Goreng pisang cheese merupakan variasi tradisional goreng pisang yang diperkaya dengan keju. Ia adalah makanan ringan popular yang menghasilkan kombinasi rasa manis pisang dengan keenakan keju yang meleleh.

Bahan utama termasuk pisang yang telah matang, tepung, keju, dan bumbu tambahan. Untuk menyediakannya, pisang dicelup dalam adunan tepung kemudian digoreng sehingga berwarna keemasan, seterusnya ditaburi keju parut atau disalut keju.

1. Resepi Pisang Goreng Cheese

Bahan-bahan

  • 7 biji pisang kepuk – kupas dan belah 2 memanjang
  • 6 sb tepung gandum
  • 3 sb tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1 sb mentega
  • Sedikit pewarna kuning
  • Air untuk bancuhan secukupnya
  • Keju yang diparut
  • 2 sb susu pekat manis
  • 2 sb mentega

Cara buat Pisang Goreng Cheese

  1. Bancuh tepung gandum, tepung beras, telur, garam dan mentega bersama air hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  2. Tambahkan sedikit pewarna kuning dan kacau sebati. Rehatkan bancuhan tepung ini sekejap.
  3. Panaskan minyak dan celupkan pisang dalam tepung tadi dan goreng secara terendam hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Buat langkah 3 ini hingga habis.
  4. Dalam kuali yang lain pula panaskan mentega hingga cair, masukkan susu pekat. Kacau sebati.
  5.  Masukkan sedikit keju parut dan kacau lagi. Kemudian gaulkan dengan pisang tadi.
  6. Angkat pisang dan letakkan di bekas yang sesuai dan taburkan lebihan keju parut tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Salina Sari Ghazali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Goreng Pisang Cheese Coklat Rice

Bahan-bahan

Bahan pisang goreng

  • 1 sisir pisang
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 3 sudu majerin
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna kuning telur
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan tabur

  • Cheddar cheese
  • Chocolate rice
  • 1/3 cawan susu pekat
  •  3 sudu butter

Cara buat Goreng Pisang Cheese Coklat Rice

  1. Kupas pisang dan belah dua.
  2. Bancuh bahan lain sehingga sebati.
  3. Celup pisang dalam tepung dan goreng hingga garing. Pastikan api sederhana.
  4.  Panaskan susu pekat dalam periuk kecil dan masukkan butter kacau sebati.
  5.  Siap dihidang letakkan pisang goreng di dalam.pinggan dan curahkan campuran susu dan butter tadi dan parutkan cheese dan taburkan chocolate rice.

Sumber: Yuihanna Abdul Rani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Pisang Goreng Cheese Mudah

Bahan-bahan

  • Pisang yg sedang
  • 1 1/2 cwn tepung gandum*
  • 1 sudu tepung beras*
  • 1 sudu tepung goreng adabi*
  • 1 sudu kecil kapur mkn*
  • 2-3 sudu gula*
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit*
  • Secubit garam*
  • 1 senduk minyak msk*

    Air secukupnya *
  • Minyak masak untuk menggoreng secukupnya

Bahan hiasan

  • Susu pekat secukupnya
  • Cheese secukupnya

Cara buat Pisang Goreng Cheese Mudah

  1. Gaul semuanya yang brtanda.
  2. Goreng hingga keemasan.
  3. Curahkan susu pekat atas pisang goreng.
  4. Parutkan cheese di atasnya.

Sumber: Dayang EsmaJuliana Ag Marali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Goreng Pisang Creamy Cheese

Bahan-bahan

  • Cream cheese tatura
  • Gula ikut suke kemanisan yang dikehendaki
  • Whipped cream 1kotak kecik
  • Susu pekat 1 sudu
  • Susu cair sikit untuk cairkan kuah

Cara buat Goreng Pisang Creamy Cheese

  1. Pukul cream cheese +gula sampai kembang.
  2. Masukkan whiped cream +susu pekat.
  3. Pukul sebati sampai kembang dan gebu last masuk susu cair ikut kecairan kuah yang dkehendaki.

Sumber: Azlina Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Variasi Menu Pisang

Selain goreng pisang cheese, pisang juga boleh diolah menjadi pelbagai menu yang menarik. Ini antara menu menarik menggunakan pisang:

1. Pisang Goreng Bijan

Pisang yang dicelup dalam salutan tepung dan bijan, memberikan rasa manis lemak yang berbeza berbanding goreng pisang cheese. Ia menawarkan pengalaman berbeza dalam menikmati pisang goreng tradisional.

2. Pisang Rebus

Pisang hijau yang direbus bersama kulitnya sekali. Memberikan kelembapan dan kemanisan yang unik. Ia enak dimakan bersama gula perang dan kelapa parut yang digaul dengan garam dan gula.

3. Pisang Coklat

Pisang masak ranum yang dicelup kedalam coklat dan dibekukan. Perisa tambahan seperti chocolate rice atau marshmallow menambah lagi tekstur dan kemanisan buah pisang. Sesuai dijadikan pencuci mulut sewaktu majlis hari jadi atau selepas makan tengahari.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply