Honey Butter Biscuit ialah sejenis biskut yang diperbuat daripada tepung gandum, mentega, susu, baking powder, dan garam. Biskut ini kemudiannya akan disapu dengan campuran mentega dan madu yang telah dipanaskan sehingga cair, menjadikannya manis dan berlemak.

Untuk memasaknya, campurkan bahan-bahan kering, kemudian masukkan mentega sejuk yang telah dipotong kecil dan susu. Uli sehingga menjadi doh, kemudian tebuk menggunakan pemotong biskut bulat. Bakar pada suhu 200°C selama 12-15 minit. Sapukan campuran madu dan mentega yang telah dicairkan di atas biskut yang masih panas.

 

1. Resepi Honey Butter Biscuit

Bahan-bahan

  • 2 1/2 cawan tepung self rising (tepung biasa pun boleh)
  • 4 sudu kecil baking powder.
  • Gula pasir 2 sudu besar (suka manis, lebihkan gula)
  • Butter sejuk 115gram (dari peti sejuk biasa terus potong-bukan dalam freezer beku)
  • 140gram susu segar
  • 50gram madu (untuk sapu pada adunan)
  • 50gram butter (untuk sapu pada adunan)

Cara buat Honey Butter Biscuit

  1. Gaul tepung, baking powder, gula pasir & butter sejuk (gaul sampai sebati-jangan jadi doh).
  2. Lepas tu masukkan sedikit demi sedikit susu segar dan gaul sampai sebati.
  3. Masuk adunan ke dalam loyang atau aluminium foil dengan menggunakan sudu/scop-bentuk tak perlu nak bulat sangat.
  4. Cairkan madu & butter atas dapur dan sapukan dekat adunan & masukkan kedalam air fryer atau oven.
  5. Pakai suhu 180 selama 10 minit.
  6. Lepas masak, sapu balik madu & butter cair pada biscuit panas tu.
  7. Siap.

Sumber: Nur Aqilah Jufri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Honey Butter Biscuit Ala-ala Texas Chicken

Bahan-bahan

Bahan A 

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 4sk Baking Powder
  • 2sb Gula
  • 115g butter yang masih sejuk
  • 140g Fresh Milk + 2sk Cuka (mix dan biarkan 2minit)

Bahan B 

  • Honey + Butter

Cara buat Honey Butter Biscuit Ala-ala Texas Chicken

  1. Gaulkan bahan A hingga jadi bread crumb.
  2. Masukkan susu yang dicampur cuka. Gaul mesra. Rehat kan sekejap dalan 5minit.
  3. Scoop kan dengan sudu dan susunkan dalam basket Air Fryer.
  4. Bakar suhu 180’C selama 10 minit.
  5. Siap masak, sapukan campuran Honey + Butter (Bahan B) kat atas biscuit ni. Nak sapu extra pun takpa, sebab nanti dia jadi berkilat dan sedap.
  6. Masuk balik AirFryer dalam 5minit.

Sumber: Hazmira Mahayudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Honey Butter Biscuit

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 4 sudu mentega sejuk
  • 2 sudu madu (kalau nak manis boleh lebihkan)
  • 1/2 cawan cold buttermilk

Bahan- bahan untuk honey-butter glaze

  • 2 sudu mentega
  • 3 sudu madu

Cara buat Honey Butter Biscuit

  1. Campurkan bahan-bahan kering dan gaulkan.
  2. Gaul mentega sejuk sampai jadi texture macam serbuk roti.
  3. Masukkan madu dan tuang buttermilk sedikit demi sedikit dan gaul sampai adunan tak melekat di tangan tapi jangan over.
  4. Sambil tu boleh panaskan oven (200C, 10-15 minit). Scoop/ sudukan doh (saiz agak) atas dulang pembakar.
  5. Sementara tu dalam saucepan boleh panaskan bahan untuk buat honey-butter glaze sampai likat dan sapu di setiap doh tadi dan bakar dalam 20-25 minit.
  6. Agak-agak dalam 5 minit terakhir tu boleh sapu sekali lagi glaze tadi.

Sumber: Nazira Zainal Abidin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Soft Honey Butter Biscuits ala Texas Chicken

Bahan-bahan

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu kecil baking powder
  • Gula 2 sudu besar
  • Butter yang sejuk 115gram (Anchor)

Caa buat Soft Honey Butter Biscuits ala Texas Chicken

  1. Gaul semua bahan sampai jadi bread crumbs.
  2. Masukan 140gm fresh milk & cuka 2 sudu kecil (campurkan dulu sebelum masukkan dalam tepung)
  3. Susun di loyang pakai sudu /tangan bentukkan ikut suka. Jangan padat-padatkan.
  4. Bakar suhu 180’c / 15-20 min.
  5. Lepas masak, topping atas sapukan butter masa panas. Bakar semula sekejap. Keluarkan dan sapukan honey pulak. Nak sapu butter lagi pun boleh.

Sumber: Nida Zainudi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Biskut Pastri Yang Menarik?

Anda jangan lupa untuk cuba resepi yang mudah dan cepat siap ini, selepas ini tak perlu lagi ke Texas Chicken dah jimat kan? Selain honey butter biscuit, anda boleh juga cuba menu-menu yang dicadangkan ini. Mana tahu lebih mudah dari honey butter biscuit? 5 diantaranya adalah:

1. Cream Scones

Cream scones ialah sejenis roti yang dibuat dengan campuran tepung, krim pekat, telur, dan sedikit gula. Hidangan ini popular di kedai-kedai roti mewah dan kafe-kafe bergaya.

2. Butter Croissant

Butter Croissant merupakan pastri berlapis yang diperbuat daripada doh yang dilapis dengan mentega. Pastri ini berasal dari Perancis dan kini menjadi hidangan popular di seluruh dunia.

3. Danish Pastry

Danish Pastry ialah sejenis pastri manis yang diperbuat daripada doh berlapis dengan pelbagai isian seperti krim kastard atau buah-buahan. Pastri ini sangat popular di kedai-kedai roti.

4. Cinnamon Roll

Cinnamon Roll ialah sejenis roti gulung yang diisi dengan campuran kayu manis dan gula perang. Roti ini biasanya disalut dengan icing gula di atasnya.

5. Cheese Biscuit

Cheese Biscuit ialah biskut gurih yang diperbuat daripada tepung, mentega, dan keju. Biskut ini popular sebagai snek dan sering dihidangkan di majlis-majlis.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply