Ikan bilis adalah sejenis ikan kecil yang dikeringkan dan biasanya digoreng rangup untuk dijadikan snek atau lauk. Untuk memasaknya, anda memerlukan ikan bilis, minyak masak, dan garam secukupnya.

Cara penyediaan yang mudah ialah dengan membasuh ikan bilis dan mengeringkannya. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan bilis sehingga kekuningan dan rangup. Selepas itu, toskan minyak dan taburkan sedikit garam mengikut citarasa.

1. Resepi Kerabu Ikan Bilis

Bahan-bahan

  • Bawang Besar
  • Cili Padi
  • Bunga Kantan
  • Serai

Cara buat Kerabu Ikan Bilis

  1. Hiris halus bahan-bahan.
  2. Tambah gula, jus limau, serbuk pati ayam (sikit sebab ikan bilis dah masin) & ikan bilis goreng.
  3. Gaulkan sebati. Siap.

Sumber: Syazwani Azmira Adin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ikan Bilis Goreng Petai

Bahan-bahan

  • Ikan bilis 400gram
  • Bwg besar 4 labu
  • Bawang putih 30 ulas/boleh kurangkan jika tidak suka
  • Cili api 15bj
  • Cili besar hijau & merah 10bj
  • Petai 5 papan
  • Minyak secukupnya untuk menumis garam & secukup rasa

Cara buat Ikan Bilis Goreng Petai

  1. Panaskan minyak dalam 1 setengah cawan, tumiskan bawang merah & bawang putih (jangan terlalu garing).
  2.  Kemudian masukkan ikan bilis, goreng juga jangan garing, biar lembut sikit ikan bilis.
  3. Masukkan petai, cili api & cili besar, secubit garam & secukup rasa.
  4. Kacau dan boleh di hidang kan.

Sumber: Dtn Seri Nor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3.Resepi Kacang Pedas Bilis

Bahan-bahan

  • 1 kg kacang tanah
  • rm 5 ikan bilis
  • 3 senduk lada mesin
  • 10 ulas bawang putih (blend)
  • Minyak secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu makan gula merah
  • 3 biji gula batu
  • 1/2 cawan air

Cara buat Kacang Pedas Bilis

  1. Goreng kacang tanah dengan minyak yang banyak  api yang slow.
  2. Nak garing (jangan smpai pahit) angkat toskan minyak.
  3. Goreng pulak ikan bilis sampai garing dan toskan.
  4. Keluarkan minyak tadi tinggalkan dalam sesenduk dalam kuali dan tumiskan bawang putih tadi sampai kuning sikit.
  5. Masukkan lada mesin, gula, garam, gula merah dan gula batu dan air, api slow kacau smpai dia likat dan pekat.
  6.  Bila dah cukup rasa semua tutup la api dan biarkan sejuk.
  7. Bila dh betul sejuk baru gaulkan kacang dan bilis dalam lada tu tadi masukkan dalam tapis untuk toskan minyak da simpan dalam bekas bertutup.

Sumber: Faizah Md Zain dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ikan Bilis Masak Asam

Bahan-bahan

  • Ikan bilis
  • Bawang besar sebiji ( hiris )
  • Bawang putih 3 ulas ( hiris )
  • Cili padi ( potong tengah )
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula

Cara buat Ikan Bilis Masak Asam

  1. Goreng ikan bilis dulu angkat dan toskan.
  2. Guna sedikit minyak goreng ikan bilis tadi, panaskan dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi.
  3. Masukkan air asam jawa terpulang nak banyak mana kuah dan agak cukup masam dia biar sampai mendidih.
  4. Masukkan ikan bilis, gula dan garam biarkan kejap agak ikan bilis dah lembut sikit siap.

Sumber: Akma Abdullah  dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Makanan Laut Yang Popular?

Jika anda tidak mahu menu ikan bilis, ada banyak lagi pilihan menu makanan laut yang boleh anda cuba. Antaranya adalah sotong, udang, ketam, ikan dan lobster. Menu menarik yang boleh dicuba seperti dibawah:

1. Sotong Goreng Tepung

Sotong goreng tepung adalah hidangan yang popular di seluruh Malaysia. Sotong segar dibersihkan dan dipotong, kemudian disalut dengan tepung goreng yang telah dibancuh dengan perasa dan digoreng hingga keemasan.

2. Udang Goreng

Udang goreng adalah hidangan yang mudah tetapi lazat. Udang yang telah dibersihkan digoreng dengan bawang putih dan halia, serta perasa tambahan seperti lada hitam atau cili mengikut citarasa.

3. Ketam Goreng Cili

Ketam goreng cili merupakan hidangan yang menggabungkan ketam yang digoreng dengan sos cili yang pedas. Hidangan ini sangat popular di restoran makanan laut.

4. Fish & Chips

Fish & Chips adalah hidangan yang terdiri daripada ikan segar yang disalut dengan tepung roti dan digoreng rangup. Ia biasanya dihidangkan dengan kentang goreng dan sos tartar.

5. Lobster Thermidor

Lobster Thermidor adalah hidangan mewah yang menggunakan lobster yang dimasak dengan sos krim istimewa dan keju. Hidangan ini popular di restoran makanan laut yang mewah.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply