Jelatah adalah hidangan sampingan yang terdiri daripada campuran timun, nenas, bawang merah, cili merah yang dihiris halus dan dicampur dengan jus limau nipis serta garam. Hidangan ini sering dihidangkan sebagai penyegar dan penambah selera bersama hidangan utama seperti nasi goreng atau hidangan berat yang lain.
Cara penyediaan jelatah sangat mudah – potong timun dan nenas kepada bentuk dadu kecil, hiris nipis bawang merah dan cili merah. Kemudian, campurkan semua bahan dan perasakan dengan jus limau nipis dan garam secukup rasa. Gaul rata dan hidangkan sejuk.
1. Resepi Jelatah Timun dan Nenas
Bahan-bahan
- Timun
- Nanas
- Carrot
- Bawang merah
- Cuka
- Gula
- Garam
Cara buat Jelatah Timun dan Nenas
- Campur semua, gaul sebati.
- Cukup rasa semua. Simpan dalam peti ais.
Sumber: Siti Nur Afifah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Jelatah Timun
Bahan-bahan
- 1 biji Timun disagat
- 1 biji Cili merah
- 1 labu Bawang besar disagat
- 1 senduk cili sos
- 1 sudu udang kering digoreng dulu lalu ditumbuk hancur
- 1 senduk kacang tanah digoreng dulu (ditumbuk jangan sampai hancur)
- Garam dan gula secukup rasa
Cara buat Jelatah Timun
- Gaulkan kesemua bahan di atas.
- Dan siap.
Sumber: Roselina Hanid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Jelatah Utara
Bahan-bahan
Di hiris
- 1 biji nenas
- 1 biji timun
- 3 biji cili merah
- 2biji bawang besar
- * Garam
- *Gula
- 1/2cawan udang kering, di sangai dan di kisar/ tumbuk (udang geragau pun boleh)
- 1/2 ke 1 cawan kacang tanah yg di goreng dan di kisar.
- 3biji limau nipis/ kasturi
Cara buat Jelatah Utara
- Masukkan ke dalam mangkuk bahan di hiris tadi.
- Masukkan bahan di kisar dan juga garam serta gula.
- Gaul sebati, perah asam limau dan perasa secukup nya.
- Siap.
Nota
Jika tidak ada perencah udang kering dan jus limau nipis/ kasturi, rasa nya kurang naik/ tidak berlemak
Sumber: Ummu Naim Qalaq dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
4. Resepi Jelatah Orang Taiping
Bahan-bahan
- Timun (potong buang biji supaya tidak berair)
- Nenas
- Carrot
- Bawang merah
- Suma bahan dihiris ikut citarasa sendiri
- Cili merah ditumbuk
- Kacang tanah yg telah digoreng dan dikisar
Cara buat Jelatah Orang Taiping
- Campur suma bahan.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Siap.
Sumber: Nora Yusof dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Hidangan Sampingan Lain Yang Boleh Melengkapkan Sajian?
Selain Jelatah, terdapat pelbagai jenis hidangan sampingan yang dapat membuatkan sesuatu sajian itu terasa lebih lengkap dan sedap seperti contoh sambal belacan. Ini 5 lagi cadangan hidangan sampingan yang ada:
1. Kerabu Mangga
Kerabu mangga adalah hidangan sampingan yang menyegarkan dibuat menggunakan mangga muda yang dihiris halus, bawang merah, cili padi, daun ketumbar dan garam. Perasakan dengan jus limau nipis untuk menambah rasa masam yang menyelerakan.
2. Acar Buah
Acar buah merupakan campuran sayur-sayuran dan buah-buahan seperti timun, lobak merah, nenas yang dipotong kecil dan direndam dalam campuran cuka, gula dan rempah ratus. Hidangan ini boleh disimpan lama dan sering dijadikan pembuka selera.
3. Kerabu Taugeh
Kerabu taugeh adalah gabungan taugeh segar yang dicelur ringkas bersama hirisan bawang merah, cili, daun ketumbar dan sedikit kicap. Hidangan ini sangat popular di Malaysia dan mudah disediakan.
4. Kerabu Nenas
Kerabu nenas menggunakan nenas yang dihiris halus dicampur dengan bawang merah, cili padi, daun ketumbar dan garam. Rasanya masam manis dan pedas menjadikan ia pilihan popular sebagai hidangan sampingan.
5. Ulam-Ulaman
Ulam-ulaman adalah hidangan tradisional yang terdiri daripada daun-daunan segar seperti daun selom, pegaga, dan petai, yang dimakan mentah bersama sambal belacan. Hidangan ini kaya dengan nutrisi dan sangat digemari ramai.