Ikan kembung ialah sejenis ikan laut yang popular di Malaysia kerana rasanya yang manis dan lembut. Ikan ini kaya dengan omega-3 dan protein, menjadikannya pilihan sihat untuk hidangan seharian.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah ikan kembung, garam, kunyit, serbuk kari, dan minyak masak. Cara memasaknya mudah: cuci ikan dan perap dengan garam dan kunyit selama 15 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga kekuningan dan garing di kedua-dua belah.

1. Resepi Ikan Kembung Bakar Simple & Ekpress

Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan kembung di cuci bersih

Bahan perapan

  • 1 peket kecil perencah bihun goreng adabi
  •  Sedikit garam (½ sudu kecil)
  •  Sedikit gula (boleh ganti madu)
  •  Sedikit serbuk garlic, serbuk kunyit

Cara buat Ikan Kembung Bakar Simple & Ekpress

  1. Gaul & lumur pada ikan. Perap sekejap (30min – 1 jam)
  2. Sediakan loyang yang di lapik baking paper atau daun pisang, kemudian letak atas dapur gas.
  3. Susun ikan, kemudian renjiskan minyak (anggaran dalam 2-3 sudu makan). Hidupkan api.
  4. Saya guna loyang bulat dan tutup guna penutup periuk untuk tutup loyang (periuk saiz 22cm).
  5. Balikkan, setiap sisi tu dalam 15min bergantung saiz ikan. Panggang sehingga masak.

Sumber: Dani J Tang dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ikan Kembung Sweet Spicy

Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan kembung (goreng dulu)
  • 3 biji cili padi (Nak lebih pedas boleh letak lebih)
  • 2 biji cili hidup merah
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1/2 inchi halia
  • 2 helai daun limau
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • 4 sudu kicap manis (nanti boleh rase nak lebih atau kurangkan)
  • Skit perahan asam jawa

Cara buat Ikan Kembung Sweet Spicy

  1. Mula-mula panaskan minyak, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, daun limau. Tumis sampai naik bau.
  2. Selepas itu, masukkan cili kisar dan cili padi. Masak sampai pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis. Kacau sebati dan terus masukkan air perahan asam jawa.
  4. Akhir sekali kacau sebati dan letak skit garam halus.
  5. Fungsi garam untuk bangkitkan rasa. Rasa dulu dan tambah kicap jika perlu.
  6. Siap.

Sumber: Leha Yusuf dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Lemak

Bahan-bahan

Bahan blend

  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai – kalau nak titik pun boleh
  • 2 senduk cili blend

Bahan lain

  • Ikan kembung
  • Minyak untuk menumis
  • Air asam jawa
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Garam

Cara buat Asam Pedas Ikan Kembung Lemak

  1. Tumis bahan blend sampai pecah minyak. Masukkan air asam jawa, tambah air sikit. Biar didih kejap.
  2. Dah didih boleh masuk ikan, bunga kantan, daun kesum.
  3. Biar api sederhana sampai didih dan ikan masak.
  4. Last sekali letak garam secukupnya. Nak letak perasa pun boleh.

Sumber: Sharinaz Redwan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4.Resepi Ikan Kembung Pedas Ala Thai

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan kembung
  • 2 sudu makan serbuk cili bancuh dengan sedikit air
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 batang serai – dihiris
  • 4 sudu makan sos cili **
  • 2 sudu makan sos tomato **
  • 1 sudu makan sos tiram **
  • 2 sudu kecil sos ikan **
  • 2 helai daun limau purut **
  • 1 biji limau kasturi – perah ambil jus **
  • 1/4 cawan air panas **
  • 1/2 sudu kecil garam halus atau sesuaikan rasa **
  • 2 sudu kecil gula atau sesuaikan rasa **
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 10 biji cili api – dipotong
  • 1 biji tomato – potong dadu

Cara buat Ikan Kembung Pedas Ala Thai

  1. Ikan kembung dibersihkan gaul dengan kunyit dan garam, goreng hingga masak dan ketepikan.
  2. Dalam kuali masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih, halia, serai, cili kemudian diikuti bahan bertanda ( ** ) hingga naik bau harum.
  3. Masa ni dah dapat aroma ala masakan thai. Pastikan semua sudah cukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan tomato, bawang dan cili api, masak sebentar dan gaul sekata. Tuang atas ikan yang digoreng tadi.

Sumber: Ena Linda dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Hidangan Popular Ikan Laut?

Selain Ikan kembung, ada beberapa lagi ikan laut yang sedap dijadikan hidangan utama. 5 antaranya adalah:

1. Ikan Cencaru Sumbat

Ikan cencaru yang dibelah dan disumbat dengan rempah seperti cili, bawang, halia dan serai. Kemudian digoreng sehingga masak dan dihidang dengan sambal belacan.

2. Ikan Selar Masak Asam

Ikan selar dimasak dalam kuah asam yang pedas dengan belimbing buluh, cili padi, dan bawang. Ditambah dengan daun kesum untuk menambah aroma.

3. Ikan Tenggiri Steam

Ikan tenggiri dikukus dengan halia, cili, bawang putih dan sos soya. Cara masak ini mengekalkan kesegaran dan kelazatan ikan.

4. Ikan Siakap Tiga Rasa

Ikan siakap yang digoreng dan disiram dengan sos yang menggabungkan rasa manis, masam dan pedas. Ditambah dengan cili dan bawang untuk menambah rasa.

5. Ikan Jenahak Masak Kari

Ikan jenahak dimasak dalam kuah kari yang pekat dengan santan, rempah kari, bawang, halia dan lengkuas. Ditambah dengan tomato dan daun kari.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply