Itik salai merupakan sejenis masakan tradisional yang menggunakan itik sebagai bahan utama. Ia dihasilkan melalui proses pengasapan atau salai, yang memberikan perisa dan tekstur yang unik kepada daging itik tersebut.

Untuk menyediakan itik salai, itik dibersihkan dan dipotong, kemudian diasap menggunakan kayu seperti kayu kemuning atau kayu manggis. Proses pengasapan memakan masa beberapa jam sehingga menghasilkan warna perang keemasan dan memberikan rasa yang khas.

1. Resepi Itik Salai Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan

  • Itik 2 ekor
  • Cili api segenggam
  • Santan pekat 2kg
  • Kunyit hidup
  • Serai 8 btg (ketuk)
  • Daun kunyit 6 helai (siat/potong)
  • Asam keping
  • Garam

Cara buat Itik Salai Masak Lemak Cili Api

  1. Tumbuk cili padi & kunyit hidup. Leburkan dlm periuk masukkan serai.
  2. Masukkan santan cair.
  3. Bila dah mendidih masukkan itik.
  4. Masuk asam keping dan daun kunyit.
  5. Bila dah sebati masukan santan pekat.
  6. Kacau sentiasa jangan sampai pecah minyak.
  7. Bila itik dah lembut kuah dah pekat tutup api .
  8. Masak lemak siap.

Sumber: Kak Yong Asmahan

 

2. Resepi Gulai Itik Salai Daun Puding

Bahan-bahan

  • Cili Api 35 biji (blend)
  • Kunyit hidup seibu jari (blend)
  • Serai 3 batang (ketuk carik)
  • halia (seinci ketuk)
  • Asam keping (2 keping)
  • Santan perah/kelapa parut (2 biji)
  • Itik salai (bau smoke yang sedap)
  • Daun Puding

Cara buat Gulai Itik Salai Daun Puding

  1. Tumbuk cili padi dan kunyit.
  2. Masukkan dalam periuk bersama serai yang dititik.
  3. Masukkan santan dan asam jawa.
  4. Masukkan itik, bila itik dah lembut tutup api.

Sumber: Mazuina Awin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Rendang Itik Salai + Pucuk Ubi

Bahan-bahan

Bahan A

Bahan blender

  • Cili api segenggam
  • Halia 2inci
  • Serai 3batang potong
  • Kunyit 3inci
  • Jintan Manis setengah sudu
  • Jintan putih setengah sudu

Bahan B

  • Itik Salai setengah ekor

Bahan C

  • Kulit kayu manis 1
  • Bunga lawang 2
  • Buah pelaga 4biji

Bahan D

  • Santan segar 1liter
  • Kerisik 2sudu makan
  • Garam secukup rasa
  • Gula kabung 1sudu

Bahan E

  • Pucuk ubi secekak

Cara buat Rendang Itik Salai + Pucuk Ubi

  1. Campurkan bahan A, B dan C kecutkan masukan bahan D kacau sampai mengelegak dan empuk.
  2. Daging itik last masukan bahan E.
  3. Dah masak tutup api.

Sumber: Dato Sri Kucing dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kari Itik Salai

Bahan-bahan

  • 1 ekor daging itik
  • 2 helai daun pandan
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 sudumakan rempah kari daging
  • 500g santan
  • 2 sudumakan kerisek
  • Blend: bawang besar , bawang putih dan halia
  • Rempah tumis: kayu manis, pelaga , cengkih dan lawang

Cara buat Kari Itik Salai

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis rempah hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan blend dan kacau hingga garing.
  4. Masukkan bahan lain.
  5. Tambah garam dan perasa.
  6. Kacau hingga pekat.

    (Jika mau cair tambah air dan biar mendidih)

Sumber: Sabariah Bahasar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Menu Itik Yang Menarik?

Jika disalai, ia akan menambah rasa kepada daging itik. Bagaimana jika itik dimasak dengan teknik yang lain pula? Ini 3 menu itik dari pelbagai negara dengan teknik masakan yang unik:

1. Duck Confit

Duck confit merupakan hidangan tradisional Perancis yang melibatkan proses memasak itik dengan perlahan dalam lemaknya sendiri. Ia kemudiannya boleh diasapi untuk menambah perisa.

2. Bebek Betutu

Bebek betutu adalah hidangan tradisional Bali yang melibatkan proses pembungkusan itik dengan campuran rempah yang kaya dan kemudian dibakar atau diasapi.

3. Roasted Duck

Roasted duck adalah hidangan klasik yang melibatkan proses pemangangan itik sehingga kulit menjadi rangup dan daging menjadi empuk.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply