Kari Kepala Ikan merupakan hidangan popular di Malaysia yang menggunakan kepala ikan sebagai bahan utama. Bahan-bahan yang diperlukan termasuk kepala ikan, santan, bawang, halia, lengkuas, serai, kunyit, cili kering, daun kari, dan rempah kari ikan. Untuk sayur-sayuran, tomato, terung, kacang panjang dan bendi sering digunakan untuk menambah rasa.

Cara memasak dimulakan dengan menumis bawang dan rempah-rempah sehingga wangi. Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Masukkan kepala ikan dan sayur-sayuran, masak sehingga ikan masak dan sayur lembut. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa.

1. Resepi Kari Ikan Tanpa Santan

Bahan-bahan

  • Bawang putih 5 ulas
  • Daun kari, halba campur
  • Rempah kari babas Hot
  • Asam Jawa
  • Kepala ikan
  • Garam
  • Tomato
  • Bendi

 

Cara buat kari kepala ikan tanpa santan

  1. Tumis bawang putih 5 ulas + daun kari + halba campur.
  2.  Masuk rempah kari ikan Babas hot yang dah dibancuh pekat.
  3. Kacau sampai pecah minyak. Jika kering tuang lagi sikit minyak masak kacau lagi lebih kurang 10 minit (**Rahsia kari sedap masak rempah lama dan kuah akan jadi pekat walau tanpa santan)
  4. Masuk air + perahan asam jawa.
  5. Masuk ikan tunggu sampai masak dan kuah sedikit likat. Perasakan dengan garam.
  6. Tutup api, masuk tomato. Boleh angkat.
  7. Jika tak abis tak perlu simpan dalam peti pun tak basi.

Nota: Bendi rebus asing tak masuk sekali untuk rasa rangup dan manis bendi.

Sumber: Siti Mardiana Mohd Shariff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kari Kepala Ikan Mamak Style (Ikan Merah)

Bahan-bahan

  • Kepala ikan jenahak atau ikan merah (dibersihkan)
  • Kacang bendi
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 tangkai daun kari
  • Tomato (dibelah 4)
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan Adabi (dibancuhkan dengan sedikit air)
  • Garam dan sedikit gula
  • Air asam jawa

Cara buat kari kepala ikan mamak style

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
  2. Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan dan kacang bendi. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato.
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.

Sumber: Nadia Ali II dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kari Kepala Ikan Nyok-Nyok

Bahan-bahan

Bahan tumis

  • 1 sudu kecil halba campur
  • Daun kari ikut suka
  • 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 3@4 ulas bawang merah (hiris nipis)

Bancuhan rempah

  • 1 paket rempah kari ikan babas
  • Serbuk cili
  • Asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit hirisan bawang merah & putih
  • Air
  • (Kacau semua skali bg sebati)
  • Ikan (ikut suka)
  • Santan
  • Bendi
  • Tomato
  • Cili muda@cilipadi
  • Daun kari
  • Serbuk perasa megi

 

Cara buat ikan nyok-nyok

  1. Tumis semua bahan-bahan  diatas hingga kekuningan.
  2. Masukkan bancuhan rempah, kacau sebati dan biarkan sampai rempah pecah minyak.
  3. Masukkan ikan (ikut suka ikan apa yang kita suka) kacau bagi ikan mesra dengan rempah, masukkan sedikit saja santan dan tambah air, masukkan bendi,tomato,cili muda@cilipadi.
  4. Perasakan dengan serbuk perasa megi, biarkan kuah mendidih,tutup api dan biarkan sekejap.
  5. Akhir sekali tabur daun kari untuk menaikkan lagi aroma gulai dan siap.

Sumber: Puan Norsyahida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Menu Menarik Untuk Penggemar Hidangan Kepala Ikan?

Selain dari Kari Kepala Ikan, bahan utama kepala ikan rupanya boleh dipelbagaikan cara masakan. Ini 5 contoh masakan kepala ikan selain kari:

1. Asam Pedas

Asam Pedas adalah masakan tradisional yang menggunakan ikan sebagai bahan utama dengan kuah yang masam dan pedas. Hidangan ini menggunakan belacan, cili, asam jawa dan rempah ratus yang memberi rasa unik.

2. Fish Head Steamboat

Hidangan ini popular di kalangan masyarakat Malaysia yang menyediakan sup kepala ikan yang direbus dengan sayur-sayuran dan cendawan. Biasanya dihidangkan dalam periuk khas dengan api di bawahnya untuk mengekalkan kepanasan.

3. Singgang

Masakan ini menggunakan ikan yang dipanggang dan kemudian dimasak dalam kuah yang berasaskan santan dengan campuran rempah ratus. Rasa yang unik hasil gabungan rasa panggang dan lemak santan.

4. Tom Yam Kepala Ikan

Hidangan yang dipengaruhi masakan Thai ini menggunakan kepala ikan yang dimasak dalam kuah Tom Yam yang masam pedas. Menggunakan ramuan seperti serai, daun limau purut, dan cili padi.

5. Gulai Lemak Kepala Ikan

Masakan ini menggunakan santan yang pekat sebagai asas kuahnya, dengan campuran rempah tradisional Melayu. Rasanya yang lemak manis menjadikan hidangan ini popular di majlis-majlis keramaian.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply