Ikan pelaling mempunyai isi yang manis, dengan harga yang murah ramai yang suka dengan ikan ini. Memang menjadi favourite mak-mak. Kali ini kami kongsikan resepi ikan pelaling.

Jom kita try!

1. Resepi Ikan Pelaling Masak Sambal

Bahan-bahan

  • Ikan pelaling
  • Cili kering*
  • Bwg besar*
  • Bwg putih*
  • Sos cili
  • Gula, garam, ajinamoto

Cara buat Ikan Pelaling Masak Sambal

  1. Goreng ikan sehingga garing ketepikan(gaul dengan sedikit kunyit dan garam)
  2. Blender bahan bertanda *
  3. Tumis bahan blender hingga pecah minyak  sos cili, garam, gula dan aji secukup rasa.
  4. Tambahkan potongan bawang besar, masukkan ikan tadi kacau sebati.
  5. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Zara HanTie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sambal Cabai Melaka Ikan Pelaling

Bahan-bahan

  • Cili api ikut
  • Cili hidup/cili besar 3,4biji
  • Bawang besar 2biji
  • Belacan sikit
    (Blander ke semua bahan diatas & tumis bagi pecah minyak sampai cili tu masak)

Cara buat Sambal Cabai Melaka Ikan Pelaling

  1. Ikan pelaling digoreng dulu.
  2. Agak bahan blander tadi dah cukup masak masukkan asam keping.
  3. Perasa, gula sikit, serbuk kunyit & garam dan masukan kan ikan goreng tadi.
  4. Siap.

Sumber: Rose Ujit dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Asam Rebus Ikan Pelaling

Bahan-bahan

  • 1 kg ikan
  • 15 tgkai lada kering
  • 3 biji bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • Setengah inci kunyit hidup
  • 1 biji nenas potong ikut suka
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam, gula dan ajinomoto secukupnya

Cara buat Asam Rebus Ikan Pelaling

  1. Blend lada, bawang, halia dan kunyit, masuk dalam periuk.
  2. Masukkan air asam jawa bersama air untuk kuah. Biar mendidih masukkn nenas dann ikan.
  3. Perasakan garam, gula dan ajinomoto, tuggu ikan masak tutup api, siap.
  4. Rasa dia mesti masam manis dan pedas.

Sumber: Cahaya Pesona dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Keropok Lekor Homemade

Bahan-bahan

  • 1 kg ikan pelaling / kembong (asingkan isi dan tulang)
  • 3 sudu kecil garam
  • Sedikit Ajìnomoto (optional)
  • 1 cawan air sejuk (peti ais)
  • 1 cawan air biasa
  • 3 cwn tepung ubi kayu
  • 1 cwn tepung gandum
  • Setgh sudu kecil Soda Bikarbonat
  • * gaul sekata 3 bahan ini.

Cara buat Keropok Lekor Homemade

  1. Blend semua di atas KECUALI tulang ikan.
  2. Rebus tulang ikan tersebut dengan air secukupnya. Kemudian tapis buang tulang ikan. Air rebusan tersebut akan digunakan untuk rebus adunan keropok lekor.
  3. Kemudian tuang adunan yang telah di blend tadi ke dalam tepung. Gaul sebati.
  4.  Lumur tapak tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan, gelek jadi panjang, kemudian masuk terus dalam air rebusan tulang ikan tadi.
  5. Pastikan air rebusan tersebut mendidih.
  6. Ulangi step hingga habis adunan.
  7. Rebus hingga keropok lekor timbul. Angkat dan toskan.
  8. Lumurkan keropok lekor tersebut dengan sedikit minyak.
  9. Boleh disimpan.
  10. Potong ikut suka, kemudian goreng.

Sumber: Nurul Izzah Joelati dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Terliurkan dengan resepi ikan pelaling ini. Cuba ya di rumah.

Jom semak juga resepi ikan kerisi dan ikan kembung ini.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply