Homemade pizza adalah sejenis hidangan pizza yang disediakan di rumah menggunakan roti yang diadun sendiri dan kemudian dipelbagaikan dengan berbagai bahan hingga menjadi hidangan yang lazat. Ia melibatkan proses membuat adunan sendiri atau menggunakan adunan sedia ada, kemudian dihias dengan sos, keju, dan bahan tambahan pilihan.

1. Resepi Doh Pizza

Bahan-bahan

  • 3cwn tepung high protein
  • 1bji telur
  • 2sd marjerin
  • Setengah peket yis
  • 1sdb susu pekat
  • 1sdk gula castor
  • Stengah cwn air suam.
  • Kalau ada bread softener letak je 1/2sdk (optional)
  • Garam

Cara buat Doh Pizza

  1. Masuk semua bahan dalam breadmaker (bm), biar breadmaker uli. Buka tengok, kalau kurang air tambah je sikit.
  2. Perap hingga naik kembang.
  3. Keluarkan dari bm. Uli memanjang. Potong ikut besar mana kita nak canai. Kalau nak tebal ambik lebih sikit doh. Kalau nak nipis ambik kurang sikit doh.
  4. Canai je dalam loyang Pizza.
  5. Cucuk dengan garpu sebelum di topping supaya angin keluar.
  6. Boleh la start topping.
  7. Panaskn oven 180Bakar 30minit.
  8. Siap.
  9. Dah siap topping pulak dengan sos, mayo dan cheese serbuk yang dibancuh.

Sumber: Iedaa Jahaya dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Pizza Mudah (Tak Perlu Uli)

Bahan-bahan

Bahan 1

  • 1/2 kilo tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu marjerin
  • Gaul semua bagi rata

Bahan 2

  • 1 cwn air suam
  • 3 sudu Gula
  • 3 sudu Susu pekat
  • Setengah peket mauripan

Bahan topping

  • Sos cili
  • Mayonis
  • Isi ketam
  • Sosej
  • Mix veg
  • Nenas kiub
  • Cili benggala
  • Mozarela parut

Cara buat Pizza Mudah (Tak Perlu Uli)

  1. Campur semua tunggu sampai mauripan kembang.
  2. Baru masukan dalam bahan 1 masukan sedikit, agak dah jadi doh yang lembut, jangan lembut sangat, kalau keras tambah air sikit.
  3. Terus je tekan dalam tray atau tudung periuk selepas itu cucuk dengan garpu dan sapu sos cili dan letak topping.
  4. Tunggu hingga pizza naik baru bakar.
  5. Guna api atas bawah suhu 160.

Sumber: Yati Yati dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Pizza Hawaian Chicken

Bahan-bahan

  • Doh Pizza readymade
  • Isi ayam (dipotong dadu)
  • Cendawan butang (dihiris)
  • Bawang holand (dipotong dadu)
  • capsicum hijau
  • Tomato Pure
  • Sos Tiram
  • Sos Cili
  • Serbuk Lada hitam kasar
  • Garam
  • Nanas
  • Sedikit Minyak zaitun/minyak masak (menumis)

Cara buat Pizza Hawaian Chicken

  1. Tumis Bawang holand sehingga naik bau & kekuningan.
  2. Masukkan isi ayam, kacau sebati sehingga isi ayam sedikit masak.
  3. Masukkan 1sb sos tiram.
  4. Masukkan 1sk serbuk lada hitam kasar & kacau sebati.
  5. Masukkan cendawan butang.
  6. Masukkan sedikit garam secukup rasa & kacau sebati sehingga masak dan tutup api.
  7. Sediakan doh, bakar sekejap doh di dalam oven selama 5-10 minit.
  8. Keluarkan doh & sapukan tomato puree dan sedikit sos cili di atas permukaan doh.
  9. Letakkan inti isi ayam yang dah dimasak tadi.
  10. Taburkan sedikit hirisan nanas yang dipotong dadu.
  11. Taburkan sedikit cili capsicum hijau.
  12. Last sekali taburkan cheese di atas permukaan pizza, saya guna campuran cheese parmesan + chedar + mozarrela.
  13. Bakar pizza selama 30 minit dgn suhu 190°c @ mengikut oven masing sehingga masak.

Sumber: Rodzamirawati Rostam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Pizza Simpe dan Express (4 Bahan)

Bahan-bahan

  • Roti Wrap Gardenia
  • Sosej
  • Mozarella Cheese
  • Lada Benggala

Cara buat Pizza Simpe dan Express (4 Bahan)

  1. Letak roti wrap atas baking paper. Letak sos tomato nipis atas roti, kemudian susun sosej yang dihiris nipis.
  2. Kemudian letak secara bebas lada benggala yang dihiris memanjang.
  3. Kemudian tabur mozarella cheese, boleh letak tebal kalau nak. Pastikan jenis keju ni tau sebab jenis lain tiada  efek tertarik.
  4. Okey last sekali, bakar dalam oven dengan kepanasan suhu 150-200 darjah celcius selama 7-10 minit.
  5. Pastikan roti tu agak garing baru angkat.

Sumber: Ahlia Al Fainzi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Menu Pizza Yang Popular?

Bosan jika setiap kali membuat homemade pizza, kita menggunakan topping sosej, keju mozzarella, mayonis dan sos. apa kata cuba pula topping-topping yang sememangnya komersial dan digemari ramai ini. Antara 5 jenis pizza yang dimaksudkan adalah:

1. Pepperoni Pizza

Pepperoni pizza adalah hidangan pizza yang popular dengan peperonni sebagai bahan utamanya. Ia diperbuat daripada adunan pizza yang dihias dengan sos tomato, keju mozzarella, dan kepingan peperonni yang dipotong nipis.

2. Margherita Pizza

Margherita pizza merupakan pizza klasik dari Itali yang menggunakan bahan asas seperti sos tomato, keju mozzarella, dan daun basilik segar. Pizza ini memiliki rasa yang ringkas namun sangat lazat.

3. Hawaiian Pizza

Hawaiian pizza adalah variasi pizza yang menggunakan keju, sos tomato, dan daging ayam atau ham, serta potongan nanas. Ia mempunyai gabungan rasa manis dan masin yang unik.

4. Chicken Supreme Pizza

Chicken Supreme pizza mengandungi keju, sos tomato, ayam yang dipotong, cendawan, bawang, dan barang tambahan seperti lada hijau. Ia menawarkan pelbagai rasa dan tekstur dalam satu hidangan.

5. Vegetarian Pizza

Vegetarian pizza adalah hidangan pizza yang hanya menggunakan sayur-sayuran sebagai bahan topping. Ia biasanya mengandungi cendawan, badam, lada, dan bahan sayur lain di atas keju dan sos.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply