Jemput pisang adalah sejenis kuih tradisional yang popular dalam masakan Melayu. Ia merupakan makanan ringan yang dibuat daripada pisang yang dilenyek, dicampur dengan tepung, dan digoreng sehingga bewarna kekuningan dan rangup.
Bahan utama untuk jemput pisang termasuk pisang yang masak, tepung gandum, gula, sedikit garam, dan air. Campuran ini dibentuk menjadi bebola kecil kemudian digoreng dalam minyak panas sehingga ia menjadi kuih yang rangup dan sedap.
1. Resepi Jemput Pisang Lembut di Dalam, Rangup di Luar
Bahan-bahan
- 1 sikat pisang emas
- 2 cawan tepung naik sendiri
- Garam
- Gula
Cara buat Jemput Pisang
- Campurkan semua bahan, jangan terlalu lembik atau keras.
- Semasa menggoreng, gaul-gaulkan selalu untuk berikan bentuk bulat.
Tips: Tepung naik sendiri ini membuatkan jemput pisang lembut di dalam dan rangup di luar.
Sumber: Zura Zahir dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Jemput Pisang Gebu
Bahan-bahan
- 500g tepung gandum
- 7 biji pisang (lebih kurang)
- 1 1/2 cawan gula
- 2 sk soda
- 2 sk garam
- 3 cawan air
Cara buat Jemput Pisang
- Masukkan soda ke dalam tepung dan kacau sebati.
- Kisar gula, pisang, garam dan air.
- Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam tepung. Gaul sebati.
- Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas boleh jemputkan pisang menggunakan tangan dan goreng.
Sumber: Norlela Abdul Lahak dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Jemput Pisang Rangup dan Gebu
Bahan-bahan
- 1kg pisang berangan
- 1kg tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 sudu makan baking soda
- 1 sudu makan baking powder
- 1 cawan gula
- 1/3 sudu makan garam
- Air
- Minyak untuk menggoreng
Cara buat Jemput Pisang
- Lecek pisang, tak perlu kisar.
- Masukkan pisang ke dalam tepung gandum dan tepung beras. Masukkan sekali baking soda, baking powder, gula, garam dan air.
- Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
- Panaskan minyak ke dalam kuali.
- Basahkan kelima-lima hujung jari dan jemputkan sedikit adunan.
- Goreng hingga adunan berwarna perang.
Sumber: Jejaka Brownie dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Juadah Menarik Menggunakan Pisang?
Mudah saja kan untuk membuat jemput pisang? Rasanya rata-rata menu yang menggunakan pisang boleh dikatakan mudah untuk dibuat dan sedap dimakan. Ini 3 lagi juadah menarik yang menggunakan pisang sebagai bahan utama.
1. Goreng Pisang
Goreng pisang adalah kuih tradisional yang hampir sama dengan jemput pisang. Ia dibuat dengan melumur pisang dalam adunan tepung dan digoreng sehingga bewarna keemasan.
Bahan utama termasuk pisang yang masak, tepung gandum, sedikit garam, dan minyak untuk menggoreng. Pisang dilumur dalam adunan tepung kemudian digoreng sehingga ia menjadi rangup dan sedap dimakan.
2. Lempeng Pisang
Lempeng pisang adalah sejenis kuih leper yang digoreng dengan minyak yang sedikit mempunyai campuran pisang dalam adunan tepung. Ia biasanya mempunyai tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam.
Bahan utama termasuk pisang masak, tepung gandum, gula, sedikit garam, dan air. Adunan dibentuk leper diatas kuali dan digoreng sehingga bewarna keemasan.
3. Pengat Pisang
Pengat pisang adalah variasi lain pisang yang popular dalam masakan Melayu. Ia satu juadah yang berkuah manis dan berlemak.
Bahan utamanya termasuk pisang masak yang dipotong, santan, gula merah, dan sedikit garam. Bahan dicampur sekali didalam periuk dan dimasak sehingga menggelegak. Untuk bau yang wangi, boleh juga tambahkan daun pandan atau buah nangka.