Hati Ayam ialah antara bahan utama yang boleh digunakan dalam masakan. Bahan-bahan yang diperlukan termasuk hati ayam, bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, kicap manis, kicap cair, garam, dan minyak masak.

Untuk memasaknya, mulakan dengan menumis bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga wangi. Kemudian, masukkan hati ayam dan tumis sehingga berubah warna. Tambahkan kicap manis, kicap cair, dan garam. Masak sehingga hati ayam empuk dan kuah pekat. Akhir sekali, masukkan cili padi dan kacau sebentar sebelum dihidangkan.

1. Resepi Masak Kicap Hati Ayam

Bahan-bahan

  • Hati ayam dibersihkan. Gaul garam dan goreng separuh masak
  • Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus.
  • Sebatang serai diketuk
  • Beberapa biji cili padi dibelah (jangan putus)
  • Kicap Mudim
  • Cili kering dikisar
  • Cili sos
  • Tomato sos
  • Beberap helai daun limau purut

Cara buat Masak Kicap Hati Ayam

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar (kecuali cili kisar) dan serai.
  2. Bila naik bau, masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan cili sos, tomato sos dan kicap.
  4. Tambah sedikit air.
  5. Akhir sekali masukkan hati ayam yang telah digoreng bersama daun limau purut dan cili padi.
  6. Biarkan kering sedikit.
  7. Ok dah siap.

Sumber: Zainab Abu Bakar dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

2. Resepi Rendang Hati Ayam & Kacang Panjang

Bahan-bahan

  • Blend halus – cili kering + bwg merah + bwg putih + halia + lengkuas + serai
  • Santan
  • Hati + Pedal + Jantung Ayam
  • Kicap manis
  • Kerisik sedikit
  • Kacang panjang – potong kasar
  • Cili merah – hiris kasar
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat Rendang Hati Ayam & Kacang Panjang

  1. Tumis bahan blend hingga pecah minyak.
  2. Masukkan hati + pedal + jantung ayam.
  3. Masukkan santan.
  4. Masukkn kicap manis.
  5. Masak sehingga kering.
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
  7. Masukkan kerisik.
  8. Masukkan cili hiris & kacang panjang.
  9. Gaul mesra.

Sumber: Ogyep Manap dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

3. Resepi Hati Ayam Masak Kicap Lada Hitam

Bahan-bahan

  • ½ kilo hati ayam (cuci bersih dengan tepung gandum, rebus sekejap dan toskan buang airnya)
  • 1″ halia*
  • 5 ulas bwang putih*
  • 15 biji cili padi*
  • 1 labu bwang besar *
  • 2 sb lada hitam* (bahan bertanda* tumbuk @ blend )
  • 2 labu bwg besar potong bulat
  • 2 btg lada merah besar potong memanjang
  • 10 btg kacang buncis dipotong
  • 4 sdb kicap manis
  • 4 sdb kicap masin
  • 4 sdb sos tiram
  • 2 sk cuka

Cara buat Hati Ayam Masak Kicap Lada Hitam

  1. Hati ayam yang telah direbus, gaul kunyit garam, goreng smpai garing.
  2. Angkat dan ketepikan.
  3. Lebih minyak goreng hati ayam, tumiskan bahan tumbuk @ blend tadi.
  4. Masak hingga garing dan masukkan semua jenis kicap.
  5. Masukkan cuka dan rasakan garamnya.
  6. Masukkan hati ayam dan gaulkan sebati.
  7. Last masukkan bawang dan kacang buncis.
  8. Diikuti cili merah besar.
  9. Gaul sebati dan tutup api.

Sumber: Uwan Nolly Epin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Hati Ayam Goreng Manis

Bahan-bahan

  • 500gm hati
  • Serai titik 2 batang
  • Bawang Merah sebiji, hiris.
    **Bawang merah 3 biji
    **Bawang putih 5 ulas
  • Cili kisar 3 sudu
  • **Halia 1 inci
  • Rempah kari daging 1 sudu besar
  • **ketumbar 1 sudu besar
  • **jintan manis stengah sudu kecil
  • **jintan kasar stengah sudu kecil
  • Lada hitam sikit
  • **Kunyit sikit

Cara buat Hati Ayam Goreng Manis

  1. ** Blend bahan bertanda **
  2. Tumis serai & bawang hiris sampai layu, tumis bahan blend sampai masak dan naik minyak.
  3. Tambah garam gula dan masukkan hati.
  4. Hati dibersihkan dan rebus sekejap dengan halia sehiris dua dan toskan.

Sumber: Alyah Insyirah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Masakan Hati Ayam, Apa 5 Masakan Lain yang Boleh Dicuba?

Selain Menu Hati Ayam, terdapat pelbagai masakan lain yang juga popular di Malaysia. Antara 5 menu yang sering menjadi pilihan ramai adalah seperti berikut:

1. Paru Goreng

Paru Goreng ialah hidangan yang menggunakan paru-paru lembu yang digoreng sehingga garing. Paru-paru lembu dibersihkan dan direbus terlebih dahulu dengan rempah-rempah seperti daun salam dan serai. Kemudian, paru dipotong nipis dan digoreng dengan minyak panas sehingga garing. Hidangan ini biasanya dihidangkan dengan sambal kicap sebagai pencicah.

2. Rendang Daging

Rendang Daging ialah hidangan tradisional Melayu yang terkenal. Daging lembu dipotong dadu dan dimasak perlahan-lahan dalam santan dan rempah-rempah seperti serai, kunyit, halia, dan cili kering. Proses memasak yang panjang menghasilkan daging yang lembut dengan kuah yang pekat dan berempah.

3. Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah ialah hidangan ayam yang dimasak dalam sos merah yang manis dan pedas. Ayam digoreng separuh masak sebelum dimasak dalam sos yang dibuat daripada tomato, cili merah, bawang merah, dan bawang putih. Hidangan ini mempunyai rasa yang seimbang antara manis, masam, dan pedas.

4. Sambal Udang

Sambal Udang ialah hidangan popular yang menggabungkan udang segar dengan sambal yang pedas. Udang dimasak dalam sambal yang dibuat daripada cili, bawang merah, bawang putih, dan belacan. Hidangan ini biasanya mempunyai rasa yang pedas dan sedikit manis dari tambahan gula atau santan.

5. Daging Masak Kicap

Daging Masak Kicap ialah hidangan daging lembu yang dimasak dalam sos kicap yang pekat. Daging dipotong nipis dan dimasak dengan bawang merah, bawang putih, halia, dan cili dalam campuran kicap manis dan kicap cair. Hidangan ini mempunyai rasa yang manis dan masin, dengan tekstur daging yang lembut.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply