Jejari Oat merupakan sejenis makanan ringan berbuat daripada serbuk oat yang diproses menjadi batang panjang yang rangup. Ia biasanya diperbuat daripada campuran tepung oat, mentega, telur, dan perasa seperti garam atau gula.
Untuk menyediakan Jejari Oat, campurkan serbuk oat, tepung gandum, mentega yang telah dilumerkan, telur, dan perasa dalam mangkuk. Gaul sebati, kemudian bentuk adunan menjadi batang panjang. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 15-20 minit sehingga kekuningan.
1. Resepi Jejari Oat
Bahan-bahan A
- 1 cawan butter/marjerin
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 2 cawan oat (kisar halus)
- 3/4 cawan gula halus
- 3 sudu makan serbuk koko
Bahan-bahan B
- Susu tepung secukupnya
Cara buat jejari oat
- Pukul butter/marjerin dan gula sehingga kembang.
- Masukkan semua bahan A sedikit demi sedikit sambil pukul sehingga menjadi doh lembut.
- Bentukkan mengikut bentuk yang diingini dan bakar pada suhu 160°c-170°c selama 10-15 minit bergantung pada oven masing-masing.
- Sejukkan dalam 5 minit dan boleh gaul dengan susu tepung.
- Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam bekas kedap udara.
Sumber: Zura Nafis dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Jejari Oat Mudah
Bahan-bahan
- 1 cawan Buttercup
- 1 sudu besar minyak sapi
- 3/4 cawan gula aising
- 3 sudu besar serbuk koko
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan oat (kisar halus)
- Susu tepung
Cara buat jejari oat
- Masukkan buttercup, minyak sapi dan gula aising. Gaul sebati.
- Tambahkan serbuk koko dan gaul lagi.
- Campurkan tepung gandum dan oat, baru masukkan ke dalam adunan tadi. Uli sehingga menjadi doh.
- Bentukkan dan tekap mengikut acuan yang disukai.
- Bakar pada suhu 150°c-170°c selama 10-15 minit mengikut oven masing-masing.
- Setelah masak, sejukkan dan salutkan dengan susu tepung. Sedia untuk dihidang.
Sumber: Che Ros dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Biskut Jejari Oat
Bahan-bahan A
- 100g marjerin@mentega
- 25g minyak sapi
- 125g tepung gandum
- 1 cawan oat (kisar halus)
- 125g gula halus
- 2 sudu makan serbuk koko
Bahan B
- susu tepung
Cara buat jejari oat
- Kacau mentega/marjerin serta minyak sapi dan gula halus. Gaul sebati.
- Masukkan semua bahan A sedikit demi sedikit dan kacau sehingga menjadi doh.
- Bentukkan atau ikut acuan yang diingini.
- Bakar pada suhu 160°c selama 15-20 minit menggunakan api atas bawah.
- Setelah masak, sejukkan dalam 10 minit dan gaul dengan susu tepung.
Sumber: Puan Eha dari Masak Apa Hari Ni
4. Resepi Jejari Oat Nestum
Bahan-bahan
- 1 cawan nestum
- 1 cawan oat
- 2 sudu tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula aising
- 4 sudu serbuk koko + 4 sudu susu tepung
- 3 sudu butter
- Sedikit minyak sapi
Cara buat jejari oat
- Campurkan nestum, oat, tepung jagung, tepung gandum, gula aising, serbuk koko dan serbuk tepung. Gaul sebati.
- Masukkan butter dan gaul sebati. Masukkan minyak sapi sedikit-sedikit dan bentukkan menjadi doh.
- Bentukkan mengikut kesukaan dan bakar pada suhu 150°c-160°c selama 15-18minit.
- Setelah masak, sejukkan sedikit dan gelekkan di dalam susu tepung.
Sumber: Atiq Artica dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Snek Jejari Yang Popular?
Kalau di malaysia, popular dengan jejari oat, di luar negara pula ada cheese stick, churros, breadstick dan fish finger. Butirannya seperti dibawah:
1. Cheese Sticks
Cheese Sticks adalah sejenis makanan ringan berbentuk batang yang diperbuat daripada keju dan tepung. Ia dicelup ke dalam telur dan serbuk roti sebelum digoreng sehingga kekuningan dan rangup.
2. Churros
Churros merupakan makanan ringan berbentuk batang yang berasal dari Sepanyol. Ia diperbuat daripada adunan tepung yang dimasak dengan minyak panas dan biasanya ditaburkan dengan gula dan serbuk pemanis.
3. Breadsticks
Breadsticks adalah sejenis roti berbentuk batang panjang yang rangup. Ia lazimnya diperbuat daripada tepung gandum, ragi, minyak zaitun, dan garam, kemudian dipanggang dalam ketuhar.
4. Fish Fingers
Fish Fingers merupakan hidangan yang diperbuat daripada ikan yang dipotong membentuk batang, dibalut dengan adunan tepung dan serbuk roti, kemudian digoreng atau dipanggang sehingga kekuningan dan rangup.
2 Comments
alip nak jejari oat free
Boleh tahu tak guna susu jenis apa?