Fruit tart ialah sejenis pastri yang terdiri daripada pastri shell rangup yang diisi dengan krim kastard atau krim patisserie, dan dihiasi dengan pelbagai buah-buahan segar di atasnya. Bahan-bahan utama termasuk tepung gandum, mentega, gula, telur, susu, vanila, dan buah-buahan pilihan seperti strawberi, kiwi, anggur dan mangga.
Untuk membuatnya, mula-mula anda perlu menyediakan doh pastri dan bakar sehingga keemasan. Kemudian sediakan isian krim dengan memasak campuran susu, telur, gula dan vanila sehingga pekat. Sejukkan kedua-dua bahagian, kemudian isi pastri shell dengan krim dan hiaskan dengan buah-buahan segar yang telah dipotong.
1. Resepi Tart Buah-buahan
Bahan-bahan
- Shell tart – boleh beli/buat sendiri
- 1 cwn susu cair/segar
- 2 sb gula (nak manis lebih kan)
- 2 sb tpg kastard
- 1 sk serbuk vanila
Cara buat Tart Buah-buahan
- Kacau sebati dahulu.
- Selepas itu masak atas api yang perlahan.
- Kacau sehingga pekat.
- Angkat masukkan 1 sudu besar butter.
- Masukkan dalam piping bag.
- Letak adunan dalam shell tart.
- Hias dengan buah-buahan.
Sumber: Samsiah Hj Mat Ali dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Fruit Tart Mudah
Bahan-bahan
Bahan Tart
- 150 gram tepung gandum
- 25 gram gula aising
- 70 gram mentega (sejuk)
- 1 biji telur
- sedikit esen vanilla
Bahan Custard
- 1 cup susu segar
- 1 1/2 sudu besar tepung custard
- 1 1/2 sudu besar gula halus
- 1 sudu besar mentega
- sedikit esen vanilla
Cara buat Fruit Tart Mudah
Bahan Tart
- Gaul tepung, gula dan mentega sejuk hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Masukkan esen vanilla dan telur gaul hingga menjadi doh.
- Masukkan dalam acuan kemas dan cucuk sedikit ke dasar doh dengan garfu, bakar 20-25 minit (ikut oven), 160′.
- Tart ni tahan lama kalau disimpan dengan betul dalam bekas kedap udara, nak guna baru keluarkan dan letak filling.
Bahan Custard
- Atas api kecik, gaul semua bahan KECUALI mentega dengan whisk sehingga sebati.
- Jangan berhenti kacau takut berketul. Tutup api.
- Masukkan mentega dan gaul sebati. Biarkan sejuk sedikit sebelum masukkan dalam kulit tart. Hias buah di atas.
Sumber: Che Amira Halim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Fruit Tart
Bahan-bahan
Tart shell
- 250g butter
- 1bji telur
- 500g tepung gndum
- 1sk esen vnila
Filling kastard 1
- 250g susu segar
- 1sb tepung gndum
- 1sb tepung kastard
- 1sb mentega
- 3 1/2 sb gula kstor
- 1/2 sk esen vnila
- Pewarna kuning
Filling kastard 2
- Instant kastard
- Susu segar
Cara buat Fruit Tart
Tart shell
- Pukul butter, gula dan esen vanila sampai sebati.
- Masuk tepung yang diayak, uli sampai jadi doh kalau adunan melekit di tengah tambahkan tepung gandum.
- Bakar suhu 160 selama 25-30mnit.
Filling kastard 1
- Campur semua bahan kecuali mentega dan tapis.
- Masak atas dapur kecuali mentega hingga hampir pekat.
- Masukkan mentega kacau hingga licin dan berkilat.
- Sejukkan seketika.
Filling kastard 2
- Campurkan instant kastard dan susu cair, putar hingga berkrim kalau nampk pekat tambh lagi susu segar.
- Ambil tart shell, sapukan coklat masak yang dicairkn pada tart dan pipe filling.
- Letak buah diatasnya.
Sumber: Masak Apa Hari Ni (MAHN) dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Giant Fruit Tart
Bahan-bahan
Tart
- 150gm tepung gandum (diayak)
- 25gm gula aising (diayak)
- 70gm mentega sejuk, (dipotong dadu)
- 1 biji telur (dipukul sedikit)
- ½ camca teh esen vanilla
Inti Kastard
- 1 cawan susu segar
- 1 ½ camca besar tepung kastard
- 1 ½ camca besar gula halus
- 1 camca teh esen vanilla
- 1 camca besar mentega
Bahan Tambahan
- Sedikit Coklat Nutella
- Buah-buahan segar pilihan (kiwi, strawberi, dll)
Cara buat Giant Fruit Tart
Tart
- Satukan tepung, gula dan mentega dalam satu bekas. Gaul sebati guna hujung jari sehingga teksturnya seperti breadcrumb. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur. Uli adunan sehingga jadi doh.
- Rehatkan adunan sekejap.
- Sementara tu panaskan oven terlebih dahulu, sediakan acuan tart. Nak guna acuan tart kecil pun boleh. Saya guna acuan tart saiz 7 inci.
- Ambil adunan, tekankan pada acuan, kemudian cucuk sikit guna garfu atas permukaan dasar. Bakar dalam oven pada suhu 180°C selama 25-30 minit, bergantung oven masing-masing.
- Sejukkan tart shell atas redai.
Inti Kastard
- Satukan susu, tepung kastard, gula dalam periuk.
- Kacau guna whisk sehingga sebati. Kemudian panaskan atas api dapur guna api sederhana perlahan.
- Sentiasa kacau sehingga agak likat. Masukkan esen vanilla dan mentega.
- Tutup api dan kacau lagi sehingga sebati. Biarkan suam sikit sebelum letak atas tart.
Penyediaan Tart
- Bila tart dah sejuk, bolehlah sapukan coklat Nuttella atas permukaan tart.
- Diikuti inti kastard, dan susun buah-buahan pilihan kesukaan kalian.
- Boleh dihidangkan terus atau disejukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu. Selamat mencuba
Sumber: CikPuan SitiMasitah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Fruit Tart, Pencuci Mulut Apa Yang Popular?
Selain Fruit Tart, terdapat pelbagai pencuci mulut lain yang juga popular. Antara 5 jenis pencuci mulut yang sering menjadi pilihan ramai adalah seperti berikut:
1. Cream Puff
Pastri gegelembung yang diisi dengan krim patisserie yang lembut. Dibuat daripada adunan choux pastry yang dibakar sehingga kembang, kemudian diisi dengan krim yang lazat.
2. Eclair
Pastri berbentuk panjang yang diperbuat daripada doh choux, diisi dengan krim patisserie dan disalut dengan coklat atau icing gula di bahagian atas.
3. Mille-feuille
Pastri berlapis yang dibuat dengan tiga lapisan pastri dan dua lapisan krim patisserie. Bahagian atas dihiasi dengan gula icing yang dicampur dengan corak coklat.
4. Danish Pastry
Pastri manis berlapis-lapis yang diperbuat daripada doh yis dengan mentega. Boleh diisi dengan krim, buah-buahan atau keju.
5. Apple Strudel
Pastri tradisional yang diperbuat daripada lapisan doh nipis dan diisi dengan campuran epal, kacang, remah roti dan rempah. Dihidangkan dengan taburan gula icing.