Gulai udang adalah hidangan berkuah yang diperbuat daripada udang yang dimasak dengan santan kelapa dan rempah ratus. Bahan-bahan utama termasuk udang segar, santan kelapa, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili kering, daun kari, serai, dan garam secukup rasa.
Cara memasak dimulakan dengan menumis bahan-bahan kisar sehingga wangi, kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Setelah itu, masukkan udang dan masak sehingga udang masak sepenuhnya. Perasakan dengan garam mengikut citarasa.
1. Resepi Gulai Udang Tumis Darat
Bahan-bahan
- Udang
- Santan
- Kentang
- Kacang buncis
- Rempah kari ikan.
Menumis
- Bawang besar
- Bawang putih
- Daun kari
Cara buat Gulai Udang Tumis Darat
- Rebus ketang dengan air dan rempah, agak dah empuk masuk kacang buncis dan rebus lagi.
- Dah mendidih masukan santan dengan udang, masuk serbuk perasa dengan garam, dah mendididh kacau siap.
- Tumis bahan tumis tadi dengan sikit minyak, dah garing masuk dalam gulai tadi dan siap.
Sumber: Ismah Izzati dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Gulai Udang Berkacang Buncis
Bahan-bahan
- 300-400 gram udang
- 3-4 biji bawang merah dimayang
- 2 ulas bawang putih dimayang
- 1 tangkai daun kari
- 1 peket serbuk kari udang atau daging
- santan pekat RM2
- 10-15batang kacang buncis
- Garam secukup rasa
Cara buat Gulai Udang Berkacang Buncis
- Panaskan minyak dalam kuali atau periuk.
- Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
- Masukkan rempah yang dicampur dengan sedikit air.
- Masak rempah sehingga pecah minyak dan hilang bau rempah.
- Masukkan kacang buncis yang telah dipotong dua.
- Bila kacang buncis dah masak, masukkan sedikit santan bersama sedikit air.
- Bila dah mendidih masukkan lebihan santan, udang dan garam.
- Didihkan sebentar dalam 2 minit, tutup api, sedia dihidangkan.
- Untuk dapatkan rasa manis udang jangan masak terlalu lama, baru dapat rasa manisnya udang tersebut.
Sumber: Inson Shon dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Udang Masak Lemak@Gulai Kuning Udang Kelantan
Bahan-bahan
- 15-20 ekor udang sederhana besar
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 cawan santan pekat
- 1 sdt serbuk kunyit/kunyit hidup
- 1 sdb cili boh/cili kisar
- 1 batang timun
- Kacang panjang
- 7-8biji belimbing buluh
- Asam keping
- 3 biji lada besar hijau/ lada hijau kelantan
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit gula melaka
Cara buat Udang Masak Lemak@Gulai Kuning Udang Kelantan
- Bawang merah, bawang putih, cili kering dan kunyit dikisar sehingga lumat.
- Campurkan semua bahan yang diblend ke dalam periuk bersama santan. Masukkan asam keping dan gula melaka. Biarkan menggelegak.
- Masukkan udang, timun, kacang panjang, lada besar hijau dan biarkan masak seketika.
- Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
Tips: nak kuah lemak cantik tak pecah minyak selalu kacau.
Sumber: Cik Puan Ain dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Udang Gulai Lemak Cili Api Tempoyak
Bahan-bahan
- Udang
- Kacang panjang
- Santan
- *Cili api
- *Kunyit hidup
- Tempoyak
- Garam
- Gula sikit
- Asam keping
*Blend cili api & kunyit hidup
Cara buat Udang Gulai Lemak Cili Api Tempoyak
- Lebur semua kecuali tempoyak, garam & gula (asam keping pun kemudian sebab rasa dulu tahap kemasaman gulai)
- Kalau tempoyak dah rasa masam naturally tak perlu masam sangat, tak payah letak asam keping.
- Tunggu udang & kacang separuh masak, baru masukkan tempoyak, garam dan gula.
- Tunggu hingga mendidih baru tutup api dan masak udang/kacang.
- Tips masak gulai orangnegeri sembilan, masak guna api kecik supaya santan tak pecah minyak (gulai cantik)
Sumber: Fairus Rosli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Gulai Udang, Apa Hidangan Makanan Laut Yang Popular?
Selain Gulai udang, terdapat pelbagai hidangan makanan laut lain yang juga popular di Malaysia. Antara 5 hidangan makanan laut yang sering menjadi pilihan ramai adalah seperti berikut:
1. Kari Ketam
Kari ketam adalah hidangan yang menggunakan ketam sebagai bahan utama yang dimasak dalam kuah kari pekat. Hidangan ini menggunakan rempah kari, santan, dan pelbagai herba tempatan untuk menghasilkan rasa yang kaya.
2. Asam Pedas Ikan Pari
Asam pedas ikan pari merupakan masakan yang menggabungkan rasa pedas dan masam. Hidangan ini menggunakan ikan pari yang dimasak dengan asam jawa, cili, dan rempah ratus tempatan.
3. Masak Lemak Sotong
Masak lemak sotong adalah hidangan yang mana sotong dimasak dalam santan yang pekat dengan kunyit dan cili. Hidangan ini popular di seluruh Malaysia terutamanya di kawasan pantai.
4. Fish Head Curry
Fish Head Curry ialah hidangan yang menggunakan kepala ikan merah atau siakap yang dimasak dalam kuah kari yang pekat. Masakan ini menggabungkan rempah ratus tempatan dengan santan untuk menghasilkan rasa yang unik.
5. Butter Prawn
Butter Prawn adalah hidangan udang yang digoreng dan disalut dengan sos mentega yang krimi. Masakan ini popular di restoran makanan laut dan biasanya dihiasi dengan serpihan telur masin dan daun kari yang rangup.