Ikan belanak merupakan sejenis ikan laut yang mempunyai daging lembut dan lazat. Ikan ini boleh didapati di perairan Malaysia dan popular dalam masakan tempatan kerana rasanya yang enak dan senang dimasak.

Untuk memasak ikan belanak goreng kunyit, bahan-bahan yang diperlukan ialah ikan belanak, serbuk kunyit, garam, dan minyak masak. Cara memasaknya mudah – bersihkan ikan, lumurkan serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng sehingga kekuningan dan masak.

1. Resepi Pulut Lemak Ikan Masin Belanak

Bahan-bahan

  • Pulut 10kg untuk 100pax
  • Santan 4kg
  • Ikan masin belanak 100 ekor

Cara buat Pulut Lemak Ikan Masin Belanak

  1. Rendam pulut selama 2jam dan kukuskan.
  2. Goreng ikan belanak. Dengan minyak yang banyak.
  3. Setelah pulut kembang. Keluarkan kedalam bekas. Masukkan santan dan secubit garam. Gaul rata dan biarkan.
  4. Siap. Selamat menjamu selera.

Sumber: Zarina Md Saad Nana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Asam Pedas Kuning Kelantan Ikan Belanak

Bahan-bahan

  • Ikan belanak / kerisi / duri ( ikut suka)
  • 1 ulas bawang putih *
  • 3 -4 ulas bawang merah*
  • Seinci lengkuas*
  • 2 3 biji cili padi * (ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
  • Sedikit serbuk kunyit *
  • 2 btg serai
  • Daun kesum
  • 3 – 4 keping Asam keping (saya suka masam)
  • Sedikit Ajinomito  jika suka)

Cara buat Asam Pedas Kuning Kelantan Ikan Belanak

  1. Masukan ikan dalam periuk.
  2. Kisar bahan bertanda* dan masukan dalam periuk yang ada ikan tadi.
  3. Masukan asam keping dan serai yang di titik.
  4. Masukan garam.
  5. Masak sehingga ikan masak then masukan daun kesum.
  6. Biarkan sehingga daun kesum layu. Tutup api dan masukan sedikit ajinimoto. Siap.

Sumber: Ross Mohd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ikan Belanak Kukus Lemon Asam Boi

Bahan-bahan

  • 5 ekor ikan belanak fresh (boleh tukar siakap atau kerapu)
  • Bawang merah
  • Bawang putih (kasi lebih)
  • imau nipis 3 biji (perah dakam tray berisi ikan)
  • Lemon 1 biji (perah dalam tray juga)
  • 5 biji asam boi
  • Garam dan penambah perisa (secukupnya)
  • Sos ikan 2 sudu

Cara buat Ikan Belanak Kukus Lemon Asam Boi

  1. Daun coriander sikit (tabur atas ikan).
  2. Cili padi hiris halus tabur kasi pedas sikit.
  3. Semua dalam tray kukus tapi jangan lama sangat takut fresh ikan tu hilang dalam 10-15min ok dah. Settle.

Sumber: Jefri Abdullah dariMasak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ikan Belanak Masam Goreng Bawang Petai

Bahan-bahan

  • Ikan belanak masam
  • Bawang putih (bagi lebih)
  • Bawang merah (bagi lebih)
  • Petai (bagi lebih)
  • Cili padi

Cara buat Ikan Belanak Masam Goreng Bawang Petai

  1. Goreng semua dan settle.

Sumber: Jefri Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Menu Lain Yang Ringkas Bagi Ikan?

Jika dan bosan dengan ikan goreng, ini ada 5 lagi menu yang sesuai dimasak dengan hampir kesemua jenis ikan. Antara menu ringkas bagi ikan adalah:

1. Ikan Bakar

Ikan bakar adalah hidangan yang dimasak dengan cara membakar ikan yang telah dilumur dengan pelbagai rempah seperti cili, bawang, serai, dan kunyit. Hidangan ini biasanya dihidangkan dengan air asam sebagai sos pencicah.

2. Masak Lemak Cili Api

Masakan ini menggunakan santan dan cili padi sebagai bahan utama dengan ikan sebagai protein. Hidangan ini mempunyai rasa yang pedas dan lemak, sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia.

3. Fish Head Curry

Kari kepala ikan merupakan hidangan yang menggunakan rempah kari, santan, dan sayur-sayuran. Masakan ini boleh menggunakan pelbagai jenis ikan dan sangat digemari di Malaysia.

4. Singgang

Singgang ialah masakan ikan yang dimasak dalam kuah yang berasaskan asam dan halia. Masakan ini mempunyai rasa yang unik kerana gabungan rasa masam dan pedas yang seimbang.

5. Steam Fish with Soy Sauce

Ikan stim dengan sos soya adalah hidangan yang sangat mudah tetapi lazat. Ikan segar dikukus dan disiram dengan sos soya, minyak panas, dan hirisan halia serta daun bawang.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply