Ikan mackerel atau juga dikenali sebagai ikan kembong ini biasanya dikenali kerana bentuknya yang langsing dan leper, serta mempunyai sirip yang besar dan berwarna biru-hijau di bahagian atas dengan garis-garis gelap. Mackerel adalah ikan yang sangat popular di seluruh dunia, baik untuk dimakan segar mahupun dalam bentuk makanan lain seperti sardin.
Ikan mackerel sering digunakan dalam pelbagai jenis hidangan antaranya ialah sambal ikan, laksa, ikan bakar dan asam pedas. Resepi ikan mackerel ini diminati kerana ikan ini mempunyai rasa yang sedap dan tekstur yang lembut, serta kaya dengan nutrisi.
1. Resepi Laksa Penang Ikan Mackerel
Bahan-bahan Laksa Penang
- 3kilo Ikan Kembong / Mackerel
- 3 tin kecil Sardin (dikisar)
- 6 Senduk Besar cili kisar (kisar bersama cili 8 biji bawang besar)
- 2 biji bawang putih
- Setengah ketul Belacan)
- 6 kuntum bunga kantan
- 6 ikat daun kesum
- segenggam garam Kasar
- 4 Sudu besar Ajinomoto
- 6 sudu besar sos ikan
- 2 genggam asam keping
Cara buat Laksa Penang
- Rebus ikan bersama garam kasar serta asam keping dan asingkan isi serta kisar dengan air rebusan tersebut.
- Masukkan semua ikan, dan sardin tin yang telah dikisar serta bahan kisar.
- Masukkan air bertapis 3 jug besar/ mengikut kepekatan.
- Rebus sehingga cili masak/ bersamaan 1jam setengah.
- Letakkan bunga kantan dan daun kesum serta bahan perasa masak lagi sehingga 30 minit dan tutup api.
Sumber: Ayuni Zainal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Ikan Percik
Bahan-bahan Ikan Percik
- Ikan kembong/selayang (digaul garam dan kunyit kemudian digoreng)
- 10 tangkai cili padi
- Selabu bwg bsr
- 2 ulas bwg putih
- Santan kotak 20ml
- Asam keping
- Gula
- Garam
- Minyak untuk menumis
Cara nak buat Ikan Percik
- Cilipadi, bawang besar dan bawang putih dikisar halus.
- Panaskan minyak masak dikuali.
- Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak atau cili masak.
- Masukkan santan, asam keeping dan secawan air kacau hingga kuah pekat.
- Perasakan dengan gula dan garam kacau sebati, matikan api dan curahkan kuah pada ikan yang telah digoreng tadi.
Sumber: Norhafizan Ali Othman dari Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Apa Khasiat Ikan Makcerel?
Mackerel kaya dengan omega-3, asid lemak yang baik untuk kesihatan jantung dan otak. Ikan ini juga mempunyai kandungan protein yang tinggi dan merupakan sumber vitamin D dan B12. Dalam masakan, mackerel boleh disediakan dengan pelbagai cara, termasuk dibakar, dipanggang, atau dibuat dalam hidangan sup.
Selain Ikan Mackerel, Ikan Apa Yang Penuh Dengan Khasiat Tertentu?
Ikan adalah sumber makanan yang kaya dengan khasiat dan memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Berikut adalah 4 jenis ikan yang dikenali kerana khasiatnya:
1. Ikan Salmon
Ikan Salmon kaya dengan omega-3, protein, dan vitamin D. Omega-3 membantu kesihatan jantung dan otak. Salmon mentah sering digunakan dalam hidangan sushi atau sashimi. Ia mempunyai tekstur yang lembut.
2. Ikan Sardin
Ikan Sardin mengandungi asid lemak omega-3, vitamin B12, dan kalsium (jika dimakan dengan tulang). Selain itu juga baik untuk kesihatan tulang dan jantung anda.
3. Ikan Tuna
Ikan Tuna mempunyai sumber protein yang tinggi dan mengandungi omega-3, vitamin B6, dan selenium. Membantu dalam pembinaan otot dan kesihatan jantung. Resepi salad tuna menggunakan ikan tuna dalam tin dicampur mayonis, sayuran, dan rempah. Hidangan ini lazat dan sering disajikan dalam sandwich atau sebagai hidangan sampingan.
4. Ikan Tilapia
Ikan Tilapia pula mengandungi protein, vitamin B6, dan omega-3, walaupun dalam jumlah yang lebih rendah. Ia adalah pilihan yang baik bagi mereka yang ingin menambah protein dalam diet mereka.