Ikan patin masak tempoyak adalah hidangan yang berasal dari Pahang. Resepi ikan patin masak tempoyak ini menggunakan ikan patin segar dan tempoyak (durian yang diperam) untuk menghasilkan teksur kuah yang masam, pedas, dan berlemak.
Pastikan ikan patin segar untuk mengelakkan rasa hanyir pada kuah. Anda boleh mencuci ikan patin dengan air asam jawa atau perahan air limau nipis sebelum memasak. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat resepi ini adalah tempoyak, cili padi, bawang putih, kunyit hidup, serai dan daun kunyit. Gunakan tempoyak yang berkualiti baik untuk hasil rasa yang lebih sedap.
Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang
1. Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
Bahan-bahan Ikan Patin Masak Tempoyak
- Ikan patin
- Kunyit hidup
- Cili padi
- Tempoyak
- Garam
- Asam keping
- Air
- Daun kunyit (potong halus)
Cara nak buat Ikan Patin Masak Tempoyak
- Tumbuk kunyit hidup dengan cili padi sampai lumat.
- Masukkan air dalam periuk dan masukkan bahan tumbuk tadi, biar mendidih masukkan tempoyak
- Tunggu sampai mendidih masukkan ikan.
- Kecikkan api, renehkan kuah dan tunggu sampai ikan masak.
- Masukkan daun kunyit.
Sumber: Hana Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak
Bahan-bahan Ikan Patin Masak Tempoyak
- 1 ekor ikan patin
- 1 senduk tempoyak
- 1 ikat daun kesum
- 1 batang bunga kantan
- 7 – 15 biji cili api – nak pedas tambah cili
- 1 inci kunyit hidup
- Air
- Garam
- Gula
Cara nak buat Ikan Patin Masak Tempoyak
- Bahan-bahan diblend air ikut taste masin-masing suka pekat air sikit, suka cair letaklah lebih air. Yang suka pedas tambahlah cili api.
- Dah siap blender, tuang ke dalam periuk. Masukkan sekali dengan daun kesum dan bunga kantan.
- Bila dah mendidih baru masukkan ikannya. Jangan lupa perasakan garam & gula jika suka manis sikit. Tunggu sampai masak
- Masak Ikan Patin Ikut resepi asli lagi pekat kuah tempoyak lagi sedap.
Sumber: Binti Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain dari Ikan Patin Masak Tempoyak, Apa Resepi Lain yang Sedap Untuk Ikan Patin
Ikan patin bukan sahaja sedap di masak bersama tempoyak, malah jika anda nak tahu terdapat beberapa resepi ikan patin yang sedap dan juga selalu dihidangkan. Berikut adalah beberapa cadangan resepi.
1. Ikan Patin Masak Lemak Cili Padi
Resepi ini mempunyai tekstur kuah bewarna kuning pekat, pedas, dan lemak berkrim. Masak ikan patin bersama santan, cili padi, kunyit hidup, serai, dan asam keping. Masak hingga ikan empuk dan kuah sebati. Dimakan pula bersama dengan nasi putih dan ulam-ulaman.
2. Ikan Patin Goreng Berempah
Ikan patin akan digoreng rangup dengan perapan rempah. Perap ikan patin bersama serbuk kunyit, serbuk ketumbar, halia, bawang putih, dan sedikit garam. Goreng hingga garing dan juga rangup. Sesuai di makan bersama nasi panas dan sambal belacan.
3. Asam Pedas Ikan Patin
Hidangan ini mempunyai rasa berkuah pedas dan sedikit masam. Tumis bahan kisar iaitu cili, bawang dan halia hingga pecah minyak, tambahkan air, asam jawa, dan ikan patin. Masak hingga ikan lembut dan perasakan.
4. Ikan Patin Bakar Bersambal
Ikan patin akan dipanggang dengan sambal pedas. Perap ikan dengan kunyit dan garam. Sapu sambal cili di atas ikan, kemudian bakar hingga garing.