Karipap pusing adalah kuih tradisional melayu yang terkenal dengan permukaan kulit yang berlapis seperti pusaran (spiral) dan mempunyai tekstur rangup. Ia dibuat menggunakan dua jenis doh iaitu doh minyak dan doh air. Kedua-dua doh ini akan digabungkan, digulung dan dilipat berulang kali sehingga dapat menghasilkan tekstur berlapis-lapis dan rangup selepas digoreng.

Manakala untuk bahagian inti, biasanya terdiri daripada kentang, ayam, daging, atau sardin. Selepas dibentuk menjadi spiral dan diisi dengan inti, karipap akan digoreng sehingga bertukar kepada warna keemasan. Karipap pusing ini sesuai dinikmati bersama pelbagai jenis hidangan bergantung kepada selera dan suasana ketika itu.

1. Resepi Karipap Pusing Rangup

Bahan-bahan Karipap Pusing Rangup

Bahan Doh A (minyak)

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar shortening
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Uli sebati dan perap dlm peti ais 15 minit

Bahan Doh B (tepung)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan
  • 1 cawan air sejuk dr peti ais atau air biasa tambah ais
  • 1 sudu kecil garam dan sedikit gula
  • Uli sebati dan perap dalam peti ais selama 15 minit

Cara nak buat Karipap Pusing Rangup

  1. Bahagikan doh A kepada 6 bahagian dan Doh B pada 6 bahagian juga.
  2. Ambil doh minyak (A) letak diatas doh tepung (B) yang telah dileperkan. Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut.
  3. Bulatkan kesemua doh. Dan biarkan selama 10 minit.
  4. Leperkan/gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air tujuan untuk gam. Gulung kembali doh tadi.
  5. Setelah di gulung leperkan / gelek kembali adunan dan sapu dengan sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali.
  6. Potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian.
  7. Letak inti dan kelim tepi karipap.

Sumber: Tahrunnisah Jali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Karipap Pusing Rangup Mudah

Bahan-bahan Karipap Pusing Rangup Mudah

Bahan Doh A

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air + 1 sudu teh garam
  • 2 sudu marjerin
  • Uli sampai jadi doh tak melekat kat tangan

Bahan Doh B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan minyak masak
  • Uli sampai jadi doh, bahagikan pada 3 bahagian

Cara nak buat Karipap Pusing Rangup Mudah

  1. Semua suhu biasa tak perlu panaskan minyak/air.
  2. Masukkan doh B ke dalam doh A bulatkan.

Sumber: Fafae Mimie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Kalau anda nak tahu banyak lagi kuih melayu yang masih popular dan mendapat permintaan sehingga sekarang. Salah satu kelebihan kuih Melayu ialah variasinya. Terdapat pelbagai jenis kuih yang mempunyai tekstur dan rasa yang berbeza seperti rasa manis, masin, kenyal, lembut, atau rangup. Meskipun dengan lambakan kuih moden, kuih melayu masih tidak dilupakan sehingga kini.

1.Kuih Seri Muka

Kuih ini merupakan gabungan lapisan pulut di bawah dan lapisan kastard pandan di atas yang mempunyai rasa lemak manis.

2.Kuih Ketayap

Kuih ketayap ini mempunyai bentuk gulungan nipis berwarna hijau yang diisi dengan inti kelapa manis. Kuih ini dibuat daripada adunan tepung gandum, santan, telur, dan jus pandan (atau pewarna hijau). Adunan ini akan dimasak seperti lempeng nipis untuk membentuk lapisan luar kuih.

3. Kuih Kaswi

Kuih kaswi digemari kerana teksturnya yang lembut, kenyal, dan rasa manis dari aroma gula melaka. Kuih ini juga dibuat daripada tepung gandum dan tepung ubi yang menjadikan tekstur kuih ini kenyal tetapi lembut apabila dimakan.

4. Pulut Panggang

Pulut panggang adalah pulut yang diisi dengan inti dan dibungkus dalam daun pisang sebelum dipanggang. Ia mempunyai rasa lemak, dan masin. Inti pulut panggang biasanya terdiri daripada sambal kelapa atau ikan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply