Ikan nyok nyok jika dilihat lebih menyerupai ikan bawal. Ikan ini sejenis isi ikan yang berwarna putih, mempunyai badan besar serta mata yang besar. Kebiasaannya ikan nyok nyok ini dimasak asam pedas atau kari. Kali ini kami akan berkongsikan pelbagai resepi ikan nyok nyok untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Asam Pedas Ikan Nyok Nyok

Bahan-bahan

  • Ikan nyok nyok
  • 8biji cili kering
  • 2biji bawang besar merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit kunyit hidup
  • Sedikit belacan jika suka
  • Semua diatas kisar dan tapis air jangan buang simpan untuk kuah
  • Tapis supaya tumis cepat garing dan tak pakai minyak banyak
  • Sayuran
  • Tomato, bendi daun kesum, bunga kantan atau apa sayur yang kita suka

Cara buat Asam Pedas Ikan Nyok Nyok

  1. Panaskan kuali, tumis bahan yang ditapis tadi hingga garing dan pecah minyak.
  2. Masuk air tapis tadi dan air asam jawa. Masuk kuah banyak mana kita nak sesuai dengan ikan.
  3. Dah mendidih masuk garam gula serbuk perasa jika suka.
  4. Masuk ikan biar mengelegak masuk daun kesum, bendi, bunga kantan dan tomato.
  5. Agak sayur dah layu sikit jangan lama nanti tak sedap tutup api dan siap.

Sumber: Azizah Daud dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kari Ikan Nyok Nyok

Bahan-bahan

Bahan penumis

  • Minyak masak secukupnya
  • Talipu campuran / halba campur 1 sudu besar
  • Daun kari 3 pelepah
  • Bawang kecil 2 biji (dihiris)
  • Bawang putih 1 ulas (dihiris)
  • Halia (dihiris halus)
  • Sebatang serai (diketuk)

Bahan Rempah

  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 5 sudu besar serbuk kari ikan
  • *Bahan² rempah ini dibancuh bersama sedikit air

Bahan lain

  • Asam jawa adabi 1 sudu kecil
  • Ikan nyok-nyok 1 ekor saiz sederhana (siang,dipotong dan dibersihkan).
  • Santan kotak (kara) 3/4 kotak kecil.
  • Sayur bendi 7 biji
  • Tomato 1 biji potong 4
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya

Cara buat Kari Ikan Nyok Nyok

  1. Panaskan minyak masak, masukkan talipu campuran dan daun kari, kemudian masukkan bahan tumis yang lain, tumis hingga naik bau.
  2. Selepas itu, masukkan bahan rempah, tumis hingga garing atau pecah minyak.
  3. Selepas itu, masukkan asam jawa dan air secukupnya.
  4. Biarkan air mendidih sebentar baru masukkan ikan, masak ikan sebentar dan masukkan santan, setelah mendidih, masukkan sayur bendi.
  5. Perasakan dengan garam. Setelah bendi lembut, masukkan tomato yang telah dipotong. Matikan api.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Isniza Mohamad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sambal Kering Ikan Nyok Nyok

Bahan-bahan

  • Serbuk kunyit
  • Cili kisar
  • Bawang putih dan merah (dikisar)
  • Asam keping
  • Gula
  • Sos seafood
  • Sos cili
  • Bawang holland

Cara buat Sambal Kering Ikan Nyok Nyok

  1. Gorengkan ikan yang dilumur dengan perencah serbaguna dan kunyit.
  2. Tumis cili kisar hingga garing.
  3. Masukkan bawang putih dan bawang besar yang dikisar.
  4. Tumis sehingga naik bau dan naik minyak.
  5. Masukkan asam keping, perencah serbaguna dan gula.
  6. Masukkan sedikit sos seafood dan sos cili.
  7. Apabila garing, masukkan ikan goreng tadi bersama hirisan bawang holland.

Sumber: Syuhada Hakimin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ikan Nyok Nyok Masak Asam

Bahan-bahan

  • Ikan nyok nyok (lumur dengan kunyit dan garam)
  • Bawang putih, bawang merah, bawang besar
  • Halia dihiris nipis
  • Tomato, cili besar
  • Air asam jawa, garam & sedikit gula

Cara buat Ikan Nyok Nyok Masak Asam

  1. Goreng ikan dan ketepikan.
  2.  Tumis bawang dan halia.
  3. Masukkan air dan air asam jawa.
  4. Masuk garam dan sedikit gula.
  5. Masuk tomato dan cili besar.
  6. Biar mendidih.
  7. Masuk ikan yang telah digoreng.
  8. Siap.

Sumber: Aima Ramli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jika pertama kali dengar ikan ini, anda harus cuba resepi ikan nyok nyok yang kami kongsikan ini.

Anda mencari resepi kari kepala ikan? jom baca yang kami kongsikan untuk anda.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply