Ikan tenggiri adalah sejenis ikan laut yang mempunyai daging putih dan padat. Ikan ini popular di Malaysia dan serantau Asia Tenggara kerana rasanya yang manis dan tekstur dagingnya yang lembut, sesuai untuk pelbagai jenis masakan seperti masak asam pedas, masak kari, dan goreng.
Untuk memasak ikan tenggiri cara asam pedas, bahan-bahan yang diperlukan ialah ikan tenggiri, bawang merah, bawang putih, cili merah, belacan, asam jawa, daun limau purut dan garam secukup rasa. Cara memasaknya mudah – tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan air dan asam jawa, kemudian masukkan ikan dan masak sehingga kuah pekat dan ikan masak.
1. Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka
Bahan-bahan
- Ikan digaul garam & kunyit (digoreng)
- Bawang merah kecik (dihiris)
- Bawang putih (dihiris)
- Halia (dihiris)
- Halba campur
- Cili api merah & hijau
- Cuka
- Garam
- Serbuk perasa
- Bawang merah kecil/bawang putih (tak payah hiris untuk letak last sekali)
Cara buat Ikan Tenggiri Masak Cuka
- Tumis bahan bahan yg dihiris.
- Dah naik bau masukkan halba campur. Kemudian masukkan cuka dan masukkan air.
- Agak mendidih sikit masukkan ikan, kemudian masukkan garam & serbuk perasa.S esuai kan rasa.
- Last skali masukkan bawang merah kecik/bawang putih & cili api. Tunggu mendidih sekejap tutup api. Dah siap.
Sumber: Ina Nisa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kari Mamak Ikan Tenggiri
Bahan-bahan
- 1.5 kg Ikan tenggiri
- 4 labu bawang merah bombay dimayang halus
- 5 ulas bawang puteh dimayang halus
- 1 inci halia dimayang
- 2 keping kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 1 setengah sudu besar halba campur
- 4 tangkai daun kari
- 100 gm kari ikan babas
- 30 gm serbuk cili babas
(kari dan serbuk cili di gaul bersama air) - 1 sudu besar asam jawa
- Kalau santan pekat 200 gm.
- Sedikit minyak untuk menumis.
- Sayur tomato, cili besar hijau atau merah
- Bendi atau terung bulat
- Sedikit gula dan garam.
Cara buat Kari Mamak Ikan Tenggiri
- Tumiskan halba campur, kulit kayu manis, bunga lawang dan halia, bawang yang dimayang.
- Dah agak kuning masukkan pes kari dan serbuk cili. Dah masak agak pecah minyak dan merah boleh masukkan santan cair. Tak nak guna santan boleh juga guna susu cair.
- Masukkan daun kari, asam jawa, garam dan gula. Daun kari boleh juga tumis terlebih awal bersama bawang tadi.
- Dah nampak mendidih, boleh masukkan ikan. Kacau perlahan.Ambik periuk lain rebus air terlebih dahulu.
- Kemudian celur terung bulat kejapan. Air yang mendidih tu helok potong hujung dan tangkai bendi, terus campak dalam periuk rebusan tu.
- Masukkan bendi, terung bulat yang dah dicelur, tomato dan cili besar. Siap.
Sumber: Nourhayaty Mat Saat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Ikan Tenggiri Masak Taucu
Bahan-bahan
- 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pun boleh juga) di garam kunyitkan dan digoreng terlebih dahulu ketepikan
- 3 ulas bawang putih (hiris)
- 1 inci halia (hiris)
- 2 labu bawang besar di potong bulat
- 5Cili padi (kalau suka pedas lebihkan) dihiris
- Cili besar (belah 4)
- 1 biji tomato (potong)
- Sedikit kacang panjang (di potong)
- 1 sk pes asam jawa
- 2 sb taucu
- Sedikit gula
- Sedikit air
Cara buat Ikan Tenggiri Masak Taucu
- Gunakan minyak goreng ikan tadi untuk menumis bawang putih dan halia.
- Kemudian masukkan bawang besar, tumis hingga agak garing.
- Masukkan kacang panjang, tomato, cili besar, taucu, air (kalau suka kuah lebih kan airnya) asam jawa, gula dan last sekali masukkan ikan dah siap.
Sumber: Chah Tina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri
Bahan-bahan
- Ikan tenggiri
- Bahan untuk blend
- 8biji cili kering
- 2biji bawang besar merah
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit halia
- Sedikit kunyit hidup
- Sedikit belacan jika suka
- Semua diatas kisar dan tapis air jangan buang simpan untuk kuah
- Tapis supaya tumis cepat garing dan tak pakai minyak banyak
- Sayur
- Tomato Bendi daun kesum kacang buncis
Cara buat Asam Pedas Ikan Tenggiri
- Panas kuali tumis bahan yang ditapis tadi hingga garing dan pecah minyak.
- Masuk air tapis tadi dan air asam jawa. Masuk kuah banyak mana kita nak sesuai dengan ikan.
- Dah mendidih masuk garam gula serbuk perasa jika suka.
- Masuk ikan biar mengelegak masuk daun kesum bendi dan tomato. Agak sayur dah layu sikit jangan lama nanti tak sedap tutup api.
Sumber:Azizah Daud dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Menu Lain Yang Popular?
Selain Ikan Tenggiri, ikan laut lain juga enak jika dijadikan hidangan utama. 5 menu popular ikan yang lain adalah:
1. Ikan Pari Bakar
Ikan pari bakar adalah hidangan yang sangat digemari ramai, dibakar dengan sapuan minyak dan pes rempah, dihidang dengan air asam dan sambal belacan.
2. Fish & Chips
Hidangan antarabangsa yang popular di Malaysia, menggunakan ikan dori yang digoreng dengan lapisan tepung rangup, dihidang dengan kentang goreng dan sos tartar.
3. Ikan Siakap Stim
Masakan yang sihat dan sedap, ikan siakap distim dengan halia, bawang putih, dan cili, disiram dengan sos soya.
4. Ikan Kerapu Steam Halia
Hidangan popular di restoran makanan laut, ikan kerapu distim dengan halia iris dan bawang putih, disiram dengan sos steam khas.
5. Ikan Jenahak Goreng
Ikan jenahak yang digoreng garing dengan perencah asas seperti kunyit, serbuk kari dan garam, menjadi pilihan popular di kedai makan dan restoran.