Hummus ialah sajian timur tengah yang diperbuat daripada kacang chickpea yang telah dilenyek bersama tahini (pes bijan), minyak zaitun, jus limau nipis, bawang putih dan garam. Ia merupakan hidangan yang sangat berkhasiat dan kaya dengan protein.
Untuk menyediakan hummus, kacang chickpea perlu direndam semalaman dan direbus sehingga lembut. Kemudian, kisar semua bahan-bahan sehingga menjadi pes yang halus. Anda boleh menghidangkannya dengan roti pita atau sayur-sayuran segar.
1. Resepi Hummus
Bahan-bahan
- Tin kacang kuda
- Bawang putih 2 ulas
- Roasted sesame
- Olive oil
- Lemon
Cara buat Hummus
- Masukkan satu tin kacang kuda ke dalam pengisar, kemudian blend (sekali dengan air dalam tin)
- Masukkan bawang putih 2 ulas, kemudian blend.
- Masukkan roasted sesame yang sudah dikisar, kemudian blend.
- Masukkan olive oil, kemudian blend.
- Masukkan perahan lemon, kemudian blend.
- Boleh rasa sedap ke tidak! Cair ke pekat.
- Kemudian masukkan kacang kuda yang rebus sendiri sama banyak dengan yang dalam tin tadi, lebih kurang 400gram.
- Masukkan lagi perahan lemon dan olive oil untuk seimbangkan rasa, kemudian blend buat kali terakhir.
- Masukkan dalam bekas, corakkan, dan curahkan olive oil ke atas hummus
- Siap!
Tips tambahan:
- Guna 1 biji lemon pun boleh
- Nak guna dua tin chickpeas terus pun boleh
- Nak guna kacang kuda yang rebus sendiri sahaja pon boleh
- Kalau nak campur semua bahan-bahan lepas tu blend semua pun boleh
- Adjust rasa lemon & olive sampai dapat rasa yang you all nak. Make sure guna olive oil yang untuk flavoring baru rasa dia naik
- Lawan hummus ni malaweh bread, tapi kita tak try buat lagi
- Tapi kalau dah nama hummus tu lawan dengan apa jenis roti pun win!
Sumber: Emy Mellisa Mohd Kasim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Hummus
Bahan-bahan
- 5 cawan kacang kuda (rendam semalaman dan rebus hingga empuk)
- 2-3 sudu tahini paste
- 2 ulas bawang putih
- Lemon juice
- Minyak zaitun
- Air (optional)
- Garam
Cara buat Hummus
- Masukkan kacang kuda, tahini paste, lemon juice, bawang putih, olive oil, garam (dan sedikit air kalau guna blender) ke dalam food processor/blender. Blend sampai textures jadi halus dan paste pekat.
- Kalau paste terlalu pekat, adjust/tambah olive oil (atau air jika menggunakan blender. Boleh juga tambah olive oil jika suka)
- Then adjust rasa hummus dengan menambah garam atau lemon juice sampai rasa tahap yang anda suka.
- Hidangkan hummus di dalam mangkuk. Tuangkan olive oil, sprinkle sedikit serbuk paprika dan Italian Parsley sebagai hiasan. Siap!
- Hummus ni boleh dimakan dengan salad, roti pita, wraps.
Sumber: Erny Nadiah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Hummus (Tanpa Susu)
Bahan-bahan
- Kacang kuda
- Bawang putih 2 ulas
- Mimyak zaiton
- Perahan lemon
- Tahini
- Garam
- Air
Cara buat Hummus (Tanpa Susu)
- Kacang kuda rendam semalaman dan rebus empuk, dan buang kulit.
- Perahan lemon dalam 2 sudu.
- Tahini (saya beli ready made, bijan sangai blend halus dengan minyak zaitun)
- Bahan atas semua blend halus, masukkan dalam bekas, splash kan dengan minyak zaitun extra virgin.
- Boleh makan cicah roti arab, cicah timun, cicah celery.
Sumber: Zimah Kamaruddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Hummus Mudah
Bahan-bahan
- 1 tin chic peas (kacang kuda)
- 2 tbs roasted sesame seed (tahini)
- 4 tbs lemon juice
- 2 clove garlic
- black pepper to taste (guna paprika or chili flake pun boleh)
- Sedikit garam
- Olive oil
Cara buat Hummus Mudah
- Masukkan semua bahan ke dalam blender.
- Blend hingga halus.
- Bila dah halus terus tuang ke mangkuk dan siramkan olive oil.
Sumber:Hazizah Baba dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Sajian Timur Tengah Yang Popular?
Selain Hummus, banyak lagi sajian lain daripada timur tengah yang mudah didapati di Malaysia. 5 diantaranya adalah:
1. Baba Ganoush
Baba ganoush adalah hidangan yang diperbuat daripada terung yang dipanggang sehingga kulitnya hangus, kemudian dikupas dan dikisar bersama tahini, minyak zaitun, bawang putih, dan perahan limau nipis.
2. Muhammara
Muhammara ialah pes yang diperbuat daripada lada merah panggang, kacang walnut, serbuk lada merah, minyak zaitun dan rempah ratus. Hidangan ini berasal dari Syria dan sangat popular di seluruh rantau Mediterranean.
3. Labneh
Labneh adalah sejenis keju lembut yang diperbuat daripada yogurt yang telah ditapis untuk mengeluarkan air. Ia biasanya dihiasi dengan minyak zaitun dan herba-herba segar.
4. Mutabal
Mutabal adalah sejenis hidangan yang menyerupai baba ganoush, tetapi dengan tambahan yogurt yang memberikan rasa lebih berkrim. Ia diperbuat daripada terung panggang yang dikisar halus.
5. Tzatziki
Tzatziki adalah sos yang diperbuat daripada yogurt yang ditapis, timun parut, bawang putih, minyak zaitun dan herba-herba segar seperti dill. Hidangan ini sangat popular di Greece dan negara-negara Mediterranean.