Kerepek bawang ialah sejenis snek tradisional Malaysia yang diperbuat daripada tepung gandum yang digoreng rangup. Bahan-bahan utamanya termasuk tepung gandum, bawang merah yang dikisar halus, garam, serbuk kari, dan minyak masak untuk menggoreng.
Cara membuatnya dimulakan dengan mencampurkan tepung gandum, bawang kisar, garam dan serbuk kari. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang boleh diuli. Kemudian, gelek doh nipis-nipis dan potong mengikut bentuk yang diinginkan. Gorengkan dalam minyak panas sehingga kekuningan dan rangup.
1. Resepi Kerepek Bawang Mudah
Bahan-bahan
- Tepung gandum
- Bawang besar dikisar
- Marjerin
- Garam
Cara buat Kerepek Bawang Mudah
- Uli semua bahan.
- Canai, potong dan goreng.
Sumber: Sue Rzali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kerepek Bawang
Bahan-bahan
Bahan pedas
- 3 cwn tepung gandum
- 2 batang serai*
- 2 inci lengkuas*
- 4 biji bawang putih*
- 7-8 biji bawang merah*
- 4 sb cili mesin/giling(nak pedas lebihkan)
- 2 sudu kecik udang kering (ditumbuk)
- garam + ajinamoto secukup rasa
- 1/2 cwn air
Bahan putih
- 3 cwn tepung gandum
- 5-6 sb butter/majerin
- Garam + ajinamoto secukup rasa
- Air secukupnya
Cara buat Kerepek Bawang
Doh pedas
- Blenderkan bahan bertanda * hingga lumat sebati. tapis asingkan bahan blnder dengan airnya ketepikan.
- Dalam bekas yang lain masukan tepung, garam+ajinamoto, udang kering ,cili mesin dan bawang yang diblnder tadi. Kemudian gaul sebati sambil masukan air yang diasingkan tadi.
- Bentukan doh yang agak-agak boleh dicanaikan, bahagi tepung kepada 6 bulat.
Doh putih
- Masukan tepung garam+ajinamoto, majerin dan air jadikan doh.
- Bahagi tepung kepada 6 secara bulat.
- Selesai membuat doh untuk kedua-duanya canai tepung pedas dan kemudian yang putih gabungkan canai kedua lapisan sehingga nipis, gulung. kemudian potong nipis dengan pisau yang tajam.
- Goreng hingga kekuningan dan siap untuk dimakan.
Sumber: Putra Bugis Temasek dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kerepek Bawang Putih
Bahan-bahan
- Bawang putih
- Air kapur
- Serbuk pati ayam
- Secukup rasa
Cara buat Kerepek Bawang Putih
- Potong nipis bawang putih.
- Gaul dengan sedikit air kapur, serbuk pati ayam dan serbuk secukup rasa.
- Perap 20 minit dan goreng.
Sumber: Normah Bahari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Kerepek Gunting Bawang
Bahan-bahan
- 500 gm tepung gandum
- 125 tepung ubi di sangai bersama dalam 10 minit
- 1 cawan bawang goreng -goreng sendiri
- 3/4 cawan daun sup + daun bawang-hiris halus
- 1 biji telur
- 2 cawan air
- Garam setengah sudu makan sedikit perasa kalau suka
- 1/2 cawan udang kering blend kering
Cara buat Kerepek Gunting Bawang
- Masukkan tepung dalam besen masukkan bahan kering gaul sebati bawang dan ramas.
- Dah sebati masukkan telur dan air uli mcm karipap dah siap guna mesin pasta.
- Dan goreng minyak yang banyak.
Sumber: Asaari Mamat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Snek Rangup Yang Popular?
Apabila tiba hari raya, selain kuih raya, kerepek juga antara yang mendapat tempat dihati penggemar kudap-kudapan. Lebih-lebih lagi kerepek berperisa dan rangup. Antara kerepek lain yang popular selain kerepek bawang adalah:
1. Kerepek Ubi
Kerepek ubi adalah snek yang diperbuat daripada ubi kayu yang dihiris nipis dan digoreng rangup. Ia biasanya diberi perisa masin atau pedas mengikut citarasa.
2. Rempeyek
Rempeyek ialah sejenis snek rangup yang diperbuat daripada tepung beras yang dicampur dengan kacang tanah, ikan bilis atau udang kecil. Ia popular di seluruh Malaysia sebagai snek atau pembuka selera.
3. Muruku
Muruku ialah snek tradisional yang diperbuat daripada tepung beras dan dal yang telah dikisar. Ia dibentuk melalui acuan khas dan digoreng sehingga rangup, biasanya mempunyai rasa yang pedas.