Kari kambing adalah hidangan berempah yang kaya dengan dengan rasa rempah ratus. Hidangan ini berasal dari masakan Asia Selatan, tapi semakin dikenali dia negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura. Kuah kari kambing ini dibuat daripada santan, yogurt, atau kedua-duanya sekali untuk memberikan kepekatan kepada kuah tersebut.

Daging kambing juga akan dimasak dengan secara perlahan supaya daging menjadi lebih empuk dan rempah ratus dapat meresap kesemuanya. Selalunya kentang, lobak, atau kacang panjang akan dicampurkan sebagai pelengkap hidangan. Resepi kari kambing biasanya dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, roti canai, naan, dan capati.

1. Resepi Kari Kambing Asli

Bahan-bahan Kari Kambing Asli

  • Dua kilo daging kambing. Bahagian peha campur tulang rusuk. Sekilo masing masing
  • Perap dengan pes halia, serbuk kunyit dan garam. Lepas tu masak sampai empuk. Pakai pressure cooker kalau boleh. Kalau kuali biasa biar mendidih dalam api sedang selama sejam paling kurang. Air kena sama paras ngan daging

Bahan A (tumis)

  • Buah pelaga tiga biji
  • Kayu manis sedikit
  • Bunga lawang dan cengkih sedikit.
  • Bawang merah 2 biji potong nipis.
  • 2 biji tomato. Potong dadu
  • Daun kari tiga tangkai
  • Ubi kentang dua biji. Potong besar
  • Satu cawan yoghurt biasa.

Bahan B

  • Rempah kering yang perlu digoreng tanpa minyak dan blend sampai jadik serbuk.

Bahan C

  • Rempah basah
  • Halia, bawang merah dan bawang putih. Pes dia kena dalam satu cawan.

Bahan lain

  • Cili kering, 25 tangkai
  • Biji ketumbar 3 sudu besor
  • Jintan putih 2 sudu besor
  • Jintan manis 1 sudu besor
  • Lada sulah 1 sudu besor
  • Kayu manis sedikit
  • Buah pelaga 5 biji
  • Bunga cengkih 10 biji
  • Bunga lawang 5 biji
  • Kalau ada serbuk buah pala. Letak sikit saja. Dalam setengah sudu kecil.

Cara nak buat Kari Kambing Asli

  1. Tumis bahan A sampai wangi
  2. Masukkan Bahan C dan godak lagi.
  3. Masukkan daging kambing yang dah dimasak tadi bersama dengan airnya sekali.
  4. Sekarang masukkan bahan B
  5. Biar mendidih dan masukkan rempah yang kita kisar tadi. Jangan masuk semua dulu. Sedikit demi sedikit ikut rasa. Kalau perlu lebih baru tambah.
  6. Bagi dia didih sampai kentang empuk.
  7. Lepas tu masukkan yoghurt dan gaul sebati.
  8. Tambah garam secukup rasa.
  9. Dah boleh test rasa dah sekarang. Boleh tutup api dah.
  10. Rempah tadi ikut citarasa masing-masing. Kalau nak lebih tambah je sikit.
  11. Rempah ni tak perlu tumis sebab kita dah goreng kering tadi.

Sumber: Veera Saravanan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kari Kambing Tanpa Santan

Bahan-bahan Kari Kambing Tanpa Santan

  • Rempah kari 3 senduk
  • Rempah cili kering 1 senduk
  • Daun kari
  • Bawang besar 1biji
  • Bawang putih 6ulas
  • 4 sekawan
  • 3 biji cili kering potong serong
  • Kentang 1biji potong dadu
  • Daging kambing potong kecil
  • Minyak masak

Cara nak buat Kari Kambing Tanpa Santan

  1. Panaskan minyak .Tumis daun kari, bawang besar, bawang putih, 4 sekawan dan cili kering . Tumis sampai naik bau. Masukan kentang goreng sehingga layu.
  2. Masukan bancuhan rempah tadi tumis sehingga naik minyak. Dalam 10 ke 15minit masukkan daging gaul dan masukan air hampir menutupi daging tadi.
  3. Masak api perlahan. Kacau sebatikan hampir nak kering perasakan dengan garam dan letak perisa.
  4. Kacau sehingga naik minyak siap untuk dihidangkan.

Sumber: Ayu Hanna dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Nak masak resepi yang berasaskan kambing ini, ada beberapa tips yang anda perlu tahu untuk menghilangkan bau hanyir pada daging kambing ini. Antara tips adalah basuh daging dengan menggunakan air limau nipis sebelum memasak. Selain dari kari kambing, ada beberapa resepi kambing yang popular dan dan sering menjadi kegemaran. Berikut adalah beberapa cadangan dari kami.

1. Kambing Bakar Berempah

Daging kambing akan diperap dengan rempah ratus seperti jintan, ketumbar, bawang putih, halia, dan madu, kemudian dibakar sehingga garing di luar dan lembut di dalam. Sedap di makan bersama sos pencicah seperti sos lada hitam atau sambal kicap.

2. Sup Kambing Berempah

Kuah sup daging kambing yang kaya dengan rempah ratusseperti kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, dan cengkih. Daging kambing akan direbus hingga empuk bersama lobak dan kentang.
Sesuai di makan bersama roti atau nasi putih.

3. Kurma Kambing

Kurma kambing adalah hidangan berkuah pekat yang dimasak menggunakan santan, rempah kurma, dan bahan seperti bawang goreng, kentang, dan daun pandan. Rasanya penuh lemak dan kurang pedas, sesuai untuk seisi keluarga. Sangat sedap di makan bersama nasi minyak atau nasi beriani.

4. Nasi Beriani Kambing

Nasi dimasak bersama rempah beriani seperti saffron, bunga lawang, dan daun pudina. Daging kambing akan direbus dengan rempah khas sehingga empuk dan dicampurkan dengan nasi.
Dipadankan juga dengan acar timun dan papadom sebagai pelengkap hidangan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply