Kari daging adalah masakan berkuah yang diperbuat daripada potongan daging lembu yang dimasak dengan rempah-rempah seperti serbuk kari, halia, bawang merah, bawang putih, serai dan daun kari. Bahan-bahan lain yang diperlukan termasuk santan, kentang, tomato dan garam secukup rasa.

Cara memasaknya adalah dengan menumis rempah-rempah sehingga wangi, kemudian masukkan daging dan kacau sehingga bertukar warna. Tambah air dan santan, biarkan mendidih, masukkan kentang dan tomato. Masak dengan api sederhana sehingga daging empuk dan kuah pekat, kemudian perasakan dengan garam.

1. Resepi Kari Daging Sedap

Bahan-bahan

  • Daging potong kecil
  • Kerisik
  • Santan 1 kotak
  • 2 batang serai (di ketuk)
  • Serbuk Kari (jenama Babas)
  • Halia (di kisar)
  • Bawang besar 1 biji (di kisar)
  • 3 ulas bawang kecil(di kisar)
  • 3 ulas bawang putih(di kisar)
  • Rempah 3 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis)
  • Sedikit air asam jawa
  • Perasa, garam dan sedikit gula
  • Kentang( ikut berapa byk nak ye)
  • Minyak
  • Daun kari

Cara buat Kari Daging Sedap

  1. Tumiskan 3 sekawan, bahan kisar, serai yang di ketuk tadi, daun kari sehingga naik wangi dan garing.
  2. Bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air jadikan sebagai pes kari.
  3. Tumis Pes Kari sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau dan masuk pulak sedikit air.
  5. Bila daging empuk, masukkan santan, kerisik, garam, gula dan asam jawa sedikit.
  6. Biar mendidih sehingga daging empuk, sesekali kacau kuah.
  7. Masukkan kentang, bila kuah dah sedikit pekat, kentang pun lembut baru tutup api.
  8. Siap.

Sumber: Ida Akmal Idameor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kari Daging Kedah

Bahan-bahan

  • 1 Kilo Daging
  • 2 peket Rempah Kari Daging Babas
  • Santan
  • 3 sudu Kerisik.
  • 2 Tangkai Daun Kari.
  • Bawang Putih, Bawang Merah, sedikit Halia dimayang.
  • Sedikit Bunga lawang dan Kulit Kayu Manis
  • Kentang dan lobak jika suka.

Cara masak Kari Daging Kedah

  1. Daging dibasuh bersih dan digaul bersama rempah kari daging dan kerisik.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.
  3. Apabila kekuningan masukkan daging yang digaul dengan rempah kari dan kerisik tadi.
  4. Tambah 2 cawan air.
  5. Masak daging tu sehingga kering dan pecah minyak.
  6. Apabila dah pecah minyak masukkan santan.
  7. Kalau suka pekat tambah sedikit air.
  8. Dah mendidih masukkan kentang.
  9. Kentang dah empuk masukkn cili hijau/cili merah.
  10. Ok dah boleh tutup api.

Sumber: Roskaryati Abu Bakar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kari Daging Simple Tanpa Santan

Bahan-bahan

  • Daging yang telah direbus
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • 4 sudu besar serbuk kari
  • Daun kari (jika ada)
  • Air secukupnya
  • Asam keping
  • Kangkung

Cara masak Kari Daging Simple Tanpa Santan

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang, kayu manis hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan serbuk kari dan kacau sebati.
  3. Masukkan air, kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan biarkan seketika.
  5. Masukkan asam keping, garam dan perasa secukupnya.
  6. Masukkan kangkung.

Sumber: Nik Mazihalaura dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Selain Kari Daging, Apa Lagi Masakan Daging yang Popular?

Selain Kari Daging, terdapat pelbagai masakan daging lain yang juga popular di Malaysia. Antara 5 masakan berasakan daging yang sering menjadi pilihan ramai adalah seperti berikut:

1. Rendang Daging

Rendang daging adalah masakan tradisional yang menggunakan daging lembu yang dimasak dengan rempah seperti serai, kunyit, halia, lengkuas, cili kering dan santan sehingga kuah menjadi kering dan pekat. Masakan ini memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

2. Daging Masak Hitam

Hidangan ini menggunakan daging lembu yang dimasak dengan kicap pekat, bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus. Masakan ini popular di seluruh Malaysia dan mempunyai rasa yang manis dan pedas.

3. Sup Daging

Sup daging adalah masakan berkuah jernih yang menggunakan daging lembu, lobak merah, kentang, saderi, bawang holland dan rempah sup. Hidangan ini sangat berkhasiat dan menyegarkan.

4. Daging Masak Kicap

Masakan ini menggunakan daging lembu yang dipotong nipis dan dimasak dengan kicap manis, bawang, halia dan cili. Rasanya manis dan sedap dimakan dengan nasi putih.

5. Kurma Daging

Kurma daging adalah masakan yang menggunakan rempah kurma, bawang merah, bawang putih, halia dan santan. Rasanya lebih manis berbanding kari tetapi tetap mempunyai kepedasan yang sederhana.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

1 Comment

Leave A Reply