Gulai ayam merupakan hidangan tradisional Melayu yang terdiri daripada ayam dimasak dalam kuah berkrim yang kaya rempah-rempah. Hidangan ini biasanya menggunakan campuran rempah seperti jintan manis, jintan putih, lada hitam, dan serbuk kunyit yang memberikan perisa yang mendalam dan kompleks kepada masakan.

Untuk menyediakan gulai ayam, bahan utama termasuk ayam yang dipotong, santan pekat, bawang merah, bawang putih, halia, dan daun kari. Proses memasak melibatkan menumis bahan rempah sehingga wangi, kemudian memasukkan ayam dan santan, serta dimasak sehingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat.

1. Resepi Gulai Ayam Terengganu Style

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Santan sederhana pekat
  • Rempah cap bunga rose (Ikot nisbah rempah gulai : rempah masak 2:1)
  • Rempah gulai 2 sudu besar
  • Rempah masak 1 sudu besar
  • 3 sudu besar cili boh
  • 2 biji ubi kentang
  • Nisan kerek @ gula melaka
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam

    *Bawang merah

    *Bawang putih

    *1 inci kunyit hidup

    *1 inci halia

    *1 inci lengkuas
  • Kisar halus bahan bertanda *

Cara buat gulai ayam Terengganu style

  1.  Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan rempah dan kacau sebati.
  4. Masukkan ayam dan kacau rata.
  5. Masukkan air dalam 1 cawan.
  6. Masukkan nisan @ gula melaka dan asam keping kemudian gaul rata.
  7. Tutup periuk dan biarkan dalam lebih kurang 5 minit.
  8. Bukak penutup periuk dan masukkan santan (Masa ni jangan tutup periuk lagi dah sampai siap meggulai).
  9. Bila dah mendidih, masukkan ubi kentang, kerisik, dan garam kemudian masak hingga ubi kentang empuk.
  10.  Perlahankan api dapur dan reneh dalam 7/8 minit.
  11.  Bila dah terbit minyak, tutup api dapur.
  12.  Sedia dihidang

Sumber: Siti Noor Hidayah Samah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Gulai Ayam Kampung

Bahan-bahan

  • Bawang holland, bawang putih, halia ,serai, kunyit hidup, lengkuas (kisar)
  • Lada kering kisar
  • Lada/cili boh
  • Serbuk kunyit
  • Rempah 4 beradik- kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pala
  • Asam gelugur/asam keping
  • Rempah gulai cap bunga ros
  • Rempah masak cap bunga ros
  • Serbuk kari pior satu malaysia
  • Serbuk kari adabi

Cara buat gulai ayam kampung

  1. Semua bahan ni gaul sebati dengan ayam. Letak garam. Masak guna api sederhana untuk proses mati air. Supaya ayam empuk, lembut, sebati rasa rempah semua. Tidak perlu tumis.
  2. Bila ayam dah empuk masukan kerisik dan baru letak air. Kalau ayam pencen masa ni kena tambah air untuk bagi dia lembut.
  3. Selepas itu,  masuk nisan dan santan. Kalau suka boleh tambah cili ke, lada besar atau hirisan bawang holland sebagai penambah meriah gulai.

Tips: masa mati air tadi tambah sedikit halba dalam ayam tu untuk bg gulai lagi sedap. Secubit dua pun dah cukup.

Sumber: Angeline Akan dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Gulai Ayam Kelantan

Bahan-bahan

  • Bahan kisar
  • 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 1 ulas bawang putih saiz kecil
  • 3 hiris nipis serai
  • 1/2 hiris nipis lengkuas
  • 1/2 hiris nipis halia
  • 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis

Cara buat gulai ayam Kelantan special

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan 4 sekawan.Kemudian tuang bahan kisar tadi.
  2. Selepas tumisan bawang naik bau, masukkan 1/2 sudu besar cili kisar.
  3. 2 sudu besar rempah kari

    – 1/2 sudu besar rempah kerutuk

    – 1/3 sudu kecil kecil serbuk cili

    Untuk merasai sendiri keenakan gulai yang mempunyai rasa asli, sedap dan wangi bolehlah menggunakan rempah timbang yang dibeli di Kelantan.
  4. Masukkan ke dalam periuk. Gunakan api perlahan. Kacau sehingga terbit sedikit minyak
  5. Masukkan 1 cawan air.
  6. Masukkan perasa peringkat pertama;

    – 1/2 relung kecil nisse

    – 1/2 sudu besar garam

    – sedikit perasa
  7. Tutup seketika periuk. Biarkan pes pecah minyak kira-kira 3-5 minit dalam api perlahan.
  8. Susun ayam yang telah dikelar dan balik-balikkan bersama pes tadi. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh dalam api perlahan. Air akan keluar dari proses kecutan ayam.
  9. Tambah 2 senduk santan.
  10. Masukkan sedikit air untuk menghasilkan kepekatan kuah yang cantik dan kerisik.
  11. Perasakan buat kali kedua; garam, gula yang disesuaikan kuantiti mengikut citarasa sendiri.
  12. Biar kuah masak sehingga mendidih beberapa kali dalam api perlahan sebelum ditutup apinya.

Sumber: Afy AL Habibi dari Masak Apa Hari Ni

 

Aneka Menu Berasaskan Ayam.

Selain gulai ayam, ada beberapa lagi masakan gulai yang juga menarik dan sedap. 3 diantaranya adalah:

1. Gulai Udang

Gulai udang menggunakan udang sebagai bahan utama dan mempunyai rasa yang sama seperti gulai ayam, dengan kuah santan yang kaya rempah dan berkrim.

2. Gulai Kambing

Hidangan ini menggunakan daging kambing yang dimasak dengan rempah-rempah yang sama, menghasilkan kuah yang pekat dan berperisa kuat.

3. Gulai Ikan

Gulai ikan menggunakan pelbagai jenis ikan seperti tenggiri atau kembung, dimasak dalam kuah santan yang berlimpah rempah.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply