Gulai Ikan Tongkol ialah hidangan tradisional yang menggunakan ikan tongkol yang dimasak dalam kuah santan yang pekat dan berempah. Bahan-bahan utama termasuk ikan tongkol, santan, serai, kunyit, halia, bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kunyit, asam keping dan garam secukup rasa.

Cara masak yang ringkas bermula dengan menumis bahan kisar sehingga wangi, kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Masukkan ikan tongkol yang telah dibersihkan dan dipotong, tambah asam keping dan daun kunyit. Masak sehingga ikan masak dan kuah pekat, perasakan dengan garam.

1. Resepi Gulai Ikan Tongkol Kelantan

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan tongkol sederhana besar
  • 1/2 kilo santan pekat
  • Asam keping
  • Garam
  • Gula
  • Cili merah hijau dan cili padi

Bahan kisar

  • 10 biji cili kering
  • 2 biji bawang merah besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup

Cara buat Gulai Ikan Tongkol Kelantan

  1. Potong ikan mengikut saiz yang diingini dan rebus dengan asam keping, garam dan gula.
  2. Campurkan 1/2 gelas santan dengan bahan kisar dan kisar.
  3. Campur santan pekat dengan 5 gelas air. Rebus hingga mendidih.
  4. Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Masukkan garam dan gula dan biarkan mereneh.
  5. Masukkan ikan yang dah direbus tadi bersama kuahnya sekali.
  6. Apabila kuah sudah naik minyak dan berkilat, masukkan cili besar dan cili padi. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Azizah Daud dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol

Bahan-bahan

  • Ikan tongkol (direbus dahulu)
  • Asam keping
  • Garam & serbuk perasa
  • Cuka

Bahan untuk kuah

  • Cili merah
  • Bawang merah
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Biji ketumbar kisar
  • Asam keping
  • Garam & perasa
  • Gula
  • Santan

Cara buat Gulai Kuning Ikan Tongkol

  1. Rebus ikan bersama asam keping, garam dan perasa. Rebus sehingga air hampir kering. Untuk lebih sedap, biarkan semalaman.
  2. Kisar bahan untuk kuah kecuali santan.
  3. Masukkan bahan ke dalam santan, masak dengan api kecil hingga menggelegak. Kacau selalu.
  4. Masukkan ikan yang sudah direbus, asam keping, garam, perasa dan gula.
  5. Masak sehingga pecah minyak.
  6. Jika suka, boleh masukkan timun yang dihiris, cili hijau atau kacang panjang yang dipotong. Siap untuk dihidang.

Sumber: Khairun Nisa Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk

Bahan-bahan

  • Ikan tongkol
  • 1/2 keping asam keping
  • Garam dan gula
  • Santan
  • Timun, kacang panjang atau cili hijau (jika suka)

Bahan kisar

  • 5-6 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sk rempah biji ketumbar

Cara buat Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk

  1. Rebus ikan dengan air, asam keping dan garam.
  2. Kisar semua bahan dan masukkan ke dalam santan.
  3. Masak dengan api kecil hingga mendidih. Kacau sentiasa supaya kuah santan tidak berketul.
  4. Masukkan ikan rebus, asam keping dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan timun, cili hijau dan kacang panjang.

Sumber: Azlinda Lin dari Masak Apa Hari Ni

Apa Lagi Makanan Tradisional Berasaskan Ikan Yang Popular?

Selain gulai, ikan merupakan bahan yang sangat mudah dipelbagaikan rasa. Oleh itu, banyak menu tradisional berasakan ikan yang popular. 5 antara menu ikan yang popular adalah:

1. Kari Ikan Tenggiri

Kari Ikan Tenggiri ialah masakan yang menggunakan ikan tenggiri dimasak dengan rempah kari yang kaya dan santan. Hidangan ini popular di seluruh Malaysia dan mempunyai rasa yang lebih pedas berbanding gulai.

2. Masak Lemak Cili Padi Ikan Selar

Ikan Selar yang dimasak dalam kuah santan dengan cili padi yang memberi kepedasan yang unik. Masakan ini merupakan hidangan yang popular di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia.

3. Asam Pedas Ikan Pari

Hidangan yang terkenal terutamanya di Melaka dan Johor, menggunakan ikan pari yang dimasak dalam kuah asam yang pedas dengan bunga kantan dan daun kesum sebagai perisa utama.

4. Kari Kepala Ikan

Hidangan yang popular dalam komuniti Malaysia, menggunakan kepala ikan merah atau ikan siakap yang dimasak dalam kuah kari yang pekat dengan sayur-sayuran seperti terung, kacang panjang dan tomato.

5. Ikan Bakar

Hidangan yang menggunakan pelbagai jenis ikan segar yang dibakar dengan sapuan sos sambal belacan. Ikan dicampur dengan pelbagai rempah sebelum dibakar untuk mendapatkan rasa yang lebih enak.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply