Garlic bread ialah sejenis roti yang dimasak dengan campuran mentega, bawang putih dan herba-herba seperti daun parsley. Roti yang biasa digunakan ialah roti French atau roti baguette yang dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.
Untuk menyediakannya, campurkan mentega yang telah dilembutkan dengan bawang putih yang telah dicincang halus dan daun parsley. Sapu campuran ini pada roti yang telah dipotong, kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 10-15 minit sehingga kekuningan dan rangup.
1. Resepi Garlic Bread Sliders Homemade
Bahan-bahan
- Daging hancur
- Serbuk Rosemary, Thyme, Paprika, Hot Chili
- Bawang holland (didadu)
- Wholemeal bun/ roti burger
- Olive oil
- Cheddar cheese slice
- Butter (dicairkan)
- Bawang putih (dicincang)
- Daun basil (cincang halus)
Cara buat garlic bread
- Perap daging bersama serbuk di atas dan sedikit garam.
- Campurkan butter cair, bawang putih dan daun basil.
- Letak sedikit olive oil. Masukkan daging dan masak sehingga bertukar warna.
- Masukkan bawang holland dan masak sehingga daging empuk. Ketepikan.
- Potong roti di tengah, susun cheese, daging dan cheese.
- Tuang dan ratakan bancuhan butter tadi ke atas roti.
- Bakar pada suhu 170 selama 25 minit bergantung pada oven masing-masing sehingga cheese cair dan bawang putih menjadi keperangan.
Sumber: Raja Amalina dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Garlic Bread Spread
Bahan-bahan
- 2 labu bawang putih (dicincang halus)
- 2 sudu besar mixed herbs
- Marjerin
Cara buat garlic bread spread
- Panaskan 1 sudu besar marjerin guna api perlahan.
- Tuang bawang putih yang telah dicincang.
- Setelah bawang mula naik bau dan sedikit garing, masukkan mixed herbs dan kacau rata.
- Tunggu mixed herbs naik bau dan tutup api.
- Dalam bekas lain, masukkan 9 sudu besar marjerin. Tambahkan bawang putih dan mixed herbs yang telah dimasak tadi. Simpan dalam bekas kedap udara.
Cara buat garlic bread
- Sapu tipis spread pada roti.
- Bakar atas pan non stick. Sedia untuk dimakan.
Sumber: Afy Al Habibi dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Garlic Bread Cheese
Bahan-bahan
- 1/3 cawan susu suam
- 1 sudu teh yis
- 1 sudu besar gula
- Sedikit garam
- 1 sudu teh butter
- 2 sudu besar minyak bunga matahari
- 1 cawan tepung roti
- 2 sudu besar bawang putih (dicincang halus)
- 1 sudu besar oregano kering
- 1 sudu besar parsley kering
- Mozarella cheese
Cara buat garlic bread cheese
- Campukan susu dengan yis dan gula. Selepas 5 minit boleh campurkan bahan kering lain dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Perap selama 1 jam.
- Gelek doh seperti buat pizza.
- Sapu butter cair dan bawang putih.
- Tabur bawang putih dan cheese.
- Lipat doh kepada dua dan potong-potong. Perap dalam 30 minit dan bakar sehingga masak.
- Selepas masak sapukan butter cair dengan bawang putih.
Sumber: Geng Aisya dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Hidangan Roti Yang Menarik?
Banyak juga resepi garlic bread ini, resepinya juga berbeza dan sedap-sedap. Garlic bread antara hidangan roti yang ringkas dan enak. Boleh anda cuba pula di rumah selepas ini. Seronok makan roti kerana menunya mudah disediakan namun mengenyangkan. Jadi, dikongsikan 5 lagi hidangan roti western yang menarik untuk anda cuba:
1. Grilled Cheese Sandwich
Sandwich keju bakar ini disediakan menggunakan roti putih yang diisi dengan keju cheddar atau mozzarella, kemudian dipanggang sehingga keju meleleh dan roti menjadi rangup keemasan.
2. Bruschetta
Hidangan roti Itali ini menggunakan roti yang dipanggang dan disapu dengan minyak zaitun, kemudian dihiasi dengan tomato cincang, bawang putih, dan daun basil segar.
3. Focaccia
Roti rata bergaya Itali ini dibakar dengan minyak zaitun dan boleh dihiasi dengan pelbagai rempah dan herba seperti rosemary, thyme dan bawang.
4. Ciabatta
Roti Itali yang terkenal ini mempunyai tekstur yang lembut di dalam dan rangup di luar, sering digunakan untuk membuat sandwich atau dimakan dengan minyak zaitun.
5. French Toast
Roti yang dicelup dalam campuran telur, susu dan sedikit gula, kemudian digoreng sehingga keemasan. Hidangan ini popular untuk sarapan dan boleh dihidangkan dengan madu atau sirap maple.