Ikan kerisi ialah sejenis ikan laut yang popular di Malaysia, terkenal dengan dagingnya yang lembut dan manis. Ikan ini boleh dimasak dengan pelbagai cara, tetapi satu resepi ringkas ialah menggoreng ikan kerisi dengan tepung bersama rempah-rempah seperti kunyit, serbuk cili, dan garam.

Ikan kerisi boleh didapati di pasar-pasar basah atau pasar raya di seluruh Malaysia, terutamanya di kawasan pesisiran pantai. Ikan kerisi sesuai dihidangkan pada bila-bila masa, sama ada untuk makan tengah hari atau makan malam, bergantung pada selera dan kebiasaan sesebuah keluarga. Kalau anda tiada idea nak masak apa dengan ikan kerisi ini, jom baca resepi ikan kerisi yang kami kongsikan untuk anda ini.

Jom kita try!

1. Resepi Ikan Kerisi Asam Pedas Kelantan

Bahan-bahan

  • Ikan kerisi saiz sedang 4 ekor
  • Bawang besar 1biji*
  • Bawang putih 2 ulas*
  • Kunyit 1/2 inci (boleh ganti serbuk kunyit)*
  • Lengkuas 1/4 inci*
  • 3 tangkai lada kering yang direbus (cili kisar pun boleh)*
  • 5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa)
  • Daun kesum
  • Bunga kantan belah 2
  • Bendi (tadi takde)
  • Garam & serbuk perasa

Cara buat Ikan Kerisi Asam Pedas Kelantan

  1. Blend bahan bertanda * dengan air.
  2. Masukkan bahan blend dalam periuk bersama asam keping & bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih.
  3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita nak.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa, bila ikan dah masak boleh tambah bendi. Siap!

Sumber: Nurul Afidah Catalyst dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ikan Kerisi Masak Asam

Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan kerisi
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 cawan air asam jawa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit minyak utk menggoreng
  • Sedikit garam & gula

Cara buat Ikan Kerisi Masak Asam

  1. Gaul ikan dengan sedikit garam & serbuk kunyit , kemudian goreng hingga garing & toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia & cili padi yang dihiris dan tumis sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, biar hingga mendidih.
  4. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng, garam & gula secukupnya dan siap.

Sumber: Roslinda Razak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3.Resepi Ikan Kerisi Sambal Cili Padi

Bahan-bahan

Bahan A

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili padi

Bahan B

  • Air asam jawa
  • Gula garam perasa secukupnya

Cara buat Ikan Kerisi Sambal Cili Padi

  1. Bahan A dikisar kasar. Tumis dengan minyak goreng ikan tadi.
  2. Masak sampai pecah minyak, selepas itu masukkan air asam jawa, garam gula secukupnya.
  3. Dah ngam rasa sambal last letak ikan goreng. Kacau kejap. Siap.

Sumber: Intan MK dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ikan Kerisi Masak Kicap Pekat Pedas

Bahan-bahan

  • 6 potongan ikan kerisi (digoreng)
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 7 batang cili padi merah
  • 7 batang cili padi hijau
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu kecil serbuk sup
  • 1 sudu kecil serbuk perasa Knorr
  • Gula 1 sudu besar
  • 5 sudu besar cili kisar
  • Kicap Manis (cap kipas udang) 4-5 sudu besar
  • Minyak masak

Cara buat Ikan Kerisi Masak Kicap Pekat Pedas

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
  2. Masukkan cili kisar, dan masak sehingga pecah minyak (untuk mendapat warna cili yang cantik, pastikan anda memasak cili dengan api yang perlahan dan gaul cili serta masak dengan sempurna).
  3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan bawang, cili padi, dan tomato gaul rata.
  4. Kemudian masukkan kicap manis, gula, dan serbuk perasa, gaul sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng gaul rata dan siap.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Menu Ikan Kerisi tadi, Apa Lagi menu lain Ikan Kerisi yang Popular?

Ikan Kerisi Bakar

Ikan bakar adalah hidangan yang sangat digemari di Malaysia. Ikan segar seperti kerisi disalut dengan pelbagai rempah dan sos, kemudian dibakar di atas bara api. Hidangan ini biasanya dihidangkan dengan sambal belacan dan air asam yang memberikan rasa pedas dan masam yang menyelerakan.

Asam Pedas Kerisi

Asam pedas ialah hidangan ikan yang dimasak dalam kuah yang pekat, masam dan pedas. Ikan yang biasa digunakan termasuklah ikan kerisi. Kuahnya yang kaya dengan rempah-ratus seperti asam jawa, cili, dan belacan menjadikan hidangan ini sangat popular di kalangan peminat masakan pedas.

Kerisi Masak Singgang

Ikan singgang adalah hidangan tradisional yang berasal dari pantai timur Semenanjung Malaysia. Ikan segar seperti kerisi dimasak dalam kuah yang nipis tetapi berperisa, diperbuat daripada campuran air asam jawa, halia, bawang, dan kunyit. Hidangan ini biasanya dihidangkan semasa makan tengah hari atau makan malam.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply