerin untuk bagi kerepek lagi rangup).
  4. Gaul sebati, panaskan minyak masak,  sagat, dan masak sehingga garing keemasan

Sumber: Bunga Mekar IR dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Apa Snek Tradisional Lain Yang Popular?

Jika bercakap mengenaik snek tradisional memang tidak terhitung banyaknya. Selain Kerepek Pisang, ada lagi snek tradisional yang prosesnya hampir sama Kerepek Pisang iaitu digoreng. 5 diantara snek tersebut adalah:

1. Rempeyek

Rempeyek adalah snek rangup yang diperbuat daripada tepung beras yang dicampur dengan kacang tanah, udang kecil atau ikan bilis. Adunan tepung akan dijadikan nipis dan digoreng sehingga garing.

2. Kuih Siput

Kuih siput ialah snek yang dibuat daripada tepung gandum, telur dan santan yang dibentuk seperti siput menggunakan acuan khas. Ia digoreng sehingga keemasan dan rangup.

3. Muruku

Muruku adalah snek India yang popular di Malaysia, dibuat daripada tepung beras dan dhal yang diuli dengan rempah seperti jintan dan lada hitam. Ia dibentuk menggunakan acuan khas sebelum digoreng.

4. Emping

Emping ialah snek yang diperbuat daripada biji melinjau yang ditumbuk nipis dan digoreng. Ia mempunyai rasa yang unik dan biasanya dimakan dengan sedikit garam.

5. Keropok Lekor

Keropok lekor adalah snek yang diperbuat daripada ikan yang dikisar dengan tepung sagu dan perasa. Ia dibentuk bulat panjang, direbus dan kemudian digoreng sehingga rangup.Copy

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply