Ikan kerapu ialah sejenis ikan laut yang mempunyai daging tebal dan lembut. Ia terkenal dengan rasanya yang manis dan lazat, serta kaya dengan protein dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ikan ini boleh didapati dalam pelbagai saiz dan spesies, dengan warna yang berbeza-beza.
Untuk memasak ikan kerapu secara stim, bahan-bahan yang diperlukan ialah ikan kerapu segar, halia, bawang putih, cili, sos soya, minyak bijan dan daun bawang. Cara memasaknya mudah – bersihkan ikan dan letakkan dalam pinggan, susun hirisan halia dan bawang putih di atas ikan, perasakan dengan sos soya dan minyak bijan, kemudian kukus selama 8-10 minit. Taburkan daun bawang sebelum dihidang.
1. Resepi Ikan Kerapu Masak Cili Api
Bahan-bahan
- 1 ekor ikan Kerapu
- 15 biji cili padi@cili api
- 4 biji bawang merah@bawang kecil
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji lobak merah
- 1 pokok daun bawang
- 1/3 sudu kecil asam jawa
Cara buat Ikan Kerapu Masak Cili Api
- Basuh bersih dan lumurkan kunyit pada ikan kerapu yang dipotong bentuk rama-rama.
- Kisar cili api, bawang merah dan bawang putih sampai lumat.
- Potong lobak merak panjang-panjang.
- Potong daun bawang.
- Goreng ikan kerapu.
- Masukkan cili kisar, masak sampai garing atau pecah minyak
- Cili dah garing masukkan sos tiram dan lobak merah.
- Masuk daun bawang dan juga air asam jawa.
- Dah siap masak sambal, curah atas ikan kerapu goreng.
Sumber: Shazana Hassan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Sup Ikan Kerapu
Bahan-bahan
- Ikan kerapu 2 ekor
- Bawang besar 1biji
- Bawang putih 4ulas
- Halia sikit
- Kunyit hidup sikit
- Cili Padi 5biji
Bahan tumis
- Serai 2 batang (ketuk)
- Sup bunjut 1
- Serba sedikit kulit kayu manis
- Bunga lawang
- Buah pelaga
- Cengkih
- Kiub Pati ayam 1kiub
Bahan tambahan
- Tomato 1biji (belah 4)
- Daun ketumbar
Cara buat Sup Ikan Kerapu
- Tumis bahan yang ditumbuk kasar tadi, dah naik bau masuk bahan tumis.
- Masuk dua gelas air (terpulang banyak mana).
- Dah mendidih masuk kiub pati ayam dan ikan.
- Perasakan garam dan gula dan masukan tomato dan ketumbar, siap.
Sumber: Fatin Nur Izzah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kerapu Masam Manis
Bahan-bahan
- 1 ekor ikan kerapu – lumur garam kunyit
- 1/2 biji bawang besar – Dadu
- 4 ulas bawang putih – ketuk
- 1-2 inci halia – hiris halus panjang
- Sedikit cili kisar
- 1 biji tomato buah – hiris dadu
- Sos tomato
- Sos cili
- Sedikit sos ikan
- Gula
- Garam
- Tepung Magik yang dibancuh dengan air
Bahan hiasan
- 8 biji cili padi merah dan hijau
- 1 biji bawang besar – hiris bulat
- Daun bawang
- Daun Sup
Cara buat Kerapu Masam Manis
- Ikan dilumur garam kunyit, TM dan digoreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang putih, halia dan bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.
- Selepas itu, masukkan pula sos tomato, sos cili sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkan air TEPUNG MAGIK. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Akhir sekali, masukkan bawang mayang, tomato buah dan cili padi.
- Biarkan sehingga bawang layu.
- Tutup api dan tuang sos masam manis ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sup.
- Sedia untuk dihidangkan
Sumber: Rozila Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Ikan Kerapu Kukus/Stim
Bahan-bahan
- 1 batang serai (diketuk)
- 5 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 inci halia (dihiris)
- 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
- 2-3 biji cili padi (di hiris) – optional
- 1 biji tomato
- Sedikit garam dan gula
- 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
sedikit air - Sedikit daun sup (dihiris) dan daun bawang untuk hiasan
Cara buat Ikan Kerapu Kukus/Stim
- Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dengan api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
- Lumurkan ikan dengan garam. Kemudian letak di dalam bekas tadi. Taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
- Buka penutup kukusan, masukkan tomato serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
- Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
- Setelah masak, taburkan hirisan daun sup / daun bawang
- Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih
Sumber:Zulfadzli Md Noordin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Hidangan Popular Ikan Laut?
Selain Ikan kerapu, ada beberapa lagi ikan laut yang sedap dijadikan hidangan utama. 5 antaranya adalah:
1. Ikan Jenahak Masak 3 Rasa
Ikan jenahak dimasak dengan gabungan rasa masam, manis dan pedas menggunakan sos tiram, asam jawa, dan cili. Masakan ini popular di restoran makanan laut.
2. Pan-seared Sea Bass
Ikan siakap digoreng dengan teknik pan-sear menggunakan mentega, lada hitam dan herba segar. Hidangan ini biasanya ditemui di restoran mewah.
3. Ikan Siakap Tiga Rasa
Ikan siakap yang digoreng rangup dan disiram dengan sos yang menggabungkan rasa pedas, masam dan manis. Masakan ini merupakan hidangan yang popular di restoran makanan laut Cina.
4. Steamed Red Snapper
Ikan merah yang dikukus dengan cara oriental menggunakan sos soya, halia dan daun bawang. Hidangan ini mudah disediakan dan sangat berkhasiat.
5. Grilled King Fish Steak
Ikan tenggiri yang dipotong tebal dan dibakar dengan rempah ratus tempatan. Hidangan ini sering dihidangkan di restoran makanan laut moden.