Fruit cocktail ialah campuran buah-buahan segar yang dipotong kecil dan digabungkan dalam satu hidangan. Bahan-bahan asas termasuk epal, pir, buah pic, nanas, ceri merah, dan anggur. Boleh juga ditambah dengan buah-buahan tempatan seperti mangga, tembikai atau jambu batu mengikut citarasa.
Cara penyediaan fruit cocktail adalah mudah. Potong semua buah-buahan kepada saiz yang sesuai dan masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan dengan jus oren atau jus epal untuk menambah kesegaran. Simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dihidang untuk mendapatkan kesejukan yang optimum.
1. Resepi Filipino Fruit Cocktail
Bahan-bahan
- Whipping cream
- Mix fruit cocktail
- Susu pekat
Cara buat Filipino Fruit Cocktail
- Sediakan bekas, masukkan fruit cocktail. Air buang ye.
- Masukkan susu pekat.
- Tuang whipping cream.
- Kasi gaul sekata. Lepastu masukkan dalam peti ais kasi sejuk. Baru boleh makan.
Sumber: Syuhada Che Din dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Triffle Fruit Cocktail
Bahan-bahan
- 4 bekas plastik
- 2 gulung kek belah pada 8 bahagian
- 1 tin besar fruit cocktail (jenama hosen)
- 3 sudu besar tepung kastard
- 1 tin susu cair
- 1 tin air
- Gula dan sedikit garam -untuk kastard
- 1 kotak kristal jeli (perasa strawberi)
- 400 ml air panas
Cara buat Triffle Fruit Cocktail
- Susun kek gulung ,tekan sikit curahkan sedikit air buah cocktail.
- Kastard
Panaskan satu tin susu cair.
Bila mendidih masukkan 1 tin air yg telah dikacau dgn 3 sudu besar tepung kastard.
Sedikit garam halus.
Sedikit gula. - Bila dah meletup kecil tutup api.
- Letakkan di atas kek gulung tadi.
- Taburkan buah cocktail yg ditoskan air.
- Sediakan 400 ml air panas masukkan sebungkus kristal jeli.
- Kacau rata.
- Curahkan 100ml setiap bekas.
- Siap ada 3 layer, bawah kek gulung, tengah kastard dan atas kristal jeli.
Sumber: Mas Salleh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Fresh Fruit Cocktail
Bahan-bahan
Buah-buahan
- strawbery
- blueberry
- grape
- kiwi
- laici tin
- epal hijau
- epal merah
- nata de coco
- fruit cocktail tin
Kuah kastad
- Gula
- 2 biji telur kuning
- 1 tin susu cair
- 1/2 tin susu pekat
- Daun pandan
- Garam
Agar-agar buih
- Agar-agar kering
- Air
- Pewarna
Cara buat Fresh Fruit Cocktail
Kuah kastad
- Gaul 1 cawan gula bersama 2biji kuning telur.
- Masukkan 1 tin susu cair.
- Masukkan 1/2 tin susu pekat.
- Tiga helai daun pandan, 1 1/2 air putih., secubit garam, masak semua ni hingga mendidi.
- Last, masukkan tepung kastad yang telah dibancuh dengan air.
Agar-agar buih
- Agar-agar hampir sejuk dalam keadaan masih cair, masukkan buih telur putih ,kacau hingga sebati.
- Telur putih diayak sehingga naik buih yang halus
- Terpulang nal letak buah apa, dan nak masuk nata de coco atau tidak.
Sumber: Nor Faziera Naziha Nordin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Mix Fruit Cocktail
Bahan-bahan
- 2 peket Jelly sumi
- 2 tin susu cair ideal
- 4 sudu besar susu pekat
- 1 tin buah peach (suka brand Hosen – sliced)
- 1 tin fruit cocktail (Brand Hosen juga
- 1 tin longan
- 1 bekas nata de coco
- 2 biji kuning telur
- 4 sudu besar tepung kastard
- 4 sudu esen vanilla
- 4 sudu besar gula pasir
*Saya tambah 2 cawan air
Cara buat Mix Fruit Cocktail
- Buah-buahan asingkan dan masuk terus dalam bekas hidang.
- Satukan bahan cair (kuah dari tin peach, longan, mix fruit, nata de coco & susu cair) dalam periuk.
- Masukkan kuning telur & esen vanila.
- Custard tu kacau dulu dengan air bagi sebati baru campur dalam periuk kalau tak nanti berketul dan burn kejadiannya (nak bagi kuah pekat sikit).
- Dah satukan semua baru on api perlahan & masak kuah sampai sebati, tak perlu panas sangat.
- Sejuk campurkan dalam mangkuk hidang yang dah siap dengan isi buah-buahan tadi.
- Note: saya tak letak ais siap sebab bila nak makan baru masukkan ais dalam mangkuk dan cedok cocktail.
Sumber: Bella Anies dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Menu Penyejuk Tekak Menggunakan Buah?
Menu yang berkaitan buah kebanyakannya memang menyegarkan dan sejuk apabila lalu di tekak. Ini ada 5 lagi cadangan menu penyejuk tekak yang menggunakan buah:
1. Mixed Berry Parfait
Hidangan ini menggabungkan pelbagai jenis beri seperti strawberi, blueberry, dan raspberry yang disusun berlapis-lapis dengan yogurt dan granola. Ia merupakan pilihan yang sihat dan menyegarkan.
2. Fresh Fruit Trifle
Trifle buah-buahan segar mengandungi lapisan kek span, buah-buahan segar, krim kastard dan krim putar. Hidangan ini popular di majlis-majlis keraian dan mudah untuk disediakan dalam kuantiti yang banyak.
3. Fruit Salad with Honey Lime Dressing
Salad buah yang dihidangkan dengan sos madu dan limau nipis. Ia merupakan gabungan pelbagai buah-buahan segar yang dipotong dan disiram dengan sos manis masam yang menyelerakan.
4. Tropical Fruit Bowl
Hidangan ini mengandungi buah-buahan tropika seperti nanas, mangga, betik dan buah naga. Ia popular kerana kesegaran buah-buahan tempatan yang manis dan berkhasiat.
5. Rainbow Fruit Kabobs
Lidi buah-buahan yang disusun mengikut warna pelangi. Ia sangat menarik dari segi persembahan dan sesuai untuk pelbagai majlis. Buah-buahan dicucuk pada lidi mengikut turutan warna yang menarik.
1 Comment
Good