Hidangan ini merupakan masakan yang menggabungkan sardin dengan santan dan cili padi yang memberi rasa pedas yang menggiurkan. Bahan-bahan yang diperlukan ialah sardin dalam tin, santan, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, daun kunyit, daun limau purut, asam jawa dan garam secukup rasa.

Cara memasaknya mudah di mana mula-mula tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia) sehingga wangi. Masukkan kunyit dan santan, kacau sehingga mendidih. Kemudian masukkan sardin, cili padi, daun kunyit, daun limau purut dan asam jawa. Masak dengan api sederhana sehingga kuah pekat dan masukkan garam secukup rasa.

1. Resepi Ikan Sardin Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan

Bahan kisar

  • Bawang merah sebiji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Kunyit hidup
  • Cili api

Bahan lain

  • Kentang
  • Sayur kacang panjang
  • Serai ketuk
  • Santan

Cara buat Ikan Sardin Masak Lemak Cili Padi

  1. Letak air mcm biasa dalam kuali ikut dan letak bahan blender.
  2. Letak kentang tunggu sampai empuk.
  3.  Masukkan santan, letakkan garam dan perencah perasa.
  4.  Masukkan ikan sardin beserta sosnya sekali.
  5.  Masukkan sayur kacang, tunggu seminit dua dan tutup api.

Sumber: Atiqah Sulaiman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sardin Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan

  • 1 tin besar Sardin Ayam Brand
  • 11 biji cili padi
  • Kunyit hidup 2 inci
  • 5 biji Bawang merah
  • 2-3 keping asam keping
  • 2 biji ubi kentang
  • 2 batang serai
  • Santan (sebijik kelapa)
  • Garam secukup rasa

Cara buat Sardin Masak Lemak Cili Api

  1. Tumbuk kunyit dengan garam bila dah lumat masukkan cili api dan tumbuk lagi sampai lumat.
  2. Selepas itu masukkan bawang merah tumbuk lagi sampai lumat.
  3. Masukkan santan sikit campur dengan kunyit, garam, cili api dan bawang merah kisar sampai lumat.
  4. Asingkan sos sardin dengan ikan sardin.
  5. Masukkan sos sardin, cili yang dah tumbuk @ blend tadi dengan santan dan masukkan kentang. Masak dengan api sederhana.
  6.  Bila kentang dah empuk masukkan ikan sardin dan asam keping dan tambah garam dan perasa.
  7. Siap!

Sumber: Shazwanie Shahrin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Masak Lemak Cili Api Sardin

Bahan-bahan

  • Sardin 1 tin
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Cili api segenggam
  • Serai sebatang (dititik)
  • Kentang sebiji (optional)
  • Santan (sebiji kelapa parut)
  • Asam keping
  • Secubit garam

Cara buat Masak Lemak Cili Api Sardin

  1. Tumbuk cili api bersama kunyit hidup.
  2.  Masukkan cili yang dah ditumbuk bersama serai, santan, kentang. Kacau sehingga agak mendidih.
  3. Masukkan ikan sardin ke dalam kuah, gaul perlahan . Biarkan mendidih sekali lagi.
    ***masukkan sos tomato sekali. Kalau tak suka masam sangat, masukkan ikan saja)
  4.  Bila kentang dah agak empuk, masukkan asam keping dan perasakan dengan garam. Siap!

Sumber: Cik Shaf dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sardin Masak Lemak Pucuk Ubi

Bahan-bahan

  • 1 tin sardin yang besar (diambil kuahnya juga)
  • Semangkuk santan (ikut nak kuah banyak mana)
  • Sedikit garam & ajinamoto
  • Seikat pucuk ubi dibuang batangnya, potong-potong dan dibersihkan
  •  Daun kunyit
  •  3 keping kecil asam keping

Bahan kisar 

  • 15 tangkai cili padi (jika suka pedas, boleh ditambahkan lagi)
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia

Cara buat Sardin Masak Lemak Pucuk Ubi

  1. Celur dulu (rebus) daun ubi dalam 10 minit.
  2. Dah siap tapis perah dauh ubi untuk buang airnya. Tak nak bagi patih.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama santan, bahan perisa dan asam keping.
  4. Masukkan pucuk ubi yang dah di celur tadi bersama daun kunyit. Saya simpul supaya dah masak senang nak buang.PE
  5. Masukkan ikan sardin bersama kuahnya.
  6.  Kacau hingga mendidih dan tutup api.
    *masak lemak hendaklah dimasak dalam api perlahan dan selalu dikacau untuk mengelakkannya

Sumber: Zanariah Ali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Variasi Masak Lemak Ikan.

Jika anda memang peminat ikan masak lemak, ini ada 5 cadangan ikan dan masak lemak yang sesuai.

1. Ikan Kembung Masak Lemak Cili Padi

Masakan tradisional yang menggunakan ikan kembung segar dimasak dengan santan pekat dan cili padi. Lazimnya ditambah dengan terung, tomato dan bawang besar untuk menambah kesedapan.

2. Ikan Tenggiri Masak Lemak Kuning

Hidangan yang menyelerakan ini menggunakan ikan tenggiri yang dimasak dengan santan dan kunyit, memberikan warna kuning yang menarik. Biasanya dihiasi dengan cili merah dan daun kunyit.

3. Ikan Pari Masak Lemak

Masakan yang menggunakan ikan pari segar dimasak dengan santan pekat dan rempah ratus. Hidangan ini popular di pantai timur Semenanjung Malaysia.

4. Ikan Selar Masak Lemak Tempoyak

Kombinasi unik ikan selar yang dimasak dengan santan dan tempoyak (durian yang difermentasi). Rasanya yang creamy dan masam manis menjadikan hidangan ini istimewa.

5. Ikan Keli Masak Lemak Cili Api

Hidangan yang menggunakan ikan keli segar dimasak dengan santan pekat dan cili api. Biasanya ditambah dengan petai atau jering untuk menambah kelazatan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply