Honey Butter Cornflakes ialah snek yang diperbuat daripada cornflakes yang dimasak dengan mentega dan madu sehingga garing. Hidangan ini menjadi popular di Asia Timur, terutamanya di Korea Selatan, dan kini tersebar ke seluruh Asia.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah cornflakes, mentega, madu, dan garam secukup rasa. Cara membuatnya adalah dengan mencairkan mentega dalam kuali, kemudian masukkan madu dan kacau sehingga sebati. Masukkan cornflakes dan gaul rata dengan campuran mentega dan madu sehingga cornflakes disaluti sepenuhnya. Goreng dengan api perlahan sehingga garing.

1. Resepi Cornflakes Madu

Bahan-bahan

  • 800gram cornflakes
  • 1 ketul butter cup
  • 1 cawan madu
  • 1 cawan gula kastor/perang
  • Paper cup
  • Colour rice sebagai hiasan

Cara buat Cornflakes Madu

  1. Cairkn butter di dalam kuali apabila sudah cair masukkan gula dan madu.
  2. Ramas kasar cornflakes agar mudah di masukkan ke dalam paper cup nanti. Masukkan cornflakes ke dalam kuali kacau hingga sebati dan sekata.
  3. Boleh lah di masukkan dalam paper cup dengan menggunakn sudu dan dihiasi dengan colour rice, panaskan oven selama 10 minit.
  4. Masukkn cornflakes madu ke dalam oven dan dibakar selama 10 minit hingga 15 minit, suhu 150 darjah celcius.

Sumber: Mia Zareef Afiq dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Cornflakes Madu Mudah

Bahan-bahan

  • 2kotak cornflakes
  • 1 1/2 cwn butter
  • 1 1/2 cwn madu
  • 3Sb gula
  • 1 bekas buah ceri sebagai hiasan

Cara buat Cornflakes Madu Mudah

  1. Panaskan butter masukkan madu gula mendidih dan kacau.
  2. Masukkan cornflakes yang di ramas sikit supaya mudah masuk dalam cup masukkan ceri kismis pun boleh.
  3. Gaul rata, mati api terus boleh masukkan dalam cup, bakar dalam oven suhu 160° dalam berapa minit untuk bagi melekat bersama.

Sumber: Cahaya Kasih Firdausi dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Honey Butter Cornflakes

Bahan-bahan

  • 250g Butter Cup
  • 1/2 cup gula halus
  • 3 sudu madu
  • 3 sudu susu pekat manis
  • 1 biji telur kuning
  • 500grm conflakes (1kotak besar)

Cara buat Honey Butter Cornflakes

  1. Mixer or pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Apabila dah kembang,  masukkan bahan lain seperti telur+susu pekat +madu.
  3. Then pukul lagi sampai sebati.
  4. Gaulkan bersama conflakes.
  5. Selepas itu hiaskan kuih dengan manik.
  6. Bakar kuih ikut kepanasan oven masing. Oven saya 170’c selama 10-15mins.

Sumber:Syafiqah Ahmat dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

4. Resepi Cornflakes Madu 4 Bahan

Bahan-bahan

  • 1kotak (275g) Cornflakes
  • 250g Marjerin/Butter
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan madu

Cara buat Cornflakes Madu 4 Bahan

  1. Cairkan butter dan gula, masukkan madu, dah sebati, gaulkan cornflakes.
  2. Tabur hiasan.
  3. Bakar 5-10mnt, 160-180’c atau bergantung pada oven masing-masing.

Sumber: Yati Nurhayati dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Apa Lagi Kudapan Simple Yang Boleh Dicuba?

Kudapan mudah bukan sahaja sesuai dibuat kudap-kudapan semasa menonton tv atau bersantai di petang hari. Namun, mungkin juga sesuai dijadikan sebagai kuih raya. Sebenarnya banyak lagi menu kudapan yang simple ingin kami kongsikan. Contohnya 5 menu ini:

1. Caramel Popcorn

Hidangan ringan yang dibuat daripada jagung yang diletupkan dan disaluti dengan karamel yang manis. Ia dimasak dengan menggunakan mentega, gula perang, dan vanilla untuk memberikan rasa yang unik dan tekstur yang rangup.

2. Candied Nuts

Kacang-kacang yang diproses dengan salutan gula karamel. Biasanya menggunakan kacang badam, walnut atau pecan yang dipanggang dengan campuran gula, mentega dan sedikit perisa seperti kayu manis.

3. Churros Cereal

Bijirin yang dihasilkan dengan inspirasi daripada churros Sepanyol. Dibuat daripada tepung gandum yang digoreng dan disaluti dengan campuran gula dan kayu manis untuk memberikan rasa yang manis dan berperisa.

4. Granola Clusters

Campuran oat, kacang-kacang, dan biji-bijian yang dipanggang dengan madu dan mentega sehingga menjadi kelompok-kelompok yang rangup dan manis.

5. Sugar Glazed Pretzels

Pretzels yang disaluti dengan lapisan gula yang manis. Dibuat dengan memasak pretzels biasa dengan campuran gula, mentega, dan sedikit vanila sehingga terhasil salutan yang berkilat dan manis.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply