Gochujang adalah pes cili Korea yang dibuat daripada cili merah, beras pulut, kacang soya dan garam. Ia merupakan salah satu bahan asas dalam masakan Korea yang memberi rasa pedas dan manis sekaligus.

Untuk membuat gochujang, campurkan serbuk cili merah Korea, tepung beras pulut, serbuk kacang soya, garam dan gula perang. Kemudian, tambah air panas sedikit demi sedikit sambil mengacau sehingga sebati. Simpan dalam bekas kedap udara dan biarkan pada suhu bilik selama 2-3 minggu untuk proses penapaian.

1. Resepi Gochujang Homemade Pes

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 3 1/2 cawan air biasa
  • 2 cawan kochugaru / serbuk cili (sy guna cap Motocar + Kochugaru)
  • 1/3 cawan gula perang
  • 1/2 cawan garam laut / bukit
  • 1 cawan madu

Cara buat gochujang

  1. Campurkan tepung pulut dan air biasa. Gaul sebati menggunakan whisk sehingga tiada ketulan.
  2. Masak dan sentiasa kacau sehingga pekat atas api sederhana.
  3. Campurkan bahan-bahan lain dan kacau sekata.
  4. Masak selama lebih 30 minit sehingga hilang bau serbuk cili.
  5. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas dan tahan sehingga 6 bulan.

Sumber: Atikah Yusof dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Gochujang Pedas

Resepi ini sangat sesuai untuk digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Buat banyak pun boleh. Lebih lama simpan, lebih sedap!

Bahan-bahan

  • 1 sudu besar tepung pulut
  • 1 sudu besar taucu masin (lenyek dan jadikan pes)
  • 2 paket kecil serbuk cili
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar madu
  • Air

Cara buat gochujang

  1. Bancuh tepung pulut bersama air dan masak di atas periuk sehingga menjadi bubur. Padamkan api.
  2. Semasa bubur masih panas, masukkan serbuk cili dan gaul sebati.
  3. Masukkan pes taucu, kicap pekat, kicap cair dan madu.
  4. Gaul sebati sehingga likat.
  5. Simpan di dalam peti sejuk dan sedia digunakan.

Sumber: Zurina Zulkefli dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Gochujang Stevia

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 cawan air
  • 5 sudu besar taucu + 5 sudu besar air (dikisar bersama)
  • 1/2 – 1 sudu teh minyak bijan
  • 6-7 sudu besar serbuk cili
  • 1/2 sudu besar madu
  • 5 titik stevia
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Sedikit garam

Cara buat gochujang

  1. Masak tepung pulut dengan air sehingga likat, kacau sebati.
  2. Masukkan taucu yang sudah dikisar, kacau rata.
  3. Masukkan serbuk cili dan kacau lagi.
  4. Tuangkan minyak bijan dan kacau.
  5. Masukkan madu dan kacau lagi.
  6. Tambahkan kicap dan kacau sebati.
  7. Sejukkan dan siap.

Sumber: Leen Rijal dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Gochujang Seafood

Resepi ini boleh dimakan bersama nasi putih. Boleh juga digunakan untuk perencah nasi goreng, panggang, sup atau ayam goreng Korea.

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang
  • 1 ekor sotong
  • 2 biji cendawan enoki
  • 1 biji bawang Holland (dihiris)
  • Daun bawang

Bahan-bahan sos

  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 6 sudu besar sos gochujang
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  • Garam
  • Sos nampla (optional)
  • Kicap cair (optional)

Cara buat gochujang

  1. Gaulkan semua bahan sos menjadi pes.
  2. Panaskan kuali, tumiskan bawang holland sehingga layu.
  3. Masukkan semua bahan dan sos.
  4. Kalau nak berkuah boleh masukkan air.
  5. Masak sehingga bahan-bahan masak. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Neeza Shafri dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Pes Korea Yang Popular?

Selain daripada gochujang, korea juga ada beberapa lagi jenis pes untuk kegunaan harian mereka. Kegunaan pes-pes ini adalah untuk memudahkan atau mempercepatkan lagi proses memasak. Tidak hairanlah pes-pes ini mula mendapat tempat di Malaysia. Anta pes yang dimaksudkan adalah:

1. Doenjang

Doenjang adalah pes kacang soya yang ditapai, mempunyai rasa masin dan berperisa umami yang kuat. Ia sering digunakan dalam sup, stew dan marinasi sayur-sayuran.

2. Ssamjang

Ssamjang adalah sos yang dibuat dengan mencampurkan gochujang dan doenjang, ditambah dengan bawang putih, minyak bijan dan daun bawang. Ia biasa dimakan dengan sayur-sayuran segar dan daging panggang.

3. Chogochujang

Chogochujang adalah sos yang dibuat dengan mencampurkan gochujang, cuka beras, madu dan minyak bijan. Ia sesuai untuk hidangan seafood mentah atau salad.

4. Miso

Miso adalah pes kacang soya yang ditapai yang berasal dari Jepun. Ia digunakan dalam pelbagai hidangan seperti sup dan marinasi.

5. Doubanjiang

Doubanjiang adalah pes cili yang berasal dari Szechuan, China. Ia dibuat daripada kacang soya yang ditapai dan cili. Memberi rasa pedas dan masin dalam masakan Szechuan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply