Ikan patin cukup sinonim dengan masak tempoyak. Tapi tahukah anda sebenarnya banyak lagi resepi ikan patin yang ada. Tak semua tahu nak masak ikan patin yang betul, jika salah masak, bau lendir ikan patin masih ada. Bagi yang tertanya-tanya ikan patin sedap masak apa, kami nak kongsikan resepi ini untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Pais Patin

Bahan-bahan

  • Ikan patin*
  • Tempoyak*
  • Cili api merah & hijau*
  • Kunyit hidup*
  • Garam*
  • Ajinomoto*
  • Daun kunyit (hiris halus)
  • Petai
  • Daun pisang
  • Aluminuim foil

Cara buat Pais Patin

  1. Bahan yang bertanda * blander kan halus. Lumur ikan dengan bahan blander.
  2. Taburkan daun kunyit & petai kemudian balut dengan daun pisang & aluminium foil.
  3. Siap, ready untuk di bakar.

Sumber: Anggerik Rosni dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Tempoyak Ikan Patin

Bahan-bahan

  • Kunyit hidup
  • Daun kesum
  • Tempoyak
  • Cili
  • Perasa

Cara buat Tempoyak Ikan Patin

  1. Tumbuk cili dengan kunyit ikut pedas memasing.
  2. Dan masukkan bahan-bahan daun kesum, tempoyak (ikut kepekatan yang anda suka).
  3. Masukkan cili dan kunyit yang dah tumbuk lumat.
  4. Masukkan air dan masak hingga mendidih perasakan bagi secukup rasa.

Sumber: Ieda Ida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Asam Pedas Ikan Patin

Bahan-bahan

  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang merah 6bj
  • Lada kering segenggam
  • Halia 4 hirisan nipis
  • Air (blend jangan terlalu cair)
  • Ikan patin  anggaran berat 1kg
  • Daun kesum segenggam
  • Sayur jeruk 1paket
  • Lada hitam 1sudu tumbuk lumat
  • Asam gelugur  3keping
  • Sedikit air asam jawa
  • Minyak masak
  • Garam, gula & ajinomoto

Cara buat Asam Pedas Ikan Patin

  1. Tumis semua bahan blend sampai garing guna api sederhana besar.
  2. Masuk air dan asam gelugur. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan sayur jeruk yang dah dibersihkan dan di potong kecil.
  4. Masukkan ikan yang dah dipotong. Masak lagi hingga 5-8 minit.
  5. Masukkan daun kesum & lada hitam yang dah ditumbuk lumat.
  6. Perasakan dengan garam, gula & ajinomoto.

Sumber: Ain Afiqah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ikan Patin Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan

  • Cili padi 15btg
  • Cili besar hijau 3btg
  • Bawang putih 5ulas
  • Halia besar ibu jari
  • Kunyit besar ibu jari
  • Bawang merah sebiji

Cara buat Ikan Patin Masak Lemak Cili Api

  1. Terus masukkan dalam periuk.
  2. Masukkan serai,  asam keping daun kesum, bunga kantan dan tempoyak.
  3. Letakkan perasa garam dan serbuk pasti gula sikit.
  4. Masukkan santan satu kotak saya guna santan kara dan dua cawan air.
  5. Bila hampir mendidih baru masukkan ikan.
  6. Biarkan sehingga ikan masak.

Sumber: Ana Azura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir Kata

Menarik kan pelbagai resepi ikan patin yang kami kongsikan ini?. Jangan lupa cuba ya!

Jom semak juga resepi ikan merah dan ikan kembung ini pula.

Kalau tak cukup, ada banyak lagi resepi ikan yang anda boleh cuba.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply