Ikan bawal merupakan sejenis ikan air tawar atau laut yang popular di Malaysia. Ikan ini mempunyai bentuk badan yang leper dan bulat, dengan sisik yang halus dan berwarna keperakan. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz dan sangat sesuai untuk pelbagai jenis masakan terutamanya masak kicap kerana dagingnya yang lembut dan manis.
1. Resepi Ikan Bawal Steam Chinese Style
Bahan-bahan
- Ikan Bawal dibasuh bersih
- Halia potong batang mancis
- Batang Daun Bawang
- Cili Padi
- Bawang Putih
Bahan Sos
- Kicap Cair 2 sudu besar
- Sos Tiram 1 sudu besar
- Minyak Bijan 1 sudu besar
- Gula ½ sudu
Bahan Goreng
- Bawang putih digoreng hingga keemasan tutup api letak bahagian batang daun bawang yang dimayang kemudian curah diatas ikan
Cara buat Ikan Bawal Steam Chinese Style
- Kukus ikan bersama halia dalam 5 minit.
- Letak bahan sos + bahan goreng dan siap.
Sumber: Raja Azreen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Ikan Bawal Masak Kicap Pedas
Bahan-bahan
- Ikan Bawal Emas di bersihkan dan di goreng setengah masak
- Bawang besar (di hiris)
- Cili besar hijau /merah(di potong dadu)
- Sos tomato
- Sos tiram
- Kicap masin
- Kicap manis
- Kulit kayu manis
Bahan Kisar
- Bawang besar
- Bawang Putih
- Halia
- Cili kering
Cara buat Ikan Bawal Masak Kicap Pedas
- Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis dan bahan kisar hingga wangi.
- kemudian masukkan cili kisar tumis lagi hingga garing dan cili masak.
- Masukkan semua jenis sos. Sos tomato, sos tiram, kicap manis dan kicap masin.
- Kacau sebati.
- Kalau nak berkuah letak sedikit air.
- Setelah mendidih masukkan cili merah/hijau dan bawang besar hiris tadi.
- Akhir sekali masukkan ikan goreng tadi kacau sekejap dah secukup rasa boleh tutup api.
Sumber: Ida Akmal Idameor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Ikan Bawal Hitam Masak Kicap
Bahan-bahan
- 2 ekor ikan bawal
- 1 Bawang merah besar
- 2 batang kayu manis Sri Lanka Cinnamon Legend Malaysia
- Cili merah untuk hiasan
- Kicap manis
Cara buat Ikan Bawal Hitam Masak Kicap
- Selepas siang & bersihkan ikan dengan air asam jawa, lumurkan ikan dengan kunyit dan garam.
- Goreng toskan minyak lebihan.
- Ambil minyak lebihan tadi dan tumis bahan-bahan tadi.
- Masukkan kicap & air.
- Garam & gula secukup rasa.
- Masukkan ikan.
Sumber: Riyadhi Ramlan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Bawal Emas Steam Kicap
Bahan-bahan
Bahan dihiris
- Bawang besar 1bj
- Bawang putih 3 ulas
- Halia secukupnya
- Cili api
- Cuci ikan bersih
Bahan kuah
- Tumis bawang putih dan bawang merah sampai garing dan wangi
- Masuk 3 sudu kicap manis/atau lebih
- Sekeping asam keping
- Cili api
Cara buat Bawal Emas Steam Kicap
- Tabur garam dan lada sulah, kemudian tabur semua bahan yang dihiris diatas ikan.
- Masuk jugak bahan hiris dalam perut ikan.
- Kukus dengan api besar selama 15 minit.
Bahan kuah
- Tambah secawan air, perasakan masin masam dan manisnya.
- Biarkan merenih 5 minit.
- Bila dah siap, tuang kuah ke atas ikan.
- Siap.
Sumber: Murni Rahmat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Hidangan Ikan Bawal Yang Boleh Dicuba?
Ada sesetengah orang tidak reti makan kicap. Tapi, jangan risau kerana anda tetap boleh menikmati ikan bawal dalam sajian yang berbeza. Antara menu yang sesuai menggunakan ikan bawal sebagai bahan utama adalah:
1. Ikan Bawal Masak Asam Pedas
Masakan ini menggunakan bahan seperti ikan bawal, bawang merah, bawang putih, cili merah, belacan, asam jawa, daun kesum dan buah belimbing. Tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan air dan asam jawa. Bila mendidih, masukkan ikan dan masak hingga kuah pekat.
2. Ikan Bawal Sweet and Sour
Hidangan ini memerlukan ikan bawal, sos tomato, cuka, bawang besar, lada benggala, nenas dan bawang putih. Goreng ikan hingga garing, kemudian masak sos dengan menumis bawang putih, tambah sos tomato, cuka dan sayur-sayuran, akhir sekali masukkan ikan.
3. Ikan Bawal Kukus Halia
Bahan utama ialah ikan bawal, halia iris, daun bawang, cili merah dan sos soya. Letakkan ikan di atas pinggan kukus, tabur halia iris dan bahan-bahan lain di atas ikan, kemudian kukus selama 8-10 minit.
4. Ikan Bawal Masak Lemak
Masakan ini menggunakan santan, kunyit, serai, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan cili padi. Tumis bahan-bahan hingga wangi, masukkan santan dan biarkan mendidih, kemudian masukkan ikan dan masak hingga kuah pekat.
5. Ikan Bawal Bumbu Thai
Masakan ini memerlukan ikan bawal, serai, daun limau purut, bawang putih, cili padi, sos ikan dan limau nipis. Goreng ikan hingga garing, kemudian masak sos dengan menumis rempah, tambah sos ikan dan perahan limau nipis, tuang ke atas ikan yang telah digoreng.