Gulai daging adalah hidangan yang mempunyai rasa rempah ratus dan kuah santan yang pekat. Hidangan ini sering menjadi sajian utama dalam majlis keraian dan juga kenduri. Kuah gulai ini dibuat daripada santan dan juga kerisik yang menjadikan kuah ini lebih pekat dan berlemak.

Pelbagai rempah ratus yang digunakan dalam hidangan ini seperti serbuk kari, jintan manis, jintan putih, ketumbar, dan serai. Semua rempah ini digaul bersama cili kisar, bawang, halia, dan lengkuas untuk menaikkan lagi aroma gulai daging. Gulai daging sangat sesuai jika dipadankan bersama kentang, nangka muda dan juga daun ubi. Lebih enak jika anda menggunakan bahagian daging yang berlemak seperti tetel atau daging batang pinang.

1. Resepi Gulai Daging dan Umbut Pisang

Bahan-bahan Gulai Daging dan Umbut Pisang

  • Rempah kari
  • Kerisik
  • Serai *
  • Lengkuas*
  • Halia*
  • Bawang putih*
  • Bawang merah*

Cara nak buat Gulai Daging dan Umbut Pisang

  1. Bahan yang bertanda * di kisar halus.
  2. Bahan blend campur rempah kari dan kerisik jadikan pes.
  3. Bawang merah + bawang putih + 4sekawan + daun kari tumis sampai naik bau.
  4. Masuk bahan pes tadi.
  5. Pecah minyak elok masuk daging sampai daging dah kering air pecah minyak balik masuk santan.
  6. Bila daging dah empuk terus masuk umbut pisang.
  7. Perasakan garam gula aji
  8. Umbut dah empuk dah lembut siap

Sumber: Zuryati Omar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Gulai Daging dan Ubi Kentang

Bahan-bahan Gulai Daging dan Ubi Kentang

  • 800 dgg*
  • 2pekat kecil rempah kari daging*
  • Sejemput ketumbar dan sejemput halba campur (di sangai)*
  • 5bj bawang merah + 1inci halia

Cara nak buat Gulai Daging dan Ubi Kentang

  1. Kisar bahan bertanda * bersama dan tumis (guna minyak lebih sikit ya masukkan daging biar rempah mesra bersama daging tumis bersama sampai pecah minyak dan daging empuk)
  2. Dah empuk daging masukkan gula garam sikit ikut sesedap rasa.
  3. Letak kentang dan masak lagi sampai kentang empuk tambah sikit air kalau perlu.
  4. Saya tak letak santan.

Sumber: Siti Hasnah AR dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Gulai Daging, Apakah Resepi Daging Yang Sedap Untuk Di Cuba?

Selain gulai daging, terdapat banyak lagi resepi yang sedap dan mudah berasaskan daging. Kalau anda tak ada idea dengan resepi daging, di sini kami sertakan 4 resepi mudah dan sedap untuk anda cuba.

1. Daging Masak Hitam

Resepi ini menggunakan daging yang dimasak dengan kicap pekat dan bahan-bahan rempah seperti bunga lawang dan kulit kayu manis. Mempunyai rasa manis, pedas, dan berempah. Selalu dijumpai ketika majlis keraian atau kenduri.

2. Rendang Daging

Rendang daging dibuat dari daun kunyit, kerisik, dan rempah ratus. Rendang akan dimasak dengan perlahan sehingga kuah menjadi pekat dan daging menjadi empuk. Sesuai dimakan bersama nasi impit dan juga pulut kuning. Rendang daging sering menjadi pilihan makanan ketika Hari Raya.

3. Daging Goreng Kunyit

Resepi daging yang paling mudah nak buat. Daging akan dihiris nipis, diperap dengan kunyit dan garam, kemudian digoreng bersama bawang besar, cili padi, dan serai. Sangat ringkas dan lazat. Boleh juga ditambah dengan apa sahaja jenis sayuran yang anda suka.

4. Sup Daging

Sup daging adalah masakan campuran rempah seperti jintan manis, kulit kayu manis, dan cengkih. Sup daging atau sup tulang sesuai dimakan dengan nasi atau roti. Cukup sedap. Nak lagi harum boleh letak daun sup sebagai penyeri hidangan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply