Ikan bawal merupakan sejenis ikan air masin yang popular di Malaysia dengan dagingnya yang tebal dan berlemak. Ikan ini boleh didapati dalam dua jenis utama iaitu bawal hitam dan bawal putih, di mana kedua-duanya mempunyai rasa yang manis dan tekstur yang lembut.
Untuk memasak ikan bawal goreng, bahan-bahan yang diperlukan ialah ikan bawal, garam, serbuk kunyit, dan minyak masak. Cara memasaknya mudah: bersihkan ikan, perap dengan garam dan kunyit selama 10 minit, kemudian goreng dalam minyak panas sehingga keemasan pada kedua-dua belah.
1. Resepi Ikan Bawal Steam Chinese Style
Bahan-bahan
- Ikan bawal dibasuh bersih
- Halia potong batang mancis
- Batang Daun Bawang
- Cili Padi
- Bawang Putih
Bahan Sos
- Kicap Cair 2 sudu besar
- Sos Tiram 1 sudu besar
- Minyak Bijan 1 sudu besar
- Gula ½ sudu
Bahan Goreng
- Bawang putih digoreng hingga keemasan tutup api letak bahagian batang daun bawang yang dimayang kemudian curah diatas ikan
Cara buat Ikan Bawal Steam Chinese Style
- Kukus ikan bersama halia dalam 5 minit + letak bahan sos + bahan goreng.
- Siap.
Sumber: Raja Azreen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kari Ikan Bawal
Bahan-bahan
- Rempah babas ikan 1 bngks
- Sedikit air asam jawa
- Sedikit santan ja
- Garam, pati ayam knorr
- Bwg kecik 4ulas
- Bwg putih 3 ulas
- Jintan putih satu sudu kecil (semua di atas tumbuk)
Untuk tumis
- Sedikit daun kari
- Bwg kecil 3 ulas
- Bwg putih 2 ulas
- Halba campur (semua di atas hiris nipis)
Untuk hiasan
- Bendi 6 biji
- Cili hijau 2biji (belah 4)
- Tomato 2 biji besar potong 4
- Sedikit daun bwg
Cara buat Kari Ikan Bawal
- Tumis bahan yang di hiris tadi.
- Kemudian masukkan rempah yang di campur dengan bahan-bahan tumbuk bersama sedikit air.
- Masak bagi pecah minyak, kemudian masukkan air asam jawa sedikit santan, garam dengan pati ayam.
- Masak bagi kuah menidih kemudian masukkan ikan, bendi, cili hijau/cilipadi, tomato dengan daun bawang.
- Masak dalam 10 min dan siap.
Sumber: Siti Fatimah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Ikan Bawal Emas Masak Sos
Bahan-bahan
- Ikan bawal (lumur garam kunyit kemudian goreng)
- Bawang merah (ditumbuk)
- Bawang putih (ditumbuk)
- Halia(ditumbuk)
- Serai (diketuk)
- Cili kering (diblend)
- Sos cili
- Sos tomato
- Gula
- Garam
- Serbuk perasa
Bahan hiasan
- Bawang besar (dipotong bulat)
- Tomata
- Daun bawang
- Daun sup
Cara buat Ikan Bawal Emas Masak Sos
- Tumis bahan bahan yang ditumbuk.
- Kemudian masukkan serai yang diketuk, dah naik bau baru masukkan cili mesin, tunggu hingga cili garing sedikit.
- Masukkan air agak-agak nak kuah banyak mana.
- Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, gula,garam, serbuk perasa, dah didih masukkan ikan.
- Agak dah sebati last sekali masukkan bahan hiasan bawang besar, tomato, daun bawang, daun suo, tutup dan siap.
Sumber: Ina Nisa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Ikan Bawal 3 Rasa
Bahan-bahan
- Ikan Bawal (cuci gaul garam goreng sampai garing, dah masak ketepikn dalam bekas hidangan)
Kuah
- Cili kering blend (2 sudu besar)
- Sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, jus limau
- Bwg putih ketuk
- Bwg besar@holand (ptg dadu)
- Nenas & tomato
- Cili api
- Serai (dihiris)
- Daun ketumbar (hiasan)
Cara buat Ikan Bawal 3 Rasa
- Panaskan minyak, pastikan minyak tidak terlalu banyak.
- Masukkan bawang putih, cili kering & segala sos di atas, masukkan sedikit air.
- Kemudian masukkan jus limau, pastikan gula garam terasa.
- Tambahkn sedikit serbuk perasa, last masukkan bawang besar, nenas, cili api & serai kacau dalam beberapa minit tutup api.
- Kemudian masukkan kuah kedalam ikan yang disediakn, hias dengan daun ketumbar dan siap.
Sumber: SuiSan Aliezsha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Aneka Menu Berasaskan Ikan Laut Dalam.
Antara ikan air masin yang popular selain dari bawal ialah ikan siakap, ikan kerapu dan ikan jenahak. Ketiga-tiga ikan ini jika dimasak memang akan menjadi lauk utama untuk dimakan dengan nasi panas. 5 antara menu yang popular adalah:
1. Ikan Siakap Stim
Ikan siakap yang distim dengan halia, cili, bawang putih dan sos soya. Masakan ini sangat popular di restoran makanan laut dan boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis sos mengikut citarasa.
2. Ikan Kerapu 3 Rasa
Hidangan yang menggabungkan rasa manis, masam dan pedas. Ikan kerapu digoreng rangup dan disiram dengan sos khas yang diperbuat daripada cili, bawang putih, dan sos tomato.
3. Ikan Jenahak Masak Asam Pedas
Masakan tradisional yang menggunakan rempah ratus tempatan, belacan, dan asam jawa. Hidangan ini terkenal dengan kuahnya yang pekat dan berempah.
4. Ikan Merah Sweet & Sour
Ikan merah yang digoreng rangup dan dihidangkan dengan sos masam manis. Masakan ini popular di restoran makanan laut Cina dan telah disesuaikan dengan citarasa tempatan.
5. Ikan Selar Steam Halia
Ikan selar yang distim dengan halia, daun bawang dan sos soya. Masakan ini ringkas tetapi penuh dengan rasa dan sangat berkhasiat.