Pisang goreng merupakan makanan ringan tradisional Malaysia yang diperbuat daripada pisang yang dicelup ke dalam adunan tepung dan digoreng sehingga kekuningan. Ia adalah antara makanan jalanan popular yang lazat dan mudah disediakan di seluruh negara.
1. Resepi Goreng Pisang Tak Berminyak
Resepi adalah untuk 2 sikat pisang.
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
- 1 biji telur
- 2 sb marjerin
- 1 sk garam halus
- 1 sk yis (tidak perlu dibancuh)
- 1 sb minyak masak
- 1/2 sk pewarna kuning
- 1 1/2 cawan air sejuk (peti sejuk)
Cara buat goreng pisang
- Campurkan semua bahan sekaligus dan kacau hingga sebati.
- Biarkan adunan seketika.
- Potong pisang, belah kepada 3 bahagian.
- Panaskan minyak, celup pisang dan goreng sehingga masak.
Sumber: Wisya Wani dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Goreng Pisang Rangup
Bahan-bahan
- Pisang
- 10 sudu tepung beras
- 10 sudu tepung jagung
- 10 sudu tepung ubi
- 1 sudu gula
- 1/2 sudu garam
- 1/2 sudu kapur makan
- 1/2 sudu serbuk kunyit / pewarna kuning
- 1 biji telur
- Air secukupnya
Cara buat goreng pisang
- Masukkan tepung, gula, garam, kapur, telur dan serbuk kunyit. Kacau rata.
- Masukkan air dan kacau sebati. Pastikan adunan tak pekat dan tak cair.
- Perasakan dengan garam dan gula ikut citarasa anda.
- Panaskan minyak yang banyak, pastikan minyak betul-betul panas.
- Celup pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga masak.
Sumber: Fara Dhilla dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Goreng Pisang Rangup Sedap
Bahan-bahan
- 400ml air (200ml air panas mendidih, 200ml air sejuk)
- 220g tepung gandum
- 50g tepung beras / jagung
- 100g marjerin
- 1 sk serbuk kunyit
- 1 1/4 sk garam
Cara buat goreng pisang
- Cairkan marjerin menggunakan air panas.
- Masukkan tepung dan semua bahan lain. Kacau rata.
- Panaskan minyak, celup pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga masak.
Tips: Untuk rangupkan lagi goreng pisang, sejukkan bancuhan terlebih dahulu baru digoreng.
Sumber: Idayu Zainudin dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Menu Enak Menggunakan Pisang?
Goreng pisang atau pisang goreng? Mana-mana pun, yang pasti sangat enak dinikmati semasa minum petang. Di sini kami kongsikan beberapa lagi menu enak yang menggunakan pisang sebagai bahan utama.
1. Cekodok Pisang
Cekodok merupakan makanan ringan yang dibuat daripada pisang yang dicampurkan dengan tepung dan dibentuk sebagai bebola kecil sebelum digoreng. Ia mempunyai tekstur lembut dan mempunyai rasa manis semulajadi daripada pisang.
2. Putu Pisang
Putu pisang ialah makanan tradisional yang menggunakan pisang sebagai bahan utama, dikukus dalam acuan khas dan kemudian boleh digoreng. Ia mempunyai rasa manis semulajadi pisang yang kuat.
3. Banana Fritters
Banana fritters merupakan variasi antarabangsa pisang goreng yang mempunyai teknik penyediaan hampir sama dengan pisang goreng tempatan. Ia biasanya dihidangkan dengan taburan gula di atasnya.
4. Pisang Rebus
Pisang rebus merupakan menu pisang hijau yang belum masak ranum direbus bersama kulitnya sekali. Cara memakannya adalah dengan membuang kulit lalu dicicah dengan gula perang yang telah dicampur bersama garam dan kelapa parut.